SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

10) JANJI KOSONG PENGANJUR KEPADA PENDUDUK

JANJI KOSONG PENGANJUR KEPADA PENDUDUK

Apabila TKP menyatakan didalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 2011 untuk menutup Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota. Ahmad bin Selamat selaku Penganjur Uptown ini telah membuat kenyataan didalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 memberikan keselesaan kepada penduduk sekitar dengan berbagai usaha yang akan dilakukan dari masa kesemasa dan mohon agar penduduk memahaminya.

Tetapi perlaksanaan beliau dari segi memberi keselesaan kepada penduduk disekeliling tidak dilaksanakan, sehingga penduduk melalui Wee choo Keong telah membawakan pekara ini ke Parlimen.

Apa yang didapati Penganjur Uptown Danau Kota langsung tidak menjalinkan hubungan baik dengan Persatuan Penduduk (PKPI),  apatah lagi untuk mengadakan perbincangan bersama dengan PKPI mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk dengan kewujudan Uptown Danau Kota dikawasan mereka.

Penganjur WAJIB mengadakan perbincangan serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi bersama dengan PKPI dan menyalurkan sebahagian daripada limpahan kutipan daripada penjaja kepada PKPI pada setiap bulan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan