SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

PEMBONGKARAN TAKTIK PUTAR BELIT PENGANJUR UPTOWN



TEMUI KAMI DI FACEBOOK

BERBAGAI TAKTIK LICIK PENGANJUR UPTOWN UNTUK MELAKUKAN PENINDASAN TERHADAP 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA YANG BERLESEN.


Terima kasih kerana melayari halaman ini.Disini para pembaca akan ditunjukkan berbagai aksi Penganjur Uptown bersama dengan sekutunya didalam misi PENINDASAN KEATAS 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA.Segala bukti dan fakta mengenai perlakuan mereka melalui surat surat yang mereka sendiri keluarkan kepada penjaja akan diolahkan dihalaman ini untuk memudahkan lagi kefahaman kepada pembaca.


MEMPERTIKAIKAN PERI HAL SUMBANGAN

1) RESIT SIMBANGAN
Penganjur Uptown telah menggunakan RESIT SUMBANGGAN sebagai resit resmi untuk PERSATUAN PENJAJA PENJAJA DAN PENIAGA PENIAGA KECIL MELAYU WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN SETAPAK/GENTING KELANG mengutip YURAN PERHIDMATAN BAZARIA LARUT MALAM DANAU KOTA kepada 333 penjaja disini semenjak dari sekian lama.
Persoalanya apakah sesuatu sumbanggan itu perlu boleh dilakukan oleh pengangur Uptown ini dengan secara paksa dengan meletakan rm150 untuk setiap bulan kepada 333 penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini ?
Persolan yang kedua kenapa No Siri pada resit ini tiada tertera ?

2) DARIPADA SUMBANGAN MENJADI TUNGGAKAN
Didalam surat yang bertarikh 16 May 2012 diatas penganjur telah menuntut tunggakan keatas penama AI Zamruddin bin Ayob kerana sudah lama tidak menyumbang kepada penganjur ini.
Persoalanya apakah seseorang yang telah lama tidak menyumbang kepada Penganjuur ini dikirakan sebagai tunggakan keatas mana mana bulan yang beliau tidak menyumbang ?
Daripada SUMBANGAN bertukar menjadi KEWAJIPAN.

3) TERLALU KERAP MENGELUARKAN SURAT YANG BAU UGUTAN KEPADA PENIAGA PENIAGA YANG TIDAK MEMBUAT SUMBANGAN
Jika diperhatikan kepada gambar yang pertama diatas,Penganjur Ahmad Bin Selamat telah mengeluarkan resit SUMBANGAN.Dibahagian bawah resit itu tertulis KERANA SUMBANGAN: YURAN PERHIDMATAN BAZARIA LARUT MALAM.

Persolanya kenapa pihak Penganjur ini sering mengedarkan surat kepada penjaja yang tidak menyumbang dengan MENUKARKAN TAJUK PADA SETIAP SURAT yang diedarkan kepada PERINGATAN TERAKHIR TUNGGAKAN YURAN PERHIDMATAN ? Sebagai mana yang didalam bulatan merah dibahagian atas surat ini.

Didalam bulatan berwarna merah yang kedua pihak Penganjur telah menyatakan akan mengeshorkan kepada pihak DBKL untuk MEMBATALKAN LESEN DAN PENGUATKUASAAN UNTUK MENGOSONGKAN TAPAK kepada PENJAJA PENJAJA YANG TIDAK MELAKUKAN SUMBANGAN KETAS YURAN PERHIDMATAN.Surat ini jelas kepada berbau UGUTAN keatas penjaja yang tidak MENYUMBANG.

Setiap surat yang berbentuk tuntutan keatas penjaja yang tidak MENYUMBANG kepada penganjur ini akan di SALINANKAN KEPADA (s.k) KETUA POLIS DAERAH SENTUL.Ini juga merupakan SATU UGUTAN oleh Penganjur,seolah olah mana mana penjaja yang tidak membuat SUMBANGAN KEPADA PENGANJUR ini adalah MERUPAKAN SATU KESALAHAN JENAYAH.

PERCUBAAN PENGANJUR UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN MELALUI HASIL JAMBAN

4) SURAT JAMBAN
Pada 24 April 2010 satu surat pekeliling daripada pihak Penganjur kepada 333 penjaja dalam pekara PENGURUSAN TANDAS DIPUSAT PENJAJA DANAU KOTA,SETAPAK. Mengenai surat kelulusan untuk Pengurusan Tandas sebagai mana yang dibulatkan dengan bulatan berwarna merah didalam surat daripada Penganjur diatas, tiada pula disertakan kepada penjaja, apakah bentuk kelulusan yang dipersetujui oleh pihak DBKL di JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN PENIAGA KECIL mengenai PENGURUSAN TANDAS  di Uptown Danau Kota ini.

Didalam pekara yang telah dibulatkan dengan bulatan yang berwarna merah yang kedua itu pula bahawa Penganjur telah menetapkan sebanyak RM20 sebulan bagi setiap gerai yang maksimum pengunaanya adalah untuk 3 orang.Ini bermakna pihak Penganjur ini telah cuba untuk mengaut keuntungan daripada 333 penjaja dengan menguruskan 2 buah TANDAS AWAM yang terletak di Foodcourt Uptown Danau Kota ini sebanyak RM6660 sebulan.Ini tidak termasuk kutipan yang dibuat untuk pengunaan daripada pengunjung Uptown Danau Kota.

KEMUSKILAN DENGAN TINDAKAN DBKL

5) DBKL BETUL KER MENTERI WILAYAH YANG BENAR
Kenyataan Raja Nong Chik dalam BERITA HARIAN 27 DEC 2011 dirangkap ke2 didalam keratan akhbar disebelah kanan gambar diatas telah jelas menyatakan bahawa OPERASI PADA HARI KHAMIS BERSAMA PENIAGA PASAR MALAM PERLU DILAKUKAN dan menyambung kepada syarat MENGIKUT HAD WAKTU DITETAPKAN.Didalam rangkap ke3 pula telah dinyatakan bahawa DBKL telah berbincang dengan Penganjur dan mengambil keputusan membenarkan mereka bersama menjalankan perniagaan dengan peniaga Pasar Malam.

SELURUH PENJAJA PENJAJA DI UPTOWN DANAU KOTA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DATO' RAJA NONG CHIK DENGAN PENGUMUMAN INI.

Persoalanya kenapa pihak penganjur membuat permohonan kepada pihak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA untuk status PASAR MALAM sebagai mana yang tertera didalam surat diatas ? Kemudian pikak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA pula meluluskan permohonan oleh Penganjur Uptown ini sebagai mana yang terbukti didalam surat diatas.

Untuk pengetahuan kepada pembaca halaman ini,status PASAR MALAM di Uptown Danau Kota ini adalah dibawah pengurusan Penganjur Uptown iaitu Ahmad bin Selamat.Untuk setiap tapak PASAR MALAM yang menjalankan operasinya disini akan dikenakan sebanyak RM50 untuk 4 hari dalam sebulan dan dikategorikan PASAR MALAM YANG PALING MAHAL DALAM KUALA LUMPUR.

Persoalanya disini apakah dengan kelulusan oleh permohonan penganjur diatas adalah satu tindakan daripada pihak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA mempunyai maksud untuk menyerapkan 333 penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN DANAU KOTA kedalam STATUS PASAR MALAM Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat dengan mengenakan Caj sebanyak RM50 lagi untuk sebulan bagi 333 penjaja Uptown Danau Kota yang ada ?

6) KENYATAAN KP JUGA SAMA DENGAN MENTERI WILAYAH

Kemungkinan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah diatas adalah disebabkan YB Dato' Raja Nong Chik tidak memahami prosedur DBKL mengenai masalah ini.Disini disertakan juga kenyataan daripada KETUA PENGARAH DBKL DATO' HJ SALLEH YUSOF yang mana telah membuat kenyataan yang sama didalam SINAR HARIAN yang bertarikh 25 Desember 2011 mengenai masalah ini.

SEKALI LAGI DISINI SELURUH PENJAJA PENJAJA DI UPTOWN DANAU KOTA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KETUA PENGARAH DBKL DATO' HJ SALLEH YUSOF DENGAN PENGUMUMAN INI.


Diharap kepada DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA agar dapat membetulkan keadaan dan mengikut keputusan sebenar yang telah dibuat.

7) KENYATAAN DARIPADA TKP

Apa yang menjadi kemuskilan lagi kepada penjaja di Uptown Danau Kota terhadap pihak DBKL,terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA,bermula daripada perbincangan awal oleh wakil penjaja dengan pihak DBKL, semenjak daripada Jun 2011 sehingga kini dan yang terbaru pada 9 April 2012 bersama dengan Tuan Rolan Abd Rahman Pengarah di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA mengenai permasalahan ini,DBKL SERING membuat kenyataan " AKAN MENUTUP ATAU MEMINDAHKAN UPTOWN DANAU KOTA INI ".

Ini terbukti juga didalam kenyataan Timbalan Ketua Pengarah DBKL Dato' Hj Mohd Amin didalam akhbar yang bertarikh 20 jun 2011,yang mana telah menyatakan ungkapan yang sama.Seolah olah dengan membuat kenyataan yang sedemikian penjaja penjaja di Uptown ini yang sememangnya mencintai Uptown Danau Kota ini akan akur dengan setiap saranan dan syarat yang dikenakan oleh meraka sekali pun didalam bentuk PENINDASAN.

Walhal Timbalan Pengarah DBKL ini sendiri telah memaklumi bahawa kemelut yang berlaku di Uptown ini adalah berpunca daripada KEGAGALAN PENGANJUR DIDALAM MENJALANKAN PERANANYA SEBAGAI PENTADBIR UPTOWN DANAU KOTA ini.Ini telah terbukti didalam kenyataan beliau didalam keratan akhbar diatas.

Oleh yang demikian kenapa tidak sepatutnya pihak DBKL membuat saranan agar PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA DITUKAR KEPADA PENGANJUR YANG BARU atau MEMBUKA TENDER PENGANJURAN UPTOWN KEPADA UMUM atau MELEPASKAN PENGANJURAN UPTOWN INI KEPADA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR,ini adalah lebih Afdal.

8) SURAT DARIPADA PENGARAH DI JABATAN 
PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL

Surat ini disifakan surat yang paling KELAKAR bagi seorang yang berjawatan sebagai PENGARAH di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL dan menunjukan KELEMAHAN pengarah ini didalam mengendalikan tugasnya.

Daripada kenyataan didalam surat diatas jelas dapat dilihat JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL yang mana telah menyalahi perananya sebagai memihak kepada Penganjur,dengan mensyaratkan kepada penjaja untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu untuk tujuan MEMPERBAHARUI LESEN Penjaja.Syarat yang dikenakan keatas penjaja ini seolah olah Pengarah di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL yang menandatangani surat ini mempunyai kepentingan peribadi bersama Penganjur Uptown dengan keadaan PERGOLAKAN YANG SEDANG BELAKU diantara Penganjur Ahmad bin Selamat dengan penjaja di Uptown Danau Kota pada masa ini.

Apa yang menghairankan disini,Pengarah ini hanya membuat salinan surat kepada Penganjur Bazaria Larut Malam iaitu Ahmad bin Selamat sahaja,kenapa tidak kepada KETUA PENGARAH ATAU TIMBALAN KETUA PENGARAH ATAU PUN DATO' BANDAR ?

Adalah menjadi satu perbuatan yang TIDAK CERDIK bagi seorang yang berjawatan sebagai Pengarah di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL memberikan salinan surat yang tidak memihak kepada penjaja hanya kepada Penganjur Uptown Danau Kota sahaja.Perbuatan ini seolah olah menyembunyikan sesuatu perbuatan yang SUMBANG daripada pengetahuan pihak atasan.

PUNCA KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK SEHINGGA PENUTUPAN 2 HARI PADA SETIAP MINGGU AKTIVITI PERNIAGAAN DI UPTOWN DANAU KOTA

9) KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK 

Kritikan daripada penduduk sehingga membawa kepada penutupan 2 hari keatas aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini adalah berpunca daripada kegagalan pihak Penganjur menjalankan tanggung jawab keatas perananya sebagai penganjur disini terutama mengendalikan TRAFIK disekitar kawasan Uptown ini.Kegagalan ini telah menyebabkan cemohan daripada penduduk disekitar kawasan yang mana menghadapi kesesakan untuk pulang kerumah.

Kegagalan Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat dapat dilihat dengan jelas didalam CARTA YANG DIPAMIRKAN DIBAWAH bahawa beliau terlalu berjimat sehingga langsung tidak  mengunakan kewangan didalam mengendalikan Uptown Danau Kota ini. 

KUTIPAN SETAHUN OLEH PENGANJUR DARIPADA PENJAJA DI UPTOWN DANAU KOTA

10) PENYATA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2008

Disini jelas dapat disaksikan bahawa segala kutipan daripada Uptown Danau Kota yang berjumlah RM1,540,800,00 (1.5 JUTA) hanya dinyatakan berjumlah RM22,300,00 sahaja didalam penyata kewanganya,sementara lengsung tidak menggunakan kewanganya didalam menyelenggarakan Uptown Danau Kota.Lebih buruk lagi apabila beliau telah meletakan LEBIHAN (PENGURANGAN) DARI PERBELENJAAN SEMASA SEBANYAK RM5,255,58.Jadi tidak hairanlah kritikan daripada penduduk mengenai permasalahan di Uptown ini menjadi ISU DI PARLIMEN yang dibawa oleh WEE CHOO KEONG,kerana disebabkan penganjur ini langsung tidak mengambil tahu mengenai pengurusan di Uptown ini dan AKHIRNYA PENJAJA MENJADI MANGSA.

11)PENYATA KEWANGAN PENGANJUR UNTUK 
TAHUN 2009 
Didalam penyata kewangan untuk tahun 2009 juga adalah didapati sama dengan penyata kewangan untuk tahun 2008,Rm1.5 Juta kutipan daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota tidak dinyatakan.

12) PENYATA KIRA KIRA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2010
Jika diteliti daripada 3 penyata kewangan Penganjur Uptown ini ternyata ketiga tiga penyata kewangan ini tidak menyebut RM1.5 Juta jumlah kutipan yang diperoleh daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota.Dalam pada itu Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat juga tidak menyatakan jumlah wang yang dikeluarkan untuk penyelenggaraan Uptown Danau Kota.Akibat daripada ini telah menyebabkan penjaja menjadi mangsa akibat tekanan daripada pihak penduduk sekeliling kepada DBKL.Akibat daripada tekanan ini aktiviti perniagaan disini telah dikurangkan sebanyak 2 hari pada setiap minggu.

Dari segi kedua PEMERIKSA KIRA KIRA penganjur ini pula telah MENANDATANGANI dan memperakui akan kebenaran mengenai penyata kewangan penganjur ini yang dipercayai bersifat PEMBOHONGAN.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN AKAN TERUS MEMAPARKAN BUKTI SALAHLAKU PENGANJUR UPTOWN BERSAMA DENGAN SEKUTUNYA DIDALAM MISI MEREKA MELAKUKAN PENINDASAN KEATAS PENJAJA PENJAJA DISINI DARI MASA KESEMASA UNTUK TATAPAN UMUM. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan