SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

19) PENJAJA TERPAKSA LANGGAR KETETAPAN DBKL

PENJAJA MELANGGAR KETETAPAN DBKL

Selasa 22hb November 2011,
atas desakan daripada penjaja penjaja yang terlalu mengharapkan rezeki untuk sesuap nasi melalui daripada jalan perniagaan, AJK BERTINDAK terdiri daripada penjaja sendiri yang memahami akan masalah penjaja terpaksa  turun untuk bersama bagi menjalankan
perniagaan seperti biasa.

Seperti biasa angkatan Penguat Kuasa daripada DBKL
 berserta dengan trak pengangkut bersedia untuk menjalankan penguatkuasaan keatas penjaja yang terus menjalankan aktiviti perniagaan pada malam itu.

NGO IKHLAS yang amat perihatin dengan kemelut yang melanda kepada penjaja penjaja di Uptown Danau Kota, sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan penjaja disini bagi mencari jalan penyelesaian.


22hb November 2012,
atas kegairahan penjaja penjaja untuk berniaga, NGO IKHLAS telah memanggil wakil daripada DBKL untuk berunding, tetapi wakil dari DBKL yang hadir tidak dapat mengumumkan sebarang keputusan telah menyebabkan Presiden NGO IKHLAS menjadi berang dan menghalau pegawai DBKL yang datang itu balik.

Penjaja yang setia menanti sesuatu keputusan yang baik yakni memihak kepada penjaja itu sendiri menunggu beramai ramai diluar Foodcourt Uptown Danau Kota.

Akhirnya Presiden NGO IKHLAS mengarahkan kepada penjaja penjaja supaya membuka perniagaan mereka masing masing pada malam itu dan diikuti dengan Ucapan sulong Pengerusi AJK BERINDAK saudara Hashim Yunus dihadapan penjaja pada malam itu.

GAMBAR KEGAIRAHAN PENJAJA UNTUK BERNIAGA DAN UCAPAN SULONG PENGERUSI PROTEM 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan