SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 30 Jun 2011

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

Khamis 30 Jun 2011 jam 2.00 petang di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota telah tercatat sejarah buat pertama kalinya Mat Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota selama lebih kurang 6 tahun...untuk mengadakan perjumpaan sekali gus berdailog bersama penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

Setelah Ibrahim Yusof membuat perasmian majlis dialog ini beliau telah meninggalkan Dewan dengan alasan mempunyai urusan lain dan meninggalkan En Izul Fikri bersendirian sebagai pemerhati.


Majlis dialog diantara Penganjur dengan Penjaja ini berjalan dalam keadaan tegang.Rata rata penjaja yang hadir tidak bersetuju dengan kenaikan Caj Perhidmatan yang dihajati oleh Penganjur Mat Selamat ini.

Dalam keadaan yang tegang itu En Izul Fikri yang sebenarnya ditugaskan sebagai permerhati telah mencapuri urusan Penjaja dengan Penganjur Mat Selamat dengan meletakan kadar Caj Perhidmatan sebanyak RM230 yang mana peristiwa ini disaksikan oleh ratusan penjaja Uptown ini.

Walaupun Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah menetapkan RM230 sebagai kadar Caj Perhidmatan yang dikenakan oleh Penganjur kepada Penjaja...keputusan ini tidak dapat diterima oleh penjaja yang hadir pada hari itu.
Dalam keadaan tegang itu...Mat Selamat selaku Penganjur dengan angkuhnya mengumumkan satu lagi isu iaitu membuat satu ketetapan untuk penjaja yang mana diwajibkan menukar Canopy baru dan mensharatkan kepada setiap penjaja membeli daripadanya dengan harga RM450 untuk satu unit.

Dengan pengumuman ini maka ramailah penjaja yang bertindak keluar meninggalkan dewan dan kesimpulan daripada majlis dialog ini adalah gagal...tetapi Penganjur Mat Selamat telah menjadikan satu keputusan yang wajib dipatuhi oleh penjaja daripada keputusan perbincangan yang gagal ini.

Dalam majlis itu wakil pemerhati daripada DBKL dihadiri oleh Timbalan Pengarah iaitu En Ibrahim Yusof bersama En Izul Fikri dari Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan penjaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan