SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 9 April 2012

MINIT KUNJUNG HORMAT

MINIT KUNJUNG HORMAT
Segala perbincangan dengan Y.Bhg Tuan Rolan Abd Rahman pada 9hb April 2012 itu telah diminitkan oleh Setiausaha Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota.

Khamis, 5 April 2012

SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN

SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN
Sebagai sebuah Persatuan yang menjaga kebajikan penjaja ...menjalinkan hubungan baik dengan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA adalah perlu dan ianya adalah salah satu langkah dan usaha bagi meleraikan kekusutan yang berlaku di Uptown Danau kota ini.
Untuk itu sepucuk surat daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota telah dihantar ke Jabatan pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah dihantar pada tarikh 05hb April 2012.
Satu panggilan telephone telah diterima daripada setiausaha Tuan Rolan Abd Rahman selaku Pengarah di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL untuk memperkenankan AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota melakukan KUNJUNG HORMAT keatas beliau.
Pada tarikh 09 April satu rombongan daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada AJK seramai 8 orang telah melakukan KUNJUNG HORMAT itu. 

Jumaat, 16 Mac 2012

PENGANJUR YANG TIDAK HENTI HENTI MENJALANKAN KEMPEN UGUTANYA & PEMBOHONGAN TERHADAP PENJAJA

PENGANJUR YANG TIDAK HENTI HENTI MENJALANKAN KEMPEN
 UGUTANYA & PEMBOHONGAN TERHADAP PENJAJA
Mat Selamat selaku Penganjur Uptown tidak habi habis dengan menuntut penjaja membayar Maintanance dengan mengunakan berbagai bentuk pembohongan sebagai UGUTAN KEPADA PENJAJA.
Ini terbukti dengan pengedaran surat yang bertarikh 16 Mac 2012 ini.Surat daripada DBKL seperti yang dinyatakanya didalam surat ini tidak pernah diterima oleh penjaja dan sedangkan tarikh 06 Mac 2012 adalah hari selasa yang mana Uptown ditutup kepada aktiviti perniagaan... bagaimana surat DBKL sebagai mana yang tertera didalam surat Mat Selamat ini dapat diedarkan...?
Dengan bukti yang telah dikeluerkan jelas menunjukan Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini banyak mengunakan taktik penipuan untuk mengugut penjaja bagi mendapatkan keuntung kepada dirinya sendiri.

Selasa, 6 Mac 2012

MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN

MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN
6 Mac 2012 tercipta satu lagi sejarah buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang mana telah menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela dan menjaga hak penjaja disini dengan mengadakan mesyuarat Agong yang pertama dengan jayanya.
UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.

Barisan AJK PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR dirakamkan semasa sidang Media berlangsung.
Majlis mesyuarat Agong ini telah diresmikan oleh Presiden NGO IKHLAS iaitu Y.Bhg En Ridzuan Abdullah.
UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.

MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN


6 Mac 2012
 tercipta satu lagi sejarah buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota
 yang mana telah menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela dan menjaga hak penjaja disini dengan mengadakan mesyuarat Agong yang pertama 
dengan jayanya.
Mesyuarat Agong
 kali pertama ini telah diadakan di Dewan Serbaguna 
Taman Melati Gombak
Sebelum mesyuarat bermula
 para hadirin telah dijamu dengan makan nasi tengahari.
Tepat jam 2.30 petang 
mesyuarat Agong Pertama untuk 
PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR 
dimulakan dengan bacaan Doa daripada Imam Surau PKPI dan mesyuarat Agong ini telah diresmikan oleh Presiden NGO IKHLAS Y.Bhg.
En Mohd Ridzuan Abdullah.
Diantara Ahli Persatuan 
yang hadir didalam mesyuarat ini.
Cadangan dari salah saorang ahli
 telah mencadangkan supaya AJK Protem terus 
dikekalkan.
Dalam pemilihan Jawatan,
 Pengerusi telah disandang oleh saudara Ahmad Fauzi Abd Karim 
sementara Tim.Pengerusi telah disandang oleh 
En Suhemi Abd Latib.
Barisan AJK 
Protem yang terus dikekalkan.
Klik pada gambar dibawah untuk menyaksikan rakaman video bersejarah ini.

Jumaat, 17 Februari 2012

SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN

SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN
Pada 17hb Feb 2012 satu surat pengumuman mengenai persatuan Peniaga Peniaga Uptown menjemput kepada semua penjaja untuk menyertai keahlian persatuan ini.333 penjaja disini telah diedarkan sebagai usaha Pihak Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk mempelawa penjaja penjaja Uptown Danau Kota menyertainya. 

PENJAJA PENJAJA BERTINDAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU

17 Jan 2011
Adalah detik sejarah bagi penjaja penjaja 
Uptown Danau Kota yang mana mereka telah bertindak secara beramai ramai
 MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU.
 Mendengar daripada desas desus 
yang mengatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju tidak mahu campur dalam kemelut
 yang melanda penjaja penjaja disini kerana mereka bukan daripada kalangan pengundi parlimen 
Wangsa Maju.
 Tindakan menukarkan Daftar Menundi 
sebagai Pengundi Parlimen Wangsa Maju adalah satu tindakan yang 
LUAR BIASA 
yang telah dilakukan oleh penjaja penjaja Uptown Danau Kota ini.Ternyata mereka boleh melakukan apa sahaja dalam mempertahankan HAK MEREKA sebagai penjaja Berlesen disini.
SPR 
telah meletakan satu kuanter 
dan mendaftarkan penjaja penjaja ini sebagai pengundi Wangsa Maju.
 Sepatutnya Wakil Parlimen Wangsa Maju harus bersyukur dengan perlaksanaan oleh penjaja penjaja disini dan mengambil insiatif untuk melakukan usaha kearah menyelesaikan kemelut yang sedang bergelora 
di Uptown Danau Kota ini. 
NGO IKHLAS 
yang diketuai oleh Presidenya Y.Bhg.En Mohad Ridzuan Abdullah didalam sidang akhbar 
pada hari itu dengan lantang menyatakan 
PERBUATAN DBKL YANG MENGHADKAN AKTIVITI PERNIAGAAN HANYA 4 HARI SEMINGGU ADALAH TIDAK ADIL 
buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan menyarankan kepada SPRM untuk membuat siasatan keatas kakitangan DBKL yang dipercayai terdapat unsur RAHSUAH didalam pekara ini.
Kelik pada gambar dibawah 
untuk melihat rakaman Video Part 1 mengenai peristiwa 
bersejarah ini.
Kelik pada gambar dibawah 
untuk melihat rakaman Video Part 2 mengenai peristiwa 
bersejarah ini.