SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

11) JEMPUTAN TKP UNTUK BERBINCANG DAN SURAT DIALOG

JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG

Hasil daripada kekecuhan yang tercetus
 mengenai kenaikan caj perhidmatan oleh Penganjur keatas penjaja penjaja di Uptown Danau Kota,TKP telah menjemput wakil daripada penjaja, wakil daripada pihak Penganjur dan DBKL sendiri diwakil oleh TKP, Ibrahim Yusuf, Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja,serta beberapa orang yang lain.


Pada 23hb Jun 2011 bersamaan hari Khamis 
perjumpaan tiga penjuru telah terlaksana di pejabat TKP.
Didalam perjumpaan ini sekali lagi TKP menegaskan bahawa DBKL tidak mencampuri urusan Caj Perhidmatan oleh Penganjur terhadap penjaja.TKP juga menegaskan secara lisan dihadapan wakil penjaja dan wakil Penganjur bahawa:- 

" Ahmad bin Selamat telah GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWABNYA SEBAGAI PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA ".

12) SURAT DIALOG DARI DBKL

Atas arahan TKP kepada Penganjur Mat Selamat,
 maka surat yang bertarikh 27 Jun 2011 ini diedarkan kepada penjaja penjaja Uptown sebagai menjemput untuk menghadiri majlis dialog didewan Komuniti Taman Ibu Kota Setapak KL pada 30 Jun 2011 bersamaan dengan hari Khamis.

              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan