SURAT KEPADA MENTERI
WILAYAH
UNTUK BERNIAGA DIMUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Atas semangat yang
tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini, Persatuan
Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak
yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah
penjaja di Uptown Danau Kota ini.
Kali ini sepucuk lagi surat
yang
bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk
laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan
pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI
RAYA CINA.
Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa, jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL, Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan