SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Ahad, 13 September 2009

PENGANJUR UPTOWN CARI BONOS HARI RAYA DARIPADA 333 PENJAJA

Perasaan TAMAK telah mula merasuk
 kedalam jiwa Penganjur Uptown Danau Kota ini dengan MEMAKSA PENJAJA MEMBAYAR SUMBANGAN KHAS kepada pihaknya sebanyak RM50 (RM50 X 333 penjaja = RM16,650,00) ...melalui surat pekeliling bertarikh 13hb Sep 2009 yang diedarkanya 
kepada seluruh penjaja disini.
Apa yang menjadi tanda tanya kepada penjaja ialah...
setiap surat pekeliling yang diedar oleh Penganjur ini semua telah di Cop dengan COP TERIMA daripada pihak DBKL...tetapi tiada sebarang jawapan daripada pihak DBKL yang diterima oleh penjaja samada DBKL melulus atau pun tidak perlaksanaan yang bakal dilakukan oleh Penganjur kepada penjaja penjaja disini...namun pihak Penganjur En Ahmad bin Selamat terus dengan rakusnya melaksanakan apa yang dihajatinya kepada penjaja penjaja disini.
APAKAH KETUA PENGARAH DBKL
YANG MENERIMA SALINAN SURAT INI TIDAK DAPAT MENGHIDU AKAN PEKARA INI DAN IANYA AKAN MEROSAKAN NAMA BAIK BELIAU DAN DBKL

Sabtu, 25 Oktober 2008

BELANG PENGANJUR UPTOWN TELAH MULA DAPAT DILIHAT

Belang Penganjur Uptown Danau Kota 
ini semakin menyerlah kerana percubaan pertamanya tiada sebarang bangkangan daripada pihak penjaja.
Pada 25 Oct 2008 beliau telah berani bertindak dengan memaksa penjaja menukar Canopy daripada pihaknya dengan harga RM380 untuk ukuran 8' x 8',walahal harga canopy dengan saiz dan kualiti yang sama pada masa itu boleh didapati dari kedai penjual Canopy dengan hanya RM170 sahaja.
Dengan tanpa berbincang dengan penjaja dan dengan 
tidak mendapat timbal balas persetujuan daripada pihak DBKL...Penganjur Uptown Danau Kota ini terus meluluskan sendiri hasrat beliau untuk menjualkan Canopy dengan harga sebagai mana kehendak hatinya kepada penjaja disini.

Jumaat, 29 Jun 2007

BERERMULAAN KEZALIMAN PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT

1) DETIK PERRMULAAN KEZALIMAN PENGANJUR 
Pada 29 Jun 2007 Penganjur Uptown Danau Kota telah mula menunjukan belangnya dengan mengeluarkan satu surat pekeliling yang berupa satu arahan yang tidak menunjukan ada tolak ansur kepada penjaja penjaja yang lewat membayar.
Belang Penganjur Uptown Danau Kota ini semakin menyerlah kerana percubaan pertamanya tiada sebarang bangkangan daripada pihak penjaja.

Jumaat, 1 Jun 2007

CARTA KUTIPAN SETAHUN

CARTA KUTIPAN OLEH PENGANJUR
Disini diterangkan kedudukan kutipan yang telah dibuat oleh Penganjur Uptown pada setiap bulan adalah seperti berikut:-
1) Uptown Danau Kota menjalankan aktivitinya diatas tanah kerajaan yang mana pihak Penganjur tidan perlu mengeluarkan apa apa sewaan terhadap tanah itu dan cuma hanya menandakan dengan CAT KUNING untuk setiap tapak sebanyak 333 tapak yang ada.
2) TAPAK KESELURUHAN 333 TAPAK X RM 150 = 49.950.00.Habuan penganjur untuk sebulan.
3) TAPAK PROMOSI iaitu tapak tambahan 27 TAPAK X RM 1200 = 32.400.00 habuan Penganjur untuk sebulan.Tapak Promosi akan dinaikan kadar sewaanya kepada RM5000 pada bulan Ramadan.
Jadi jumlah kasar kutipan penganjur untuk sebulan ialah RM82,350 tidak termasuk tika bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan Penganjur akan menerima lebihan kutipan sebanyak 27 TAPAK X 5000 = 135.000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM217,350 untuk bulan Ramadan sahaja.


Darisegi tenaga kerja yang digunakan oleh pihak Penganjur ialah pada masa itu beliau telah menggunakan 8 orang khidmat RELA dan 8 orang sebagai tukang sapu sampah dari Warga Bangla,sementara untuk mengangkut sampah Penganjur telah menggunakan khidmat daripada Alam Flora.
Untuk maklumat kepada pembaca pihak penganjur langsung tidak ada mengunakan sumber kutipan bulanan ini untuk kebajikan kepada penjaja dan sepanjang 6 tahun menjadi penganjur kepada Uptown Danau Kota Penganjur langsung tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan penjaja penjaja di Uptown ini.