SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 10 November 2011

TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA

TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA
Pada 26hb November 2011 seramai 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota sekali lagi menerima satu kejutan dengan pengedaran satu surat pekeliling daripada pihak DBKL yang mengarahkan kepada penjaja Uptown menutup aktiviti Perniagaan mereka pada Isnin dan Selasa pada setiap minggu.Arahan ini adalah satu tamparan yang hebat yang diterima oleh penjaja penjaja Uptown.
Satu kelicikan Penganjur yang jelas disini ialah mengedarkan surat pekeliling ini pada 27hb November adalah ditakuti lebih ramai penjaja yang tidak akan membayar maintanance kepada beliau...walaupun surat ini telah dikeluarkan oleh DBKL pada tarikh 10hb November 2011 dan ini bermakna surat ini telah lewat diedarkan kepada penjaja selama lebih dari 2 minggu.
Tindakan pihak DBKL menghentikan aktiviti perniagaan di uptown danau kota sebanyak 2 hari pada setiap minggu sebenarnya adalah telah memberi banyak keuntungan kepada Penganjur kerana telah dapat menjimatkan kos penyelenggaraan Uptown sebanyak 8 hari untuk satu bulan...tetapi maintance yang dikenakan terhadap 333 penjaja tetap sama...oleh itu tindakan Penganjur dengan hanya mendiamkan diri dengan tanpa membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak DBKL adalah langkah terbaik baginya.
 


Isnin, 24 Oktober 2011

LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

 LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

Pada 24hb Oct 2011 pihak DBKL dilihat cuba memberi tekanan kepada penjaja penjaja di Uptown dengan mengarahkan penutupan pada hari isnin disetiap awal bulan bermula pada bulan November.
Tindakan seumpama ini hanya dilihat dikenakan oleh pihak DBKL hanya kepada penjaja MELAYU UPTOWN Danau Kota sahaja...tidak dikenakan ditempat tempat perniagaan yang lain seperti di Petaling Street...Little India Brickfields dan lain lain tempat yang mana mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dengan aman.

SEOLAH SATU UGUTAN DARI DBKL
Jika dilihat Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL menghantarkan s.k untuk surat ini dihantar sehingga kepada Ketua Polis Daerah yang dirasakan tiada kena mengena langsung dengan pekara ini seolah olah merupakan satu ugutan kecil kepada penjaja agar dapat mematuhi ketetapan ini.

Setelah majlis dialog yang anjuran daripada Penganjur Uptown yang disifatkan gagal dalam menyatukan penjaja dengan penganjur...maka bermula daripada itu ada dari kalangan penjaja yang tidak mematuhi apa apa kehendak daripada penganjur termasuk tidak membayar Maintanance sebagai tanda PROTES.

Jumaat, 9 September 2011

PENUBUHAN CLUB PENJAJA DIHALAMAN FACEBOOK

Pada tarikh ini bersamaan Malam Jumaat
 11 Shawal 1432 sebuah Club Penjaja didalam FACEBOOK telah ditubuhkan oleh
Nik Cincin.

DENGAN TERTUBUHNYA CLUB PENJAJA DANAU KOTA DI LAMAN FACEBOOK INI DAPATLAH PENJAJA BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG PELUANG PELUANG PERNIAGAAN YANG BOLEH DICEBURI OLEH PENJAJA DISEKITAR KUALA LUMPUR INI.

DENGAN ADA KEMUDAHAN SEPERTI INI SEGALA MAKLUMAT AKAN DAPAT KITA TERIMA DENGAN 
CEPAT DARIPADA RAKAN RAKAN SEPERNIAGAAN DISINI DAN DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN BAIK SESAMA PENJAJA DI UP TOWN DANAU KOTA INI.


KESIMPULAN DARIPADA PENUBUHAN CLUB INI IANYA TELAH BANYAK MENGGAGALKAN BERBAGAI CUBAAN MEMPERBODOHKAN PENJAJA DISINI DIDALAM BENTUK PEMBOHONGAN DAN UGUTAN.

Khamis, 11 Ogos 2011

PENINDASAN PENGANJUR DAN SEKUTUNYA

PENINDASAN PENGANJUR DAN SEKUTUNYA
Penganjur Uptown Mat Selamat terus bertindak untuk mengaut keuntungan daripada penjaja penjaja di Uptown dengan menambahkan jumlah hari berniaga sebanyak 3 hari didalam bulan Ramadan dengan dikenakan bayaran pada setiap penjaja sebanyak RM80 sebagaimana yang tertulis didalam surat yang bertarikh 11 Ogos 2011 dibawah.
Apa yang menghairankan setiap surat sk yang telah di COP TERIMA sahaja yang diedarkan oleh Penganjur ini kepada penjaja...tetapi surat kelulusan daripada pihak DBKL tidak pernah diedarkan kepada penjaja didalam setiap tindakan beliau didala pekara yang berkaitan dengan pengutipan wang kepada penjaja...
Sepekara lagi yang menjadi peliknya setiap kali perlakuan Penganjur ini menjalankan kegiatan pengutipan wang daripada penjaja tidak pernah pula mendapat halangan daripada pihak DBKL
 

Khamis, 30 Jun 2011

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

Khamis 30 Jun 2011 jam 2.00 petang di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota telah tercatat sejarah buat pertama kalinya Mat Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota selama lebih kurang 6 tahun...untuk mengadakan perjumpaan sekali gus berdailog bersama penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

Setelah Ibrahim Yusof membuat perasmian majlis dialog ini beliau telah meninggalkan Dewan dengan alasan mempunyai urusan lain dan meninggalkan En Izul Fikri bersendirian sebagai pemerhati.


Majlis dialog diantara Penganjur dengan Penjaja ini berjalan dalam keadaan tegang.Rata rata penjaja yang hadir tidak bersetuju dengan kenaikan Caj Perhidmatan yang dihajati oleh Penganjur Mat Selamat ini.

Dalam keadaan yang tegang itu En Izul Fikri yang sebenarnya ditugaskan sebagai permerhati telah mencapuri urusan Penjaja dengan Penganjur Mat Selamat dengan meletakan kadar Caj Perhidmatan sebanyak RM230 yang mana peristiwa ini disaksikan oleh ratusan penjaja Uptown ini.

Walaupun Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah menetapkan RM230 sebagai kadar Caj Perhidmatan yang dikenakan oleh Penganjur kepada Penjaja...keputusan ini tidak dapat diterima oleh penjaja yang hadir pada hari itu.
Dalam keadaan tegang itu...Mat Selamat selaku Penganjur dengan angkuhnya mengumumkan satu lagi isu iaitu membuat satu ketetapan untuk penjaja yang mana diwajibkan menukar Canopy baru dan mensharatkan kepada setiap penjaja membeli daripadanya dengan harga RM450 untuk satu unit.

Dengan pengumuman ini maka ramailah penjaja yang bertindak keluar meninggalkan dewan dan kesimpulan daripada majlis dialog ini adalah gagal...tetapi Penganjur Mat Selamat telah menjadikan satu keputusan yang wajib dipatuhi oleh penjaja daripada keputusan perbincangan yang gagal ini.

Dalam majlis itu wakil pemerhati daripada DBKL dihadiri oleh Timbalan Pengarah iaitu En Ibrahim Yusof bersama En Izul Fikri dari Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan penjaja.

Isnin, 27 Jun 2011

SURAT DIALOG DARI DBKL

SURAT DIALOG DARI DBKL

Atas arahan TKP kepada Penganjur Mat Selamat maka surat yang bertarikh 27 Jun 2011 ini diedarkan kepada penjaja penjaja Uptown sebagai menjemput untuk menghadiri majlis dialog didewan Komuniti Taman Ibu Kota Setapak KL pada 30 Jun 2011 bersamaan dengan hari Khamis.

Khamis, 23 Jun 2011

JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG

JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG
Hasil daripada kekecuhan yang tercetus mengenai kenaikan caj perhidmatan oleh Penganjur keatas penjaja penjaja di Uptown...TKP telah menjempun wakil daripada penjaja...wakil daripada pihak Penganjur dan DBKL sendiri diwakil oleh TKP...Ibrahim Yusuf...Izul Fikri dan beberapa orang yang lain.

Pada 23hb Jun 2011 bersamaan hari Khamis perjumpaan tiga penjuru telah terlaksana di pejabat TKP.
Didalam perjumpaan ini sekali lagi TKP menegaskan bahawa DBKL tidak mencampuri urusan Caj Perhidmatan oleh Penganjur terhadap penjaja.TKP juga menegaskan secara lisan dihadapan wakil penjaja dan wakil Penganjur bahawa..." Ahmad bin Selamat telah GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWABNYA SEBAGAI PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA ".