SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

34) SURAT MOHON BERNIAGA DIPERAYAAN TAHUN BARU CINA KEPADA MENTERI WILAYAH

 SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH 
UNTUK BERNIAGA DIMUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Atas semangat yang tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini, Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah penjaja di Uptown Danau Kota ini.

Kali ini sepucuk lagi surat
 yang bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI RAYA CINA.

Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa, jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL, Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.











33) MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN PKPI

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK

Menjalinkan hubungan baik
dengan Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah telah dimulakan oleh Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota semenjak dari Protem lagi dan Persatuan Penduduk disini amat menyokong akan penubuhan Persatuan Peniaga Peniaga disini.

Oleh itu Persatuan Penduduk
 telah menjemput Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menyertai bersama didalam MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN TAMAN SETAPAK INDAH yang akan berlangsung pada 14hb January 2012.

Persatuan Peniaga Peniaga telah mengambil langkah mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 06hb January 2012 untuk menjemput kepada semua penjaja penjaja Uptown bagi tujuan ini.










32) SUSULAN BAGI MEMPERCEPATKAN DIALOG

SURAT SUSULAN KEPADA PEKARA 25 

Setelah jawapan yang diterima daripada pihak DBKL
pada 14 Disember 2011 mengenai permohonan untuk diadakan dialog dengan status


Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menyerahkan sepucuk lagi surat sebagai susulan yang
 bertarikh 29hb Disember bagi 

MERAYU UNTUK DIPERCEPATKAN DIALOG YANG DISERTAI DARIPADA WAKIL DBKL, PENJAJA PENJAJA BERLESEN DAN PENGANJUR.




Didalam surat ini Pihak Persatuan danau Kota telah menyatakan beberapa sebab kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL kenapa pentingnya perlu dipercepatkan majlis dialog diadakan.

Surat ini satu lagi bukti menunjukan bahawa Persatuan peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ingin berkerjasama dengan pihak DBKL untuk menyelesaikan kemelut di Uptown Danau Kota yang berpunca daripada SIKAP TAMAK PENGANJUR Ahmad Selamat

31) ADUAN KEPINCANGAN PENGANJURAN UPTOWN KEPADA MENTERI WILAYAH

  ADUAN PERSATUAN MENGENAI 
KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA MENTERI WILAYAH

Setelah menubuhkan persatuan
adalah menjadi kewajipan keatas persatuan untuk memantau
 pergerakan penganjur keatas kebajikan penjaja dan melapurkan segala kepincangan penganjur kepada pihak tertinggi setelah pihak bawahan tidak sudi untuk mengambil sebarang tindakan keatas penganjur, walaupun beberapa bantahan secara terang keatas
penganjur oleh Penjaja tidak diendahkan.

Oleh itu sepucuk surat yang bertarikh 29hb Disember telah diajukan kepada Menteri Wilayah dengan menyertakan fakta fakta kepincangan penganjur Uptown Danau Kota.



 

30) KENYATAAN KP MEMBENARKAN PENJAJA UPTOWN BERNIAGA BERSAMA PENIAGA PASAR MALAM

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR 
MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA
 PASAR MALAM

Atas Usaha penjaja sendiri
dengan dibantu oleh IKHLAS MALAYSIA dan pihak MEDIA membuat liputan semasa PIKET KEPEJABAT WEE CHOO KEONG pada 15hb Disember yang lalu, akhirnya Ketua Pengarah Dato' Hj Salleh Yusof pada 25hb Disember 2011, telah membuat kenyataan didalam akhbar Sinar Harian dengan memberi kebenaran kepada penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari Khamis.

Keputusan ini amat tidak disenangi
oleh Penganjur Uptown kerana beliau tidak dapat mengutip hasil untuk aktiviti Pasar Malam sebagaimana yang telah diwawarkanya akan mengenakan RM50 untuk setiap penjaja.


29) PERMOHONAN STATUS PASAR MALAM KEPADA UPTOWN DITOLAK

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 2I DITOLAK

Pihak DBKL terus memberikan tekanan
kepada penjaja disini dengan langsung tidak memberikan ruangan untuk penjaja penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN menjalan kegiatan perniagaan beserta sengan penjaja penjaja Pasar malam.

Ini terbukti dengan pengedaran surat pekeliling
 yang bertarikh 21hb Disember 2011 kepada 333 penjaja disini walaupun AJK bertindak telah mengutuskan permohonan kepada pihak DBKL dengan surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 seperti yang tersebut didalam pekara 21, namun hampa.

28) UGUTAN PENGANJUR

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR

Penganjur Ahmad bin Selamat
 masih dengan sikap Zionisnya dengan mengedarkan surat amaranya kepada penjaja yang tidaka membayar caj perhidmatan dengan mengugut untuk membatalkan lesen penjaja.

MEMPERJUANGKAN NASIB PENJAJA LANGSUNG TIDAK, APA YANG DIPENTINGKANYA ADALAH POKETNYA SENDIRI.

Disebabkan kezalimanya,  hampir lebih daripada 150 penjaja berlesen tidak membayar caj perhidmatan kepada beliau sebagai tanda Protes.