SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 28 Jun 2012

MENJAWAB KENYATAAN PENGARAH PERANCANG KORPORAT DBKL DR ISMAIL STAPA



Kenyataan pengarah perancang korporat, Dr Ismail Stapa mengenai CAJ PERHIDMATAN (Bukan sewa) sebagaimana yang dinyatakanya diatas, sebanyak RM 350 untuk adalah satu bentuk penindasan keatas penjaja. Adalah tidak wajar pihak Penganjur Uptown Danau Kota mengenakan Caj Perhidmatan keatas 333 penjaja disini dengan begitu tinggi. Perlu diingatkan bahawa aktiviti di Uptown Danau Kota dijalankan diatas kawasan LOT PARKING MILIK KERAJAAN. Penganjur hanya bermodalkan 2 atau 3 tin CAT KUNING sebagai penanda petak penjaja dan aktiviti perniagaan disini sudah boleh dijalankan.

Untuk maklumat Dr Ismail Stapa, dengan mengenakan Caj Perhidmatan sebanyak RM 150 seperti yang telah sudah, Penganjur Uptown Danau Kota telah melaih kutipan sebanyak lebih daripada RM 1.5 juta setahun. Ini boleh Tuan lihat didalam Carta kutipan Penganjur Uptown seperti dibawah.


Dengan Carta diatas, cuba Tuan bayangkan jika Penganjur Uptown Danau Kota berjaya dalam kempenya untuk menaikan kadar CAJ PERHIDMATAN kepada RM 300 sebagaimana yang telah dipersetujui oleh oleh pegawai GRED N32 di JABATAN PERMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA sebagai mana seperti surat yang diedarnya kepada 333 penjaja disini, seperti dibawah.


Dalam kenyataan Dr Ismail Stapa diatas yang menyatakan bahawa
 Penganjur mencari penjaja adalah tidak bertepatan .Penganjur hanya membuat iklan dan hasil daripada iklan itu, penjaja telah datang memohon untuk menjalankan aktiviti perniagan disini. Hasil daripada kecekalan penjaja yang taat menunggu dipremis perniagaan sehingga ke pukul 4 pagi, pada setiap hari, walau pun tidak mendapat sebarang hasil jualan selama beberapa bulan diperingkat awal aktiviti perniagaan di  Uptown ini dijalankan, akhirnya Uptown Danau Kota menjadi maju dan dikenali diseluruh penduduk warga kota.

Kesimpulan 
kejayaan Uptown Danau Kota bukan dari hasil usaha Penganjur, tetapi sebenarnya adalah daripada kegigihan penjaja disini. Kita boleh lihat sendiri apakah bentuk usaha Penganjur yang dapat dibuktikan didalam usaha usaha memajukan Uptown Danau Kota ? Jawabnya tiada.

Dalam pekara diatas kami 
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA MAMPU BERDEBAT DENGAN SESIAPA SAHAJA 
dalam kebenaran apa yang kami nyatakan disini. Kami juga berharap kepada Tuan agar tidak mengeluarkan sesuatu kenyataan  yang mengerirukan. Tuan seharusnya menghalusi pekara ini sebelum membuat kenyataan seperti diatas.

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Terima Kasih



2 ulasan:

  1. Manusia yang berkuasa sekarang bila bercakap ikut suka hati dia. Jika benar mereka ini berkerja dan menjaga kepentingan rakyat dan selain itu menjaga keberkatan Gaji yang mereka perolehi mengapa tidak turun sendiri ketempat yang permasalahan secara senyap untuk menilai dan membuat keputusan yang tepat. Hampir semua jawapan dan kenyataan dari Penjawat Awam berjawatan tinggi seperti menutup pekung rakan mereka yang sudah nampak oleh orang lain. Basuh dengan Dettol pun tak boleh hilang kerana rakyat dah lama tahu Pekung dah mula membusuk.

    Macam mana rakyat nak menyokong kerajaan sekarang kerana yang merosakkan Kerajaan adalah Penjawat Awam itu sendiri.

    BalasPadam
  2. cakap tak serupa bikin.... podah cit ler ini pengarah.... macam mane ler mamat ni boleh jadi pengarah perancang koperat ???? si mail stapa ni pernah ke jenguk2 kat kl dowmtowm & uptown danau kota ???? tahukah penganjur2 di bazar ini menjarah duit2 peniaga di bazar ini ???? sipakah dalang di dbkl yang melindungi kegiatan haram jadah ini ??? tahukah anda, dbkl mngkadarkan harga rm0.50 bagi satu kaki persegi sebulan???? ini bermakna bagi keluasan 8 x 8 = 64 kaki persegi, maka 64 per sq ft x rm0.50 = RM32 SAHAJA BAGI SEBULAN !!!! jesteru itu sesiapa yang bukak 2 kanopi, sewajarnya mereka ini hanya membayar RM64 sahaja bagi sebulan di tapak/lot di kl !!!! bagi tahu sama ini pengarah, kalau nak berdebat sediakan pentas.... jangan nak lebong aje... dah ler ramai melayu bodoh..., nak jugak dibodohkan lagi.... kah kah kah

    BalasPadam