SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 4 Julai 2012

PENGANJUR UPTOWN AHMAD SELAMAT GAGAL MENJALANKAN 3 TUGASAN DENGAN UPAH 1.5 JUTA SETAHUN


Bazaria Larut Malam Danau Kota yang lebih sinonim dengan nama Uptown Danau Kota telah mula menjalankan kegiatanya sebagai pusat perniagaan kepada penjaja penjaja kecil sekitar Kuala Lumpur pada 17 Feb 2006. Sehingga kini Uptown Danau Kota telah menempatkan seramai 333 penjaja yang berlesen yang menjalankan kegiatan perniagaan diatas tapak parking kereta disekitar kawasan rumah kedai Taman Setapak Indah Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Penganjuran Uptown Danau Kota ini telah diamanahkan oleh pihak DBKL kepada Persatuan Penjaja Penjaja dan Peniaga Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Setapak / Genting Kelang yang dipengerusikan oleh Ahmad bin Selamat. Tiga pekara PALING UTAMA sebagai penganjur Uptown Danau Kota yang WAJIB dilaksanakan adalah : -
  1. Menjaga KEBERSIHAN didalam kawasan aktiviti perniagan dan diluar termasuk dikawasan perumahan awam berhampiran aktiviti perniagan Uptown Danau Kota ini.
  2. Menjaga LALULINTAS agar tidak menjadi sesak terutama diwaktu waktu punck diantara pukul 11 malam hingga kepada pukul 1 pagi, demi memberi keselesaan kepada penduduk sekitar.
  3. Menjaga PARKING pengunjung yang datang agar tidak meletakkan kenderaan dihadapan rumah penduduk dikawasan yang berdekatan.

Untuk aktiviti perniagaan yang dijalankan sebanyak 6 hari seminggu, 333 penjaja berlesen di Uptown danau Kota  telah bersetuju memberi UPAH. kepada penganjur Ahmad Selamat bagi menyelenggarakan 3 perkara UTAMA seperti yang tersebut diatas sebanyak RM 1.5 juta setahun yang bermula dari tahun 2007. Untuk melihat carta kutipan setahun yang dibuat oleh 333 penjaja kepada penganjur sila kelik disini.



Pada peringkat permulaan penganjur menjalankan tanggungjawabnya dengan tertib dan tiada sebarang kritik daripada mana mana pihak tentang perjalanan aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini. Apabila penganjur Ahmad Selamat telah mula leka dengan tanggung jawabnya keatas 3 prkara diatas, kritikan daripada penduduk telah mula sampai kepada pihak DBKL, anda boleh kelik disini


Sungutan daripada penduduk yang ditujukan kepada DBKL terus disalurkan kepada Media oleh mereka (Penduduk) yang tidak puas hati dengan penyelenggaraan Uptown Danau Kota sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa untuk mereka yang tinggal dikawasan yang berdekatan. Anda boleh kelik disini dan lihat bentuk aduan mereka.

Walaupun pekara ini telah disalurkan beberapa kali kepada Media, namun penganjur Ahmad Selamat tetap tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian satu lagi aduan telah dibuat oleh penduduk kepada media mengenai masalah yang sama, anda boleh kelik disini. 


Tembelang penganjur Ahmad Selamat akhirnya terbongkar, apa bila didapati beliau langsung tidak menggunakan walau sesen pun kutipan RM 1.5 juta daripada 333 penjaja pada setiap tahun untuk penyelenggaraan keatas Uptown Danau Kota. Bukti ini anda boleh lihat dengan kelik disini.

Terdapat satu lagi bukti yang menunjukkan dengan jelas, bahawa penganjur Ahmad bin Selamat ini langsung tidak berminat untuk memberikan keselesaan kepada penduduk sekitar terutamanya didalam pengendalian traffic kelaluan masuk dan keluar kekawasan kediaman penduduk sekitar. Ini terbukti dalam kenyataan beliau di Sinar Harian yang bertarikh 3 Feb 2012 dan anda boleh kelik dsini.


DIYAKINI TERDAPAT UNSUR RASUAH 

Dalam keadaan masalah dengan penduduk masih lagi belum diselesaikan, pihak DBKL telah menghantar surat pekeliling dengan menaikan kadar CAJ PERHIDMATAN daripada RM 150 kepada RM 300. Surat pekeliling yang diedarkan kepada penjaja ini telah ditandatangani oleh pegawai DBKL dari GRED N32 dan anda boleh melihatnya dan kelik disini. 


Penganjur Ahmad Selamat tetap berkeras untuk menaikan kdar UPAHNYA bagi menjalankan 3 TUGASAN UTAMA sebagai mana yang dinyatakan diatas, dengan alasan TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUAT 3 TUGASAN diatas dengan kadar UPAH RM 1.5 JUTA setahun, walau pun ditentang keras oleh penjaja. Ini terbukti dan anda boleh kelik disini. Perhatikan dirangkap 9.


Disini dapat kita saksikan bahawa penganjur Ahmad Selamat ini secara terbuka telah menyatakan beliau TIDAK MAMPU untuk menjadi penganjur Uptown Danau Kota dengan kadar UPAH LAMA, jadi seharusnya pihak DBKL memberi ruang kepada penganjur lain atau membuka TENDER kepada pihak luar ataupun menyerahkan penganjuran Uptown Danau Kota kepada Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah  sebagai penganjur kepada Uptown Danau Kota ini.

Pihak DBKL terus memberikan sokongan terhadap penganjur Ahmad Selamat dan terbukti didalam majlis dialog yang dikira GAGAL mendapat sokongan daripada penjaja, sekali lagi pegawai DBKL GRED N32 telah mencampuri urusan penjaja dengan penganjur dengan MAELETAKAN KADAR CAJ PERHIDMATAN kepada RM 230. Anda boleh kelik disini.


Ekoran daripada ini, ramai dari kalangan penjaja yang tidak membayar Caj Perhidmatan ( UPAH KEPADA PENGANJUR ) sebagai tanda PROTES keatas tindakan penganjur yang disokong kuat oleh pihak DBKL. Hasil daripada tindakan penjaja ini, Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah memberi PENEKANAN YANG HEBAT dengan mengeruarkan SYARAT BARU terhadap penjaja penjaja Uptown Danau Kota untuk memperbaharui lesen dan anda boleh kelik disini.


Kegagalan penganjur Ahmad Selamat yang disokong kuat oleh pihak DBKL telah memberikan masalah besar kepada 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota, sehingga disekat waktu perniagaan kepada 5 hari seminggu, yang mana telah menjejaskan teruk pendapat penjaja disini. Ketua Pengarah DBKL Dato' Hj Salleh perlu menangani segera masalah ini demi memulihkan nama baik DBKL yang duduk dibawah pentadbiranya.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan