SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 5 Ogos 2010

MENGGUNAKAN KHIDMAT GANGSTER OLEH PENGANJUR

MENGGUNAKAN KHIDMAT GANGSTER OLEH PENGANJUR
Tertubuh persatuan ini adalah atas dasar tidak percaya penjaja penjaja terhadap Penganjuran Ahmad bin Selamat sebagai Penganjur Uptown Danau Kota ini.
Sistem pentadbiran Ahmad Selamat selaku Penganjur disini adalah menjalankan pentadbiran secara KUKUBESI...tidak pernah duduk berbincang dengan penjaja mengenai permasalahan penjaja...bertindak ZALIM dengan memaksa penjaja menutup Premis perniagaan mereka jika tidak dapat membayar maintanance dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Untuk penjaja yang menyewa ditapak Promosi dengan kadar sewaan RM1200 sebulan akan dihalau dengan serta mertajika sekira tidak berupaya membayar sewa dalam waktu yang ditetapkan oleh beliau.
Disuatu ketika beliau juga pernah menggunakan khidmat daripada Gangster sebagai Security di Uptown ini.Security ini pernah bertindak menebalikkan meja penjaja dengan permasaalahan yang kecil yang mana ini pernah terjadi keatas penjaja yang menduduki tapak no 283 Abdullah bin Asri.
Ada banyak lagi aspek yang menyebabkan penjaja telah bangun untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dapat membela nasib penjaja penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini daripada tindakan penindasan oleh Penganjur Uptown ini sendiri.