SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

12) APA YANG TERJADI DALAM MAJLIS DIALOG

 APA YANG TERJADI DALAM MAJLIS DIALOG

Khamis 30 Jun 2011 jam 2.00 petang
 di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota telah tercatat sejarah buat pertama kalinya bagi Ahmad bin Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota selama lebih kurang 6 tahun telah mengadakan perjumpaan sekali gus berdailog bersama penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

Setelah Ibrahim Yusof membuat perasmian majlis dialog ini beliau telah meninggalkan Dewan atas  alasan mempunyai urusan lain dengan meninggalkan En Izul Fikri bersendirian sebagai pemerhati.

Majlis dialog diantara Penganjur dengan Penjaja ini berjalan dalam keadaan tegang. Rata rata penjaja yang hadir tidak bersetuju dengan kenaikan caj perhidmatan yang dihajati oleh Penganjur Ahmad bin Selamat.
Dalam keadaan yang tegang itu En Izul Fikri yang sebenarnya ditugaskan sebagai permerhati bagi pihak DBKL telah mencapuri urusan Penjaja dengan Penganjur dengan meletakan kadar Caj Perhidmatan sebanyak RM230 yang mana peristiwa ini disaksikan oleh ratusan penjaja Uptown.

Walaupun Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah menetapkan RM230 sebagai kadar Caj Perhidmatan yang dikenakan oleh Penganjur kepada Penjaja, keputusan ini tidak dapat diterima oleh penjaja yang hadir pada hari itu.

Dalam keadaan tegang itu, Ahmad bin Selamat selaku Penganjur dengan angkuhnya mengumumkan satu lagi isu iaitu, membuat satu ketetapan mewajibkan kepada penjaja menukar Canopy baru dengan mensyaratkan kepada setiap penjaja membeli daripada beliau dengan kadar RM 450 seunit.

Dengan pengumuman ini maka ramai penjaja yang bertindak keluar meninggalkan dewan dan kesimpulan daripada majlis dialog ini adalah gagal, tetapi Penganjur Ahmad bin Selamat telah menjadikan satu keputusan yang wajib dipatuhi oleh penjaja daripada keputusan perbincangan yang gagal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan