SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

15) ARAHAN BERCUTI SETIAP ISNIN DAN SELASA

TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA

Pada 26hb November 2011 seramai 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota sekali lagi menerima kejutan dengan pengedaran surat pekeliling daripada pihak DBKL yang mengarahkan kepada penjaja Uptown menutup aktiviti Perniagaan mereka pada Isnin dan Selasa pada setiap minggu. Arahan ini adalah satu tamparan yang hebat yang diterima oleh penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

. Surat yang dikeluarkan oleh DBKL pada tarikh 10hb November 2011 telah diedarkan oleh penganjur kepada penjaja pada tarikh 27 November 2011 adalah satu kelicikan Penganjur yang jelas dapat dilihat disini,  kerana ditakuti lebih ramai penjaja yang tidak akan membayar caj perhidmatan kepada beliau.  Ini bermakna surat yang diedarkan kepada penjaja telah lewat 2 minggu.

Tindakan pihak DBKL menghentikan aktiviti perniagaan di uptown danau kota sebanyak 2 hari pada setiap minggu sebenarnya adalah telah memberi banyak keuntungan kepada Penganjur kerana telah dapat menjimatkan kos penyelenggaraan Uptown Danau Kota sebanyak 8 hari  sebulan. Namun begitu caj perhidmatan yang dikenakan terhadap 333 penjaja tetap sama.

Oleh itu tindakan Penganjur yang hanya mendiamkan diri dengan tanpa membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah ini kepada pihak DBKL adalah langkah terbaik baginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan