SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

27) SURAT HEBAHAN MENGENAI KELULUSAN PERSATUAN

 SURAT HEBAHAN KELULUSAN PERSATUAN OLEH ROS

Setelah Tim.Setiausaha Protem
menerima sijil kelulusan Persatuan daripada R.O.S pada 17hb Disember 2011 persatuan penjaja yang baru ditubuhkan dengan didaftarkan diatas nama, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR. AJK persatuan telah menghebahkan pekara ini melalui surat pekeliling yang diedarkan kepada 333 penjaja Uptown danau Kota.


Didalam surat pekeliling ini diterangkan tujuan penubuhan persatuan ini 
kepada seluruh penjaja disini.

26) PIKET BANTAH WEE CHOO KEONG

  PIKET BANTAHAN KEPEJABAT WEE CHOO KEONG

Oleh kerana DBKL telah memberikan alasan
 bahawa penutupan 2 hari untuk aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota adalah disebabkan bantahan daripada wakil Parlimen Wee Choo Keong yang telah membawakan pekara ini sehingga keperingkat parlimen.

Maka dengan ini pada 15hb Disember 2011
penjaja penjaja yang dipimpin oleh Presiden IKHLAS MALAYSIA En Mohd Ridzuan Abdullah telah melancarkan satu piket secara aman kepejabat We Choo Keong sebagai tanda bantahan penjaja terhadap niat Wee Choo Keong untuk menutup kegiatan aktiviti penjaja di Uptown Danau Kota ini.


Untuk menonton video Piket bantahan Penjaja Uptown Danau Kota kepejabat Wee Choo Keong  Part 1 ini sila kelick dibawah.

Berbagai Selogan yang telah ditulis keatas Sepanduk yang direntangkan oleh penjaja yang berbentuk rayuan kepada PBT supaya membela nasib penjaja disini.


Dengan ini pihak DBKL harus sedar terutama JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKLbahawa kerusi yang mereka duduki hari ini adalah diatas tiket penjaja, adalah seharusnya mereka ini memainkan peranan untuk 
membela nasib penjaja.



Untuk menyaksikan Video bantahan penjaja terhadap Wee Choo Keong Par2 kelick dibawah.


25) TIADA KEPUTUSAN MENGENAI DIALOG OLEH DBKL

TIADA KEPUTUSAN DARI DBKL

14hb Disember 2011 sepucuk surat daripada pihak DBKL mengenai permohonan untuk diadakan dialog telah diterima, namun masih belum ada sebarang keputusan mengenai itu.

24) GANGSTER

MENGGUNAKAN KHIDMAT GANGSTER OLEH PENGANJUR

Tertubuh persatuan ini adalah atas dasar tidak
 percaya penjaja penjaja terhadap Penganjur Ahmad bin Selamat.

Sistem pentadbiran Ahmad Selamat selaku Penganjur
 disini adalah menjalankan pentadbiran secara KUKU BESI, tidak pernah duduk berbincang dengan penjaja mengenai masalah penjaja disini. Bertindak ZALIM dengan memaksa penjaja menutup Premis perniagaan mereka jika tidak dapat membayar caj perhidmatan dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Untuk penjaja yang menyewa ditapak Promosi
dengan kadar sewaan RM1200 sebulan akan dihalau dengan serta merta jika sekira tidak berupaya membayar sewa dalam waktu yang ditetapkan.

Disuatu ketika beliau juga pernah menggunakan khidmat daripada Gangster sebagai Security di Uptown ini. Security ini pernah bertindak menebalikkan meja penjaja dengan permasaalahan yang kecil yang mana ini pernah terjadi keatas penjaja yang menduduki tapak no 283
Abdullah bin Asri.

Ada banyak lagi aspek yang menyebabkan penjaja telah bangun untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dapat membela nasib penjaja penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini daripada tindakan penindasan oleh Penganjur Uptown ini sendiri.


23) MOHON DIALOG DIADAKAN

SURAT MOHON DIADAKAN DIALOG OLEH AJK BERTINDAK

AJK bertindak penjaja terus berbincang demi meleraikan masalah kekusutan yang dihadapi oleh penjaja penjaja disini. Satu keputusan melalui perbincangan telah diambil yakni mengadakan dialog diantara penjaja dengan Penganjur sebagai mana yang dilakukan pada bulan Jun 2011 diadakan.

Oleh yang demikian sepucuk surat yang bertarikh 13hb Disember 2011 telah dipersembahkan kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL mohon kerjasama pihak Jabatan ini menganjurkan satu majlis dialog bagi menyelesaikai permasalahan ini.


Jelas disini menunjukan bahawa penubuhan Persatuan PENJAJA UNTUK PENJAJA ini sebenarnya bukan untuk kepentingan peribadi seseorang, tetapi ianya benar benar untuk memperjuangkan hak penjaja penjaja berlesen di Uptown Danau Kota ini.

22) MEMAKLUMKAN KEPADA DBKL MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN

 MEMAKLUMKAN KEPADA DBKL MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN

Dalam waktu yang sama iaitu 12hb Disember 2011 AJK Bertindak telah mengutuskan satu surat kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL bagi memaklumkan bahawa penjaja penjaja telah menubuhkan satu Persatuan bagi tujuan menyuarakan hak sebagai penjaja penjaja berlesen telah diluluskan oleh R.O.S.



Didalam surat ini juga dinyatakan bahawa mesyuarat Agong Pertama akan diadakan 3 bulan dari tarikh tertubuhnya persatuan PENJAJA UNTUK PENJAJA ini.

21) M0HON TUKAR STATUS PASAR MALAM KEPADA AKTIVITI UPTOWN

        MOHON DITUKARKAN STATUS PASAR MALAM  KEPADA AKTIVITI UPTOWN OLEH AJK BERTINDAK

Surat kedua daripada AJK Bertindak kepada
JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL yang bertarikh 12hb Disember 2011 adalah memohon agar status Pasar Malam ditukarkan kepada AKTIVITI BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN DANAU KOTA.

Memandangkan penjaja Uptown Danau Kota
 yang tiada tapak untuk Pasar Malam kini hanya dapat menjalankan aktiviti perniagaan hanya 4 hari sahaja dalam seminggu, ini telah menjejaskan pendapatan penjaja yang begitu teruk sekali pada ketika itu.



Surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 oleh AJK Bertindak kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL ini benar benar merayu kepada pihak DBKL agar dapat bertolak ansur dengan kehendak penjaja disini.