SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Selasa, 10 Januari 2012

SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH UNTUK BERNIAGA DIMUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH UNTUK BERNIAGA DIMUSIM 
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Atas semangat yang tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini... Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah penjaja di Uptown ini.
Kali ini sepucuk lagi surat yang bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI RAYA CINA.
Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa...jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL...Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.

Jumaat, 6 Januari 2012

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK
Menjalinkan hubungan baik dengan Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah telah dimulakan oleh Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota semenjak dari Protem lagi dan Persatuan Penduduk disini amat menyokong akan penubuhan Persatuan Peniaga Peniaga ini.
Oleh itu Persatuan Penduduk ini telah menjemput Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menyertai bersama didalam MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN TAMAN SETAPAK INDAH yang akan berlangsung pada 14hb January 2012.
Persatuan Peniaga Peniaga telah mengambil langkah mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 06hb January 2012 untuk menjemput kepada semua penjaja penjaja Uptown bagi tujuan ini.

Khamis, 29 Disember 2011

SURAT SUSULAN

SURAT SUSULAN KEPADA PEKARA 27 DIATAS
Setelah jawapan yang diterima daripada pihak DBKL pada 14 Disember 2011 mengenai permohonan untuk diadakan dialog dengan status SEDANG DIAMBIL TINDAKAN...Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menyerahkan sepucuk lagi surat sebagai susulan yang bertarikh 29hb Disember bagi MERAYU UNTUK DIPERCEPATKAN DIALOG YANG DISERTAI DARIPADA WAKIL DBKL...PENJAJA PENJAJA BERLESEN DAN PENGANJUR.
Didalam surat ini Pihak Persatuan danau Kota telah menyatakan beberapa sebab kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL kenapa pentingnya perlu dipercepatkan majlis dialog diadakan.
Surat ini satu lagi bukti menunjukan bahawa Persatuan peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ingin berkerjasama dengan pihak DBKL untuk menyelesaikan kemelut di Uptown Danau Kota yang berpunca daripada SIKAP TAMAK PENGANJUR Ahmad Selamat

ADUAN PERSATUAN MENGENAI KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA MENTERI WILAYAH

ADUAN PERSATUAN MENGENAI KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA 
MENTERI WILAYAH
Setelah menubuhkan persatuan adalah menjadi kewajipan keatas persatuan untuk memantau pergerakan Penganjur keatas kebajikan penjaja dan melapurkan segala kepincangan penganjur kepada pihak tertinggi setelah pihak bawahan tidak sudi untuk mengambil sebarang tindakan keatas penganjur walaupun beberapa bantahan secara terang keatas Penganjur oleh Penjaja.
Oleh itu sepucuk surat yang bertarikh 29hb Disember telah diajukan kepada Menteri Wilayah dengan menyertakan fakta fakta kepincangan penganjur Uptown Danau Kota ini.
Terdapat diantara fakta fakta yang tidak dapat dipamirkan disini kerana ianya adalah menjadi rahsia kepada persatuan dan akan dikeluarkan untuk sesuatu siasatan kepada isu ini sahaja.

Ahad, 25 Disember 2011

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA PASAR MALAM

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA PASAR MALAM
Atas Usaha penjaja sendiri dengan dibantu oleh NGO IKHLAS bersama angkatan MEDIA yang membuat liputan semasa PIKET KEPEJABAT WEE CHOO KEONG pada 15hb Disember yang lalu...akhirnya Ketua Pengarah Dato' Hj Salleh Yusof pada 25hb Disember 2011...telah membuat kenyataan didalam sebuah Akhbar dengan memberi kebenaran kepada penjaja Uptown menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari Khamis...
Keputusan ini amat tidak disenangi oleh Penganjur Uptown kerana beliau tidak dapat mengutip hasil untuk aktiviti Pasar Malam sebagaimana yang telah diwawarkanya akan mengenakan RM50 untuk setiap penjaja.

Rabu, 21 Disember 2011

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 24 DITOLAK

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 24 DITOLAK
Pihak DBKL terus memberikan tekanan kepada penjaja disini dengan langsung tidak memberikan ruangan untuk penjaja penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN menjalan kegiatan perniagaan beserta sengan penjaja penjaja Pasar malam.
Ini terbukti dengan pengedaran surat pekeliling yang bertarikh 21hb Disember 2011 kepada 333 penjaja disini walaupun AJK bertindak telah mengutuskan permohonan kepada pihak DBKL dengan surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 yang lalu...namun hampa.

Isnin, 19 Disember 2011

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR
Penganjur Ahmad Selamat masih dengan sikap Zionisnya dengan mengedarkan surat amaranya kepada penjaja yang tidaka membayar maintanance dengan mengugut untuk membatalkan lesen...
MEMPERJUANGKAN NASIB PENJAJA LANGSUNG TIDAK...APA YANG DIPENTINGKANYA ADALAH POKETNYA SENDIRI.
Disebabkan ke ZALIMANYA hampir lebih daripada 150 penjaja berlesen tidak membayar maintanance kepada beliau sebagai tanda Protes.