SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

14) ARAHAN PENUTUPAN UPTOWN PADA SETIAP ISNIN AWAL BULAN

 LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

Pada 24hb Oct 2011 pihak DBKL dilihat cuba memberi tekanan kepada penjaja penjaja di Uptown dengan mengarahkan penutupan pada hari isnin disetiap awal bulan bermula pada bulan November.

Tindakan seumpama ini  dilihat dikenakan oleh pihak DBKL hanya kepada penjaja MELAYU UPTOWN DANAU KOTA sahaja,  sebaliknya tidak dikenakan ditempat tempat perniagaan yang lain seperti di Petaling Street dan Little India Brickfields, yang mana mereka dapat menjalankan perniagaan dengan aman.



Jika dilihat Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL menghantarkan s.k surat ini  kepada Ketua Polis Daerah yang dirasakan tiada kena mengena langsung dengan pekara ini, seolah olah merupakan satu ugutan kepada penjaja agar dapat mematuhi ketetapan ini.


RENTETAN DARIPADA MAJLIS DIALOG

Setelah majlis dialog yang anjuran daripada Penganjur Uptown Danau Kota yang disifatkan gagal dalam menjalinkan hubungan baik antara penjaja dengan pihak penganjuran, maka bermula daripada itu ramai dari kalangan penjaja yang tidak mematuhi apa apa kehendak daripada penganjur termasuk tidak membayar caj perhidmatan sebagai tanda PROTES.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan