SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Ahad, 1 Julai 2012

PENGERUSI PERSATUAN PENJAJA WILAYAH, DATO' BAHARIN DIHALAU OLEH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA.


DATO' BAHARIN
selaku Pengerusi Persatuan Penjaja Penjaja 
Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan, semalam telah DIHALAU oleh peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang BERANG dengan kenyataan beliau dalam ucapan lantangnya dengan menyatakan Uptown Danau Kota adalah KAWASAN JAJAHAN TAKLUK beliau. 

DATO' BAHARIN
yang telah menjadi sekutu kepada Penganjur Uptown Danau Kota telah MELARANG KERAS kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota daripada berpersatuan. Persoalanya SIAPA BAHARIN dan PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT nie ???


Perdana Menteri pun tidak pernah melarang rakyat daripada menubuhkan lain lain Parti didalam Malaysia, tetapi yang menghairankan 2 EKOR BADUT TUA ini telah melarang kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota daripada berpersatuan.

DATO' BAHARIN
yang buat pertama kalinya turun ke Uptown Danau Kota secara resmi atas jemputan Penganjur Ahmad bin Selamat, cuba menjadi ROBIN HOOD kepada penganjur Uptown ini dan telah memberi WARNING kepada NGO IKHLAS untuk tidak turut campurtangan di Uptown Danau Kota dalam ucapan sulungnya malam tadi.


Secara diam rupanya kehadiran NGO IKHLAS di Uptown Danau Kota adalah AMAT DIGERUNI oleh kedua Pemimpin Persatuan Penjaja ini dan berhasrat untuk mengambil tindakan keatas NGO IKHLAS.
Kenyataan Dato' Baharin terhadap NGO IKHLAS, semalam benar benar telah menjatuhkan MARTABATNYA sebagai pemimpin dikalangan Penjaja Kuala Lumpur dan tidak mampu bersaing secara sihat didalam bentuk memperjuangkan nasib penjaja di Kuala Lumpur.

Baharin juga menyatakan kepada penjaja penjaja yang tidak bersetuju dengan Penganjur Ahmad Bin Selamat agar keluar daripada Uptown Danau Kota dan mengarahkan penjaja berjumpa dengan NIK AZIZ jika ingin mendapatkan tapak berniaga serendah RM 1 sebulan.

Akibat daripada kenyataan BODOH yang keluar daripada mulut seorang
 Pemimpin Penjaja Kuala Lumpur ini,Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota telah MEMAKI Dato' Baharin secara berdepan bahawa
" AWAK BAHARIN BOLEH CAKAP APA SAHAJA DENGAN PENJAJA DITEMPAT LAIN, DENGAN PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA AWAK JANGAN BERCAKAP SEMBARANGAN. DULU AWAK JUGA YANG BERCAKAP DENGAN KAMI SUPAYA PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA MENYERTAI PERSATUAN AWAK DAN AWAK MERESTUI KAMI SEBANGAI PENGANJUR DENGAN DENGAN MENYINGKIRKAN  PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT DENGAN IMBOHAN 30% DARIPADA KUTIPAN DI UPTOWN DANAU KOTA DIBERIKAN KEPADA AWAK" 

( Walau bagaimana pun penjaja tidak bersetuju dengan Offer daripada Dato' Baharin ini.Perbincangan ini berlangsung di Quality Hotel Kuala Lumpur semasa Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota didalam Protem lagi )

Dato' Baharin selaku Pengerusi 
Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan yang dianggap sebagai LIDAH BERCABANG oleh penjaja penjaja Uptown Danau Kota akhirnya bergegas meninggalkan Uptown Danau Kota tanpa menoleh kebelakang lagi.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA
menasihatkan kepada Dato' Baharin selaku Pengerusi Persatuan Penjaja Penjaja 
Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan agar tidak usah terlalu BONGKAK dan tidak perlu MENCAMPURI URUSAN PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA. Lagi pun penjaja penjaja Uptown Danau Kota kebanyakanya bukan dari kalangan ahli Persatuan Penjaja Penjaja 
Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan.



1 ulasan:

  1. syabas sya ucapkan kepada bro yuu yang berani menongkah arus demi mengeluarkan luahan hati terhadap datuk bahrim. setahu sya, semasa permulaan amat slamat berucap, dia telah menyatakan bahawasanya jikalau sesiapa yang tidak membayar duit sampah boleh berambus dari uptown danau kota ini. kenyataannya seolah2 udk ini miliknya sahaja. amat juling sekali pandangan dpdnya. ini juga diperakui oleh datuk bahrim selaku ydp persatuan induknya sendiri. kenyataan yang dilontarkan sebentar tadi telah menunjukkan kebodohan mereka sendiri. siapa mereka nak halau kami keluar dari bumi uptown danau kota ini..??? persoalannya sekarang, mengapa kami semua ingkar dengan tidak membayar duit sampahnya...???? kami berprotes bersebab... banyak penyelewengan telah terjadi dalam pentadbiran penganjur itu sendiri.... tindakan susulan akan kami usahakan bagi pihak peniaga. kami akan terus komited akan perjuangan ini....

    BalasPadam