SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 4 Julai 2012

KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK

PUNCA KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK
SEHINGGA PENUTUPAN 2 HARI PADA SETIAP
MINGGU AKTIVITI PERNIAGAAN 
DI UPTOWN DANAU KOTA

Kritikan daripada penduduk sehingga membawa kepada penutupan 2 hari keatas aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini adalah berpunca daripada kegagalan pihak Penganjur menjalankan tanggung jawab keatas perananya sebagai penganjur disini terutama mengendalikan TRAFIK disekitar kawasan Uptown ini.Kegagalan ini telah menyebabkan cemohan daripada penduduk disekitar kawasan yang mana menghadapi kesesakan untuk pulang kerumah.

Kegagalan Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat dapat dilihat dengan jelas didalam CARTA YANG DIPAMIRKAN DIBAWAHbahawa beliau terlalu berjimat sehingga langsung tidak  mengunakan kewangan didalam mengendalikan Uptown Danau Kota ini. 

10) PENYATA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2008

Disini jelas dapat disaksikan bahawa segala kutipan daripada Uptown Danau Kota yang berjumlah RM1,540,800,00 (1.5 JUTA)hanya dinyatakan berjumlah RM22,300,00 sahaja didalam penyata kewanganya,sementara lengsung tidak menggunakan kewanganya didalam menyelenggarakan Uptown Danau Kota.Lebih buruk lagi apabila beliau telah meletakan LEBIHAN (PENGURANGAN) DARI PERBELENJAAN SEMASA SEBANYAK RM5,255,58.Jadi tidak hairanlah kritikan daripada penduduk mengenai permasalahan di Uptown ini menjadi ISU DI PARLIMEN yang dibawa oleh WEE CHOO KEONG,kerana disebabkan penganjur ini langsung tidak mengambil tahu mengenai pengurusan di Uptown ini dan AKHIRNYA PENJAJA MENJADI MANGSA.

11)PENYATA KEWANGAN PENGANJUR UNTUK 
TAHUN 2009 
Didalam penyata kewangan untuk tahun 2009 juga adalah didapati sama dengan penyata kewangan untuk tahun 2008,Rm1.5 Juta kutipan daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota tidak dinyatakan.

12) PENYATA KIRA KIRA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2010
Jika diteliti daripada 3 penyata kewangan Penganjur Uptown ini ternyata ketiga tiga penyata kewangan ini tidak menyebut RM1.5 Juta jumlah kutipan yang diperoleh daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota.Dalam pada itu Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat juga tidak menyatakan jumlah wang yang dikeluarkan untuk penyelenggaraan Uptown Danau Kota.Akibat daripada ini telah menyebabkan penjaja menjadi mangsa akibat tekanan daripada pihak penduduk sekeliling kepada DBKL.Akibat daripada tekanan ini aktiviti perniagaan disini telah dikurangkan sebanyak 2 hari pada setiap minggu.

Dari segi kedua PEMERIKSA KIRA KIRA penganjur ini pula telah MENANDATANGANI dan memperakui akan kebenaran mengenai penyata kewangan penganjur ini yang dipercayai bersifat PEMBOHONGAN.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN AKAN TERUS MEMAPARKAN BUKTI SALAHLAKU PENGANJUR UPTOWN BERSAMA DENGAN SEKUTUNYA DIDALAM MISI MEREKA MELAKUKAN PENINDASAN KEATAS PENJAJA PENJAJA DISINI DARI MASA KESEMASA UNTUK TATAPAN UMUM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan