SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

20) MUSLIHAT PENGANJUR SEIRING DENGAN SEKUTUNYA

MUSLIHAT PENGANJUR YANG SEIRING DENGAN SEKUTUNYA DALAM MISI PENINDASAN KEATAS 333 PENJAJA BERLESEN

Ahmad Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota dengan bangganya mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 30hb November 2011 mengarahkan agar penjaja mematuhi kehendak DBKL yang menguntungkan pihaknya.

Beliau juga cuba mengkaburi penjaja dengan menurunkan kadar caj perhidmatan daripada m230 kepada RM150 tetapi mengenakan caj kepada yang ingin berniaga untuk hari Khamis dengan kadar RM50. Jika diperhatikan disini sama sahaja dengan kadar asal.

Dalam pekara 1, beliau juga dengan sewenangnya menyatakan bahawa kepada penjaja yang lewat membayar maintanance membolehkan pihaknya dan DBKL membatalkan lesen peniaga.

Persoalanya siapakah Mat Selamat 
yang berkuasa untuk membatalkan lesen penjaja?

Dalam pekara 4.0
beliau juga melarang penjaja membawa campur tangan luar,
ini bermaksud pihak luar tidak boleh membantu penjaja walaupun
 penjaja didalam keadaan ditindas.

Inilah sikap Penganjur 
Ahmad bin Selamat yang sering dengan pihak 
pihak DBKL.





Dalam lampiran kedua
surat yang bertarikh 30hb November 2011
 ini apa yang menarik perhatian ialah didalam pekara 6.0 iaitu bermaksud kepada 
penjaja yang menyebarkan cerita mengenai kekezaliman penganjur ini akan dibatalkan
 lesen mereka.

Dalam Pekara 6.0 
penganjur juga melarang penjaja membuat sidang akhbar 
mengenai salah laku beliau.

Dari kesimpulanya Penganjur
 ini cuba menunjukan kekuasaanya kepada penjaja penjaja
 walaupun sebenarnya dia tidak mempunyai apa apa kuasa keatas penjaja di Uptown Danau Kota ini. Pada hakikatnya Penganjur Ahmad bin Selamat ini adalah TUKANG SAPU SAMPAH UPTOWN DANAU KOTA SAHAJA, kerana tugas yang paling utama penganjur adalah membersihkan kawasan aktiviti perniagaan dan
 tidak lebih dari itu.

Ahmad bin Selamat hanya berbangga
mengedarkan surat ini kepada 333 penjaja bersertakan s.k yang
telah dicop dengan cop terima, walaupun timbal balas daripada pihak DBKL 
mengenai surat ini tidak diterima oleh penjaja

Diperhatikan bahawa setiap surat daripada penganjur kepada penjaja pasti beliau membuat SK Ketua Polis Daerah, apakah tujuan sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Setelah perbincangan demi perbincangan diadakan dikalangan AJK Bertindak. 
Satu keputusan untuk akur dengan kehendak DBKL telah dipersetujui.Keputusan telah diambil untuk lebih berbincang dengan DBKL bagi meleraikan kekusutan ini, telah dipersetuji sebulat suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan