SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

24) GANGSTER

MENGGUNAKAN KHIDMAT GANGSTER OLEH PENGANJUR

Tertubuh persatuan ini adalah atas dasar tidak
 percaya penjaja penjaja terhadap Penganjur Ahmad bin Selamat.

Sistem pentadbiran Ahmad Selamat selaku Penganjur
 disini adalah menjalankan pentadbiran secara KUKU BESI, tidak pernah duduk berbincang dengan penjaja mengenai masalah penjaja disini. Bertindak ZALIM dengan memaksa penjaja menutup Premis perniagaan mereka jika tidak dapat membayar caj perhidmatan dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Untuk penjaja yang menyewa ditapak Promosi
dengan kadar sewaan RM1200 sebulan akan dihalau dengan serta merta jika sekira tidak berupaya membayar sewa dalam waktu yang ditetapkan.

Disuatu ketika beliau juga pernah menggunakan khidmat daripada Gangster sebagai Security di Uptown ini. Security ini pernah bertindak menebalikkan meja penjaja dengan permasaalahan yang kecil yang mana ini pernah terjadi keatas penjaja yang menduduki tapak no 283
Abdullah bin Asri.

Ada banyak lagi aspek yang menyebabkan penjaja telah bangun untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dapat membela nasib penjaja penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini daripada tindakan penindasan oleh Penganjur Uptown ini sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan