SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

16) KEBANGKITAN PENJAJA BERAMAI RAMAI & CAMPURTANGAN IKHLAS MALAYSIA

  KEBANGKITAN 
PENJAJA & CAMPURTANGAN NGO IKHLAS

Pada 7 dan 8hb November
 minggu pertama selepas menerima arahan daripada DBKL penjaja penjaja masih lagi dapat berniaga seperti biasa.

Pada Isnin 14hb November 2011 
sesampai sahaja penjaja dilokasi perniagaan Uptown Danau Kota,
 Penguat Kuasa DBKL telah terlebih awal sampai dengan kekuatan melebihi daripada seratus anggota bersama dengan trak pengangkut barang bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan untuk hari Isnin dan Selasa di Uptown Danau Kota ini
 terus berkuat kuasa.

 Berita permasalahan di Uptown Danau Kota
 ini telah sampai kepada NGO IKHLAS. Pada malam 16 November 2011, 
Presiden IKHLAS Malaysia  En Mohd Ridzuan Abdullah telah turun ke Uptown Danau Kota bersama Media dan berbincang dengan wakil penjaja mengenai tindakan selanjutnya untuk mengatasi masalah penjaja disini.


 Walaupun surat daripada DBKL yang bertarikh 10 November
belum diterima oleh penjaja kerana surat itu diedarkan oleh pennganjur pada 27hb November 2011, namun penjaja penjaja telah menghidu sesuatu pekara yang besar akan mendatang kepada penjaja penaja disini.

Pada 17hb November 2011
 satu mesyuarat dikalangan wakil penjaja dan satu AHLI JAWATAN KUASA BERTINDAK TELAH DITUBUHKAN dalam menyuarat itu. En Hashim bin Yunus telah dilantik sebagai pengerusi protem pada ketika itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan