SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 28 Jun 2012

KEMUNGKINAN BB PLAZA DIROBOHKAN

PUTRAJAYA
Dalam pertemuan Presiden NGO IKHLAS En Ridzuan Abdullah dengan Setiausaha Sulit Kanan PM Y.Bhg. Dato' Ghazali Ibrahim, ketika menyerahkan satu lagi Memorandum BANTAHAN PENIAGA PENIAGA BB PLAZA BUKIT BINTANG kepada PM di Putrajaya petang tadi,


Y. Bhg. Dato' Ghazali Ibrahim telah menyatakan bahawa Memorandum suara 333 penjaja Uptown Danau Kota mengenai BANTAHAN TERHADAP CARA PERLAKSANAAN PENGANJUR UPTOWN DAN DBKL YANG SECARA TERANG MENINDAS KEATAS 333 PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA  pada 26hb Jun yang lalu, telah diserahkan ketangan Perdana Menteri.


28 Jun 2012 dihadapan BB Plaza Bukit Bintang, seramai lebih 500 peniaga peniaga yang menjalankan kegiatan perniagaan didalam Plaza itu, telah berkumpul, membantah tindakan merobohkan BB Plaza bagi melaksanakan project MRT Station disitu.


Tindakan peniaga peniaga disini menjemput NGO IKHLAS untuk campur tangan dalam menyelesaikan isu ini telah disambut baik oleh Presiden IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah dan satu sidang akhbar besar besaran telah diadakan dihadapan BB Plaza.


Satu Demo secara aman daripada peniaga peniaga disini dengan menaikan berbagai slogan telah diadakan sebagai tanda protes keatas project MRT Station, yang terpaksa merobohkan BB Plaza dan hasil daripada itu peniaga peniaga disini terpaksa berpindah. 


Sekali lagi NGO IKHLAS yang dipimpin oleh Presidenya En Mohd Ridzuan Abdullah, memimpin angkatan demo dari kalangan peniaga peniaga BB Plaza ke Putrajaya untuk penyerahan satu Merandum mengenai bantahan  pengusiran terhadap mereka daripada BB Plaza, kepada YAB Perdana Menteri.


Memorandum ini telah diserahkan oleh 3 orang daripada wakil peniaga peniaga BB Plaza bersama Presiden IKHLAS En Ridzuan Abdullah dan En Harmizi Presiden IKHLAS Wilayah kepada Setiausaha Sulit Kanan Y.Bhg Dato' Ghazali Ibrahim, untuk disampaikan kepada Perdana Menteri.


Kami penjaja penjaja Uptown Danau Kota 
MENYOKONG PERJUANGAN PERTUBUHAN NGO IKHLAS 
didalam memperjuangkan nasib penjaja penjaja dan peniaga peniaga yang ditindas.

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan