SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Jumaat, 9 September 2011

PENUBUHAN CLUB PENJAJA DIHALAMAN FACEBOOK

Pada tarikh ini bersamaan Malam Jumaat
 11 Shawal 1432 sebuah Club Penjaja didalam FACEBOOK telah ditubuhkan oleh
Nik Cincin.

DENGAN TERTUBUHNYA CLUB PENJAJA DANAU KOTA DI LAMAN FACEBOOK INI DAPATLAH PENJAJA BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG PELUANG PELUANG PERNIAGAAN YANG BOLEH DICEBURI OLEH PENJAJA DISEKITAR KUALA LUMPUR INI.

DENGAN ADA KEMUDAHAN SEPERTI INI SEGALA MAKLUMAT AKAN DAPAT KITA TERIMA DENGAN 
CEPAT DARIPADA RAKAN RAKAN SEPERNIAGAAN DISINI DAN DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN BAIK SESAMA PENJAJA DI UP TOWN DANAU KOTA INI.


KESIMPULAN DARIPADA PENUBUHAN CLUB INI IANYA TELAH BANYAK MENGGAGALKAN BERBAGAI CUBAAN MEMPERBODOHKAN PENJAJA DISINI DIDALAM BENTUK PEMBOHONGAN DAN UGUTAN.

Khamis, 11 Ogos 2011

PENINDASAN PENGANJUR DAN SEKUTUNYA

PENINDASAN PENGANJUR DAN SEKUTUNYA
Penganjur Uptown Mat Selamat terus bertindak untuk mengaut keuntungan daripada penjaja penjaja di Uptown dengan menambahkan jumlah hari berniaga sebanyak 3 hari didalam bulan Ramadan dengan dikenakan bayaran pada setiap penjaja sebanyak RM80 sebagaimana yang tertulis didalam surat yang bertarikh 11 Ogos 2011 dibawah.
Apa yang menghairankan setiap surat sk yang telah di COP TERIMA sahaja yang diedarkan oleh Penganjur ini kepada penjaja...tetapi surat kelulusan daripada pihak DBKL tidak pernah diedarkan kepada penjaja didalam setiap tindakan beliau didala pekara yang berkaitan dengan pengutipan wang kepada penjaja...
Sepekara lagi yang menjadi peliknya setiap kali perlakuan Penganjur ini menjalankan kegiatan pengutipan wang daripada penjaja tidak pernah pula mendapat halangan daripada pihak DBKL
 

Khamis, 30 Jun 2011

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

Khamis 30 Jun 2011 jam 2.00 petang di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota telah tercatat sejarah buat pertama kalinya Mat Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota selama lebih kurang 6 tahun...untuk mengadakan perjumpaan sekali gus berdailog bersama penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

Setelah Ibrahim Yusof membuat perasmian majlis dialog ini beliau telah meninggalkan Dewan dengan alasan mempunyai urusan lain dan meninggalkan En Izul Fikri bersendirian sebagai pemerhati.


Majlis dialog diantara Penganjur dengan Penjaja ini berjalan dalam keadaan tegang.Rata rata penjaja yang hadir tidak bersetuju dengan kenaikan Caj Perhidmatan yang dihajati oleh Penganjur Mat Selamat ini.

Dalam keadaan yang tegang itu En Izul Fikri yang sebenarnya ditugaskan sebagai permerhati telah mencapuri urusan Penjaja dengan Penganjur Mat Selamat dengan meletakan kadar Caj Perhidmatan sebanyak RM230 yang mana peristiwa ini disaksikan oleh ratusan penjaja Uptown ini.

Walaupun Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah menetapkan RM230 sebagai kadar Caj Perhidmatan yang dikenakan oleh Penganjur kepada Penjaja...keputusan ini tidak dapat diterima oleh penjaja yang hadir pada hari itu.
Dalam keadaan tegang itu...Mat Selamat selaku Penganjur dengan angkuhnya mengumumkan satu lagi isu iaitu membuat satu ketetapan untuk penjaja yang mana diwajibkan menukar Canopy baru dan mensharatkan kepada setiap penjaja membeli daripadanya dengan harga RM450 untuk satu unit.

Dengan pengumuman ini maka ramailah penjaja yang bertindak keluar meninggalkan dewan dan kesimpulan daripada majlis dialog ini adalah gagal...tetapi Penganjur Mat Selamat telah menjadikan satu keputusan yang wajib dipatuhi oleh penjaja daripada keputusan perbincangan yang gagal ini.

Dalam majlis itu wakil pemerhati daripada DBKL dihadiri oleh Timbalan Pengarah iaitu En Ibrahim Yusof bersama En Izul Fikri dari Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan penjaja.

Isnin, 27 Jun 2011

SURAT DIALOG DARI DBKL

SURAT DIALOG DARI DBKL

Atas arahan TKP kepada Penganjur Mat Selamat maka surat yang bertarikh 27 Jun 2011 ini diedarkan kepada penjaja penjaja Uptown sebagai menjemput untuk menghadiri majlis dialog didewan Komuniti Taman Ibu Kota Setapak KL pada 30 Jun 2011 bersamaan dengan hari Khamis.

Khamis, 23 Jun 2011

JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG

JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG
Hasil daripada kekecuhan yang tercetus mengenai kenaikan caj perhidmatan oleh Penganjur keatas penjaja penjaja di Uptown...TKP telah menjempun wakil daripada penjaja...wakil daripada pihak Penganjur dan DBKL sendiri diwakil oleh TKP...Ibrahim Yusuf...Izul Fikri dan beberapa orang yang lain.

Pada 23hb Jun 2011 bersamaan hari Khamis perjumpaan tiga penjuru telah terlaksana di pejabat TKP.
Didalam perjumpaan ini sekali lagi TKP menegaskan bahawa DBKL tidak mencampuri urusan Caj Perhidmatan oleh Penganjur terhadap penjaja.TKP juga menegaskan secara lisan dihadapan wakil penjaja dan wakil Penganjur bahawa..." Ahmad bin Selamat telah GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWABNYA SEBAGAI PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA ".

Rabu, 22 Jun 2011

KENYATAAN DARI PENGANJUR YANG BODOH

KENYATAAN DARI PENGANJUR YANG BODOH
Apabila TKP menyatakan didalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 2012... untuk menutup Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota ...Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini telah membuat kenyataan BODOHnya...dengan mengigatkan kepada penduduk sekitar agar memahami...tetapi perlaksanaan beliau dari segi keselesaan penduduk disekeliling tidak dilaksanakan...sehingga penduduk melalui Wee choo Keong telah membawakan pekara ini ke Parlimen.

Apa yang didapati Penganjur Uptown ini langsung tidak menjalinkan hubungan dengan Persatuan Penduduk (PKPI) apatah lagi untuk mengadakan perbincangan bersama dengan PKPI mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk oleh kewujudan Uptown Danau Kota ini...

Sepatutnya Penganjur WAJIB mengadakan perbincangan serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi bersama dengan PKPI dan menyalurkan sebahagian daripada limpahan kutipan daripada penjaja kepada PKPI pada setiap bulan.

Lihat kenyataan didalam keratan akhbar dibawah.

Selasa, 21 Jun 2011

KESOMBONGAN PENGANJUR

KENYATAAN PENGANJUR YANG SOMBONG
Pada 21hb Jun 2011 sekali lagi Penganjur Ahmad bin Selamat membuat kenyataan diakhbar dengan sombong dan angkuhnya beliau yang berbunyi...
" PENIAGA ENGGAN BAYAR DIMINTA KELUAR...RAMAI LAGI MENANTI PELUANG...YURAN RM300 MUKTAMAD "
Satu kenyataan yang tidak dapat dilupakan oleh penjaja penjaja di Uptown ini.

Beliau juga telah membezakan dengan caj yang telah dikenakan oleh penganjur ditempat tempat lain yang mengenakan caj sehingga RM500.

Sebenarnya penganjur ini lupa bahawa kegiatan perniagaan di Uptown Danau Kota dijalankan diatas tapak Parking kereta dikawasan rumah kedai di Taman Setapak Indah Kuala Lumpur...dengan tanpa pihak Penganjur membayar sebarang kos atau sewaan keatas tapak Uptown ini...tidak sebagaimana pihak penganjur yang lain didalam Kuala Lumpur yang terpaksa membayar sewaan dengan puluhan ribu untuk satu satu kawasan digunakan sebagai tapak kegiatan perniagaan.
Ahmad Bin Selamat selaku Penganjur dengan jelas telah membuat kenyataan BODOHNYA didalam akhbar dibawah bahawa beliau sudah tidak mampu menjadi penganjur Uptown jika dengan kadar caj Perhidmatan hanya RM150.
Seharusnya apabila Penganjur Mat Selamat telah mengeluarkan kenyataan yang sebegitu BODOH...pihak DBKL perlu mengambil jalan yang terbaik dengan MEMBUKA TENDER UNTUK PENGANJURAN UPTOWN ini kepada pihak lain yang mampu menganjurkan Uptown ini dengan kadar caj perhidmatan sebanyak RM150 atau kurang daripada itu.


KELIK PADA KERATAN AKHBAR 
DIBAWAH DAN LIHAT PADA UTUSAN ONLINE