SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

PENENTANGAN PENJAJA TERHADAP SISTEM KUKU BESI KEATAS PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT


TEMUI KAMI DI FACEBOOK

Segala puji pujian bagi Allah,serta Selawat dan Salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW,semoga seluruh penjaja penjaja Uptown Danau Kota beroleh kesejahteraan dan diberkati didalam menjalankan segala urusan jual beli seharian.Mohon juga kepada Allah agar membebaskan penjaja penjaja Uptown Danau Kota ini daripada belenggu penindasan oleh Penganjur Uptown yang tiada bersifat peri kemanusian didalam menjalankan pentadbiran keatas penjaja panjaja di Uptown ini >>>


Terima kasih kepada anda kerana sudi melayari halaman ini dan diharapkan kepada anda dapat membaca setiap apa yang dituliskan disini agar dapat memahami kedudukan sebenar mengenai kemelut yang berlaku di Uptown Danau Kota ini.Apa yang kami pamirkan disini bukan sekadar rekaan tetapi ianya disertakan dengan bukti dan fakta yang sebenar.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bemaksud: " Sesiapa yang terbunuh demi mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid dan siapa yang terbunuh demi mempertahankan darahnya yakni nyawanya,maka dia adalah syahid dan siapa yang terbunuh demi mempertahankan agamanya,maka dia adalah syahid dan siapa yang terbunuh demi mempertahankan keluarganya,maka dia adalah Syahid ".

Oleh itu tindakan penjaja penjaja Uptown bangun berjuang menentang segala bentuk penindasan yang dikenakan oleh pihak pihak tertentu tidak dapat disalahkan ,kerana MEMPERTAHANKAN HAK ADALAH SUATU PEKARA YANG DITUNTUT.

Kami juga berharap dengan kemunculan BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA ini,akan dapat menyampaikan berita sebenar ini kepada KETUA PENGARAH DBKL,TIM.PENGARAH DBKL,DATO' BANDAR,MENTERI WILAYAH dan sesiapa sahaja yang berhubung kait dengan permasalahan ini agar dapat menyelesaikanya.

Bazaria larut malam Uptown Danau Kota telah dimulakan kegiatanya pada 17hb February 2006 yang telah diamanahkan oleh pihak DBKL kepada Ahmad bin Selamat selaku Pengerusi Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Setapak/Genting Kelang, sebagai menerajui penganjuran untuk aktiviti perniagaan di Uptown ini.

Kegiatan aktiviti perniagaan Bazaria Larut Malam ini yang berlangsung diatas TAPAK PARKING DIKAWASAN RUMAH KEDAI TAMAN SETAPAK INDAH berjalan selama 6 hari untuk satu minggu.Pada hari Khamis aktiviti Pasar Malam dijalankan juga diatas tapak ini.
Pada peringkat permulaan Penganjur Ahmad bin Selamat telah mengenakan Caj Perhidmatan (Duit Sampah) kepada setiap penjaja dengan hanya dengan RM3.00 untuk satu malam.
Selang beberapa lama aktiviti ini berjalan pihak Penganjur telah MENETAPKAN Caj Perhidmatan sebanayak RM80,00 sebulan kepada setiap penjaja.
Atas kecekalan penjaja yang hampir keseluruhan penjaja disini adalah penjaja yang bergiat secara sepenuh masa begitu setia membuka perniagaan mereka pada setiap hari tepat jam 10 malam dan menunggu pelangan yang datang sehingga kepukul 4 pagi,walau pun diperingkat permulaan ini dikebanyakan penjaja disini tiada mendapat sebarang jualan.
Dengan kecekalan daripada penjaja penjaja ini,Uptown Danau Kota dapat dimajukan sehingga menjadi buah mulut seluruh Warga Kota,Hasil daripada ini pihak Penganjur Uptown ini telah mula memanjangkan fikiranya dengan MENETAPKAN CAJ PERHIDMATAN kepada setiap penjaja disini dengan RM150,00 sebulan.
Keadaan ini telah menimbulkan pertanyaan kepada setiap penjaja bahawa adakah kenaikan Caj Perhidmatan ini akan berkekalan untuk selamanya atau pun merupakan hanya sementara.


1) DETIK PERMULAAN KEZALIMAN PENGANJUR 
Pada 29 Jun 2007 Penganjur Uptown Danau Kota telah mula menunjukan belangnya dengan mengeluarkan satu surat pekeliling yang berupa satu arahan yang tidak menunjukan ada tolak ansur kepada penjaja penjaja yang lewat membayar.
Belang Penganjur Uptown Danau Kota ini semakin menyerlah kerana percubaan pertamanya tiada sebarang bangkangan daripada pihak penjaja.


2) SURAT CANOPY
 Pada 25 Oct 2008 beliau telah berani bertindak dengan memaksa penjaja menukar Canopy daripada pihaknya dengan harga RM380 untuk ukuran 8 x 8,walahal harga canopy dengan saiz dan kualiti yang sama pada masa itu boleh didapati dari kedai penjual Canopy dengan hanya RM230 sahaja.
Dengan tanpa berbincang dengan penjaja dan dengan tidak mendapat timbal balas persetujuan daripada pihak DBKL...Penganjur Uptown Danau Kota ini terus meluluskan sendiri hasrat beliau untuk menjualkan Canopy dengan harga sebagai mana kehendak hatinya kepada penjaja disini.

3) SUMBANGAN KHAS
Perasaan TAMAK telah mula merasuk kedalam jiwa Penganjur Uptown Danau Kota ini dengan MEMAKSA PENJAJA MEMBAYAR SUMBANGAN KHAS kepada pihaknya sebanyak RM50...melalui surat pekeliling bertarikh 13hb Sep 2009 yang diedarkanya kepada seluruh penjaja disini.
Apa yang menjadi tanda tanya kepada penjaja ialah...setiap surat pekeliling yang diedar oleh Penganjur ini semua telah di Cop dengan COP TERIMA daripada pihak DBKL...tetapi tiada sebarang jawapan daripada pihak DBKL yang diterima oleh penjaja samada DBKL melulus atau pun tidak perlaksanaan yang bakal dilakukan oleh Penganjur kepada penjaja penjaja disini...namun pihak Penganjur En Ahmad bin Selamat terus dengan rakusnya melaksanakan apa yang dihajatinya kepada penjaja penjaja disini.

4) SURAT DARI PEGAWAI GRED N32
Setelah hampir 2 tahun lamanya penjaja penjaja disini menjalankan aktiviti perniagaan dengan amanya...sekali lagi penjaja penjaja disini telah dikejutkan dengan satu surat pekeliling yang bertarikh 03hb Jun 2011 dengan menyebut untuk menaikan KADAR CAJ PERHIDMATAN UNTUK AKTIVITI PERNIAGAAN di Uptown ini sebanyak RM300 untuk satu bulan daripada pihak DBKL
Kenaikan sebanyak 100% ini adalah satu kadar yang tidak masuk akal dan tidak munah sabah yang mana bersifat MENZALIMI penjaja penjaja di Uptown Danau Kota yang berniaga diatas tanah milik kerajaan.
Apabila diperhatikan melalui surat ini dengan memandangkan setiap s.k yang dinyatakan tidak mempunyai sebarang COP TERIMA...dan lagi surat pekeliling ini telah ditandatangani oleh seorang pegawai daripada DBKL yang BERDARJAT N32 boleh menyerahkan surat pekeliling yang berupa satu arahan kepada pihak Penganjur Uptown Danau Kota untuk diedarkan kepada penjaja penjaja disini.

Oleh yang demikian telah menyebabkan ada dari kalangan penjaja disini yang telah mengeshaki...ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku disini lantas mengambil tindakan melancarkan gerakan mengambil tanda tangan... daripada penjaja penjaja Uptown ini bagi membantah akan kenaikan CAJ PERHIDMATAN daripada RM150 kepada RM300 kepada Pengarah DBKL.

5) TANDA TANGAN PENJAJA
Beberapa penjaja yang telah mula bangun tampil melancarkan gerakan mengambil tandatangan daripada seluruh penjaja bagi membantah akan kenaikan ini untuk dihantar kepada Menteri Wilayah oleh PAPA GOMO.

6) YURAN PERHIDMATAN MUNASABAH 
Hasil bantahan daripada penjaja penjaja disini...pihak Penganjur Uptown Danau Kota telah mengambil tindakan dengan membuat sidang akhbar didalam UTUSAN MALAYSIA yang bertarikh 20 Jun 2011... sambil membuat kenyataan bahawa KENAIKAN PERHIDMATAN MUNASABAH.

8) CARTA KUTIPAN OLEH PENGANJUR
Disini diterangkan kedudukan kutipan yang telah dibuat oleh Penganjur Uptown pada setiap bulan adalah seperti berikut:-
1) Uptown Danau Kota menjalankan aktivitinya diatas tanah kerajaan yang mana pihak Penganjur tidan perlu mengeluarkan apa apa sewaan terhadap tanah itu dan cuma hanya menandakan dengan CAT KUNING untuk setiap tapak sebanyak 333 tapak yang ada.
2) TAPAK KESELURUHAN 333 TAPAK X RM 150 = 49.950.00.Habuan penganjur untuk sebulan.
3) TAPAK PROMOSI iaitu tapak tambahan 27 TAPAK X RM 1200 = 32.400.00 habuan Penganjur untuk sebulan.Tapak Promosi akan dinaikan kadar sewaanya kepada RM5000 pada bulan Ramadan.
Jadi jumlah kasar kutipan penganjur untuk sebulan ialah RM82,350 tidak termasuk tika bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan Penganjur akan menerima lebihan kutipan sebanyak 27 TAPAK X 5000 = 135.000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM217,350 untuk bulan Ramadan sahaja.


Darisegi tenaga kerja yang digunakan oleh pihak Penganjur ialah pada masa itu beliau telah menggunakan 8 orang khidmat RELA dan 8 orang sebagai tukang sapu sampah dari Warga Bangla,sementara untuk mengangkut sampah Penganjur telah menggunakan khidmat daripada Alam Flora.
Untuk maklumat kepada pembaca pihak penganjur langsung tidak ada mengunakan sumber kutipan bulanan ini untuk kebajikan kepada penjaja dan sepanjang 6 tahun menjadi penganjur kepada Uptown Danau Kota Penganjur langsung tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan penjaja penjaja di Uptown ini.



9) KENYATAAN TKP DI AKHBAR
Allah maha berkuasa telah menunjukan segala apa yang kita sangkakan bahawa pegawai N32 yang menandatangani surat KENAIKAN CAJ PERHIDMATAN yang bertarikh 3 Jun 2011 bersetongkol dan mempunyai kepentingan bersama dengan Penganjur Ahmad Selamat ternyata benar.
Pada tarikh yang sama 20hb Jun 2011TKP DBKL iaitu Dato' Hj Mohd Amin Nordin bin Abdul Aziz juga telah membuat kenyataan diakhbar UTUSAN MALAYSIA menyatakan dengan jelas bahawa " URUSAN MENGENAI BAZAR TERSEBUT DIURUSKAN PIHAK PENGANJUR BUKAN DBKL.JIKA MEREKA MAHU MENAIKAN APA APA CAJ SEMUANYA TERPULANG KEPADA PENGANJUR...TETAPI SEHARUSNYA BERBINCANG DENGAN PENJAJA "
Dengan kenyataan daripada TKP ini... jelas menunjukan bahawa PEGAWAI DBKL YANG MENANDATANGANI SURAT PEKELILING bertarikh pada 03hb Jun 2011 untuk diedarkan kepada penjaja mengenai kenaikan caj perhidmatan itu... jelas telah menyalahi prosedur DBKL dan dianggap menggunakan kuasa sebagai pegawai lavel N32 untuk menandatangi diatas sekeping surat menggunakan latter head DBKL ...sebagai bertujuan untuk menunjukan kepada penjaja bahawa keputusan daripada surat itu adalah benar benar arahan daripada DBKL adalah satu bentuk penipuan kepada 333 penjaja Uptown.
Tindakan daripada pegawai DBKL ini telah menunjukan bahawa ada berbau sesuatu kepentingan bersama pihak Penganjur.
Diakhir kenyataan daripada TKP ini jelas memperakui bahawa pihak penganjur telah gagal menjalankan tanggung jawabnya sebagai Penganjur Uptown Danau Kota sebagai yang dinyatakan didalam keratan akhbar dibawah.

10) KENYATAAN PENGANJUR YANG SOMBONG
Pada 21hb Jun 2011 sekali lagi Penganjur Ahmad bin Selamat membuat kenyataan diakhbar dengan sombong dan angkuhnya beliau yang berbunyi...
" PENIAGA ENGGAN BAYAR DIMINTA KELUAR...RAMAI LAGI MENANTI PELUANG...YURAN RM300 MUKTAMAD "
Satu kenyataan yang tidak dapat dilupakan oleh penjaja penjaja di Uptown ini.
Beliau juga telah membezakan dengan caj yang telah dikenakan oleh penganjur ditempat tempat lain yang mengenakan caj sehingga RM500.
Sebenarnya penganjur ini lupa bahawa kegiatan perniagaan di Uptown Danau Kota dijalankan diatas tapak Parking kereta dikawasan rumah kedai di Taman Setapak Indah Kuala Lumpur...dengan tanpa pihak Penganjur membayar sebarang kos atau sewaan keatas tapak Uptown ini...tidak sebagaimana pihak penganjur yang lain didalam Kuala Lumpur yang terpaksa membayar sewaan dengan puluhan ribu untuk satu satu kawasan digunakan sebagai tapak kegiatan perniagaan.
Ahmad Bin Selamat selaku Penganjur dengan jelas telah membuat kenyataan BODOHNYA didalam akhbar dibawah bahawa beliau sudah tidak mampu menjadi penganjur Uptown jika dengan kadar caj Perhidmatan hanya RM150.
Seharusnya apabila Penganjur Mat Selamat telah mengeluarkan kenyataan yang sebegitu BODOH...pihak DBKL perlu mengambil jalan yang terbaik dengan MEMBUKA TENDER UNTUK PENGANJURAN UPTOWN ini kepada pihak lain yang mampu menganjurkan Uptown ini dengan kadar caj perhidmatan sebanyak RM150 atau kurang daripada itu.
11) KENYATAAN DARI PENGANJUR YANG BODOH
Apabila TKP menyatakan didalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 2012... untuk menutup Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota ...Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini telah membuat kenyataan BODOHnya...dengan mengigatkan kepada penduduk sekitar agar memahami...tetapi perlaksanaan beliau dari segi keselesaan penduduk disekeliling tidak dilaksanakan...sehingga penduduk melalui Wee choo Keong telah membawakan pekara ini ke Parlimen.

Apa yang didapati Penganjur Uptown ini langsung tidak menjalinkan hubungan dengan Persatuan Penduduk (PKPI) apatah lagi untuk mengadakan perbincangan bersama dengan PKPI mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk oleh kewujudan Uptown Danau Kota ini...

Sepatutnya Penganjur WAJIB mengadakan perbincangan serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi bersama dengan PKPI dan menyalurkan sebahagian daripada limpahan kutipan daripada penjaja kepada PKPI pada setiap bulan.

Lihat kenyataan didalam keratan akhbar dibawah.
12) JEMPUTAN DARI TKP UNTUK BERBINCANG


Hasil daripada kekecuhan yang tercetus mengenai kenaikan caj perhidmatan oleh Penganjur keatas penjaja penjaja di Uptown...TKP telah menjempun wakil daripada penjaja...wakil daripada pihak Penganjur dan DBKL sendiri diwakil oleh TKP...Ibrahim Yusuf...Izul Fikri dan beberapa orang yang lain.


Pada 23hb Jun 2011 bersamaan hari Khamis perjumpaan tiga penjuru telah terlaksana di pejabat TKP.
Didalam perjumpaan ini sekali lagi TKP menegaskan bahawa DBKL tidak mencampuri urusan Caj Perhidmatan oleh Penganjur terhadap penjaja.TKP juga menegaskan secara lisan dihadapan wakil penjaja dan wakil Penganjur bahawa..." Ahmad bin Selamat telah GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWABNYA SEBAGAI PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA ".

13) SURAT DIALOG DARI DBKL

Atas arahan TKP kepada Penganjur Mat Selamat maka surat yang bertarikh 27 Jun 2011 ini diedarkan kepada penjaja penjaja Uptown sebagai menjemput untuk menghadiri majlis dialog didewan Komuniti Taman Ibu Kota Setapak KL pada 30 Jun 2011 bersamaan dengan hari Khamis.

14) KISAH BENAR MENGENAI DIALOG

Khamis 30 Jun 2011 jam 2.00 petang di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota telah tercatat sejarah buat pertama kalinya Mat Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota selama lebih kurang 6 tahun...untuk mengadakan perjumpaan sekali gus berdailog bersama penjaja penjaja Uptown Danau Kota.
Setelah Ibrahim Yusof membuat perasmian majlis dialog ini beliau telah meninggalkan Dewan dengan alasan mempunyai urusan lain dan meninggalkan En Izul Fikri bersendirian sebagai pemerhati.
Majlis dialog diantara Penganjur dengan Penjaja ini berjalan dalam keadaan tegang.Rata rata penjaja yang hadir tidak bersetuju dengan kenaikan Caj Perhidmatan yang dihajati oleh Penganjur Mat Selamat ini.
Dalam keadaan yang tegang itu En Izul Fikri yang sebenarnya ditugaskan sebagai permerhati telah mencapuri urusan Penjaja dengan Penganjur Mat Selamat dengan meletakan kadar Caj Perhidmatan sebanyak RM230 yang mana peristiwa ini disaksikan oleh ratusan penjaja Uptown ini.
Walaupun Izul Fikri daripada Jabatan Pemudahcara Perniagan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah menetapkan RM230 sebagai kadar Caj Perhidmatan yang dikenakan oleh Penganjur kepada Penjaja...keputusan ini tidak dapat diterima oleh penjaja yang hadir pada hari itu.
Dalam keadaan tegang itu...Mat Selamat selaku Penganjur dengan angkuhnya mengumumkan satu lagi isu iaitu membuat satu ketetapan untuk penjaja yang mana diwajibkan menukar Canopy baru dan mensharatkan kepada setiap penjaja membeli daripadanya dengan harga RM450 untuk satu unit.
Dengan pengumuman ini maka ramailah penjaja yang bertindak keluar meninggalkan dewan dan kesimpulan daripada majlis dialog ini adalah gagal...tetapi Penganjur Mat Selamat telah menjadikan satu keputusan yang wajib dipatuhi oleh penjaja daripada keputusan perbincangan yang gagal ini.
Dalam majlis itu wakil pemerhati daripada DBKL dihadiri oleh Timbalan Pengarah iaitu En Ibrahim Yusof bersama En Izul Fikri dari Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan penjaja.

15) PENINDASAN PENGANJUR DAN SEKUTUNYA
Penganjur Uptown Mat Selamat terus bertindak untuk mengaut keuntungan daripada penjaja penjaja di Uptown dengan menambahkan jumlah hari berniaga sebanyak 3 hari didalam bulan Ramadan dengan dikenakan bayaran pada setiap penjaja sebanyak RM80 sebagaimana yang tertulis didalam surat yang bertarikh 11 Ogos 2011 dibawah.
Apa yang menghairankan setiap surat sk yang telah di COP TERIMA sahaja yang diedarkan oleh Penganjur ini kepada penjaja...tetapi surat kelulusan daripada pihak DBKL tidak pernah diedarkan kepada penjaja didalam setiap tindakan beliau didala pekara yang berkaitan dengan pengutipan wang kepada penjaja...
Sepekara lagi yang menjadi peliknya setiap kali perlakuan Penganjur ini menjalankan kegiatan pengutipan wang daripada penjaja tidak pernah pula mendapat halangan daripada pihak DBKL


16) LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

Pada 24hb Oct 2011 pihak DBKL dilihat cuba memberi tekanan kepada penjaja penjaja di Uptown dengan mengarahkan penutupan pada hari isnin disetiap awal bulan bermula pada bulan November.
Tindakan seumpama ini hanya dilihat dikenakan oleh pihak DBKL hanya kepada penjaja MELAYU UPTOWN Danau Kota sahaja...tidak dikenakan ditempat tempat perniagaan yang lain seperti di Petaling Street...Little India Brickfields dan lain lain tempat yang mana mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dengan aman.

17) SEOLAH SATU UGUTAN DARI DBKL
Jika dilihat Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL menghantarkan s.k untuk surat ini dihantar sehingga kepada Ketua Polis Daerah yang dirasakan tiada kena mengena langsung dengan pekara ini seolah olah merupakan satu ugutan kecil kepada penjaja agar dapat mematuhi ketetapan ini.

Setelah majlis dialog yang anjuran daripada Penganjur Uptown yang disifatkan gagal dalam menyatukan penjaja dengan penganjur...maka bermula daripada itu ada dari kalangan penjaja yang tidak mematuhi apa apa kehendak daripada penganjur termasuk tidak membayar Maintanance sebagai tanda PROTES.


18) TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA
Pada 26hb November 2011 seramai 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota sekali lagi menerima satu kejutan dengan pengedaran satu surat pekeliling daripada pihak DBKL yang mengarahkan kepada penjaja Uptown menutup aktiviti Perniagaan mereka pada Isnin dan Selasa pada setiap minggu.Arahan ini adalah satu tamparan yang hebat yang diterima oleh penjaja penjaja Uptown.
Satu kelicikan Penganjur yang jelas disini ialah mengedarkan surat pekeliling ini pada 27hb November adalah ditakuti lebih ramai penjaja yang tidak akan membayar maintanance kepada beliau...walaupun surat ini telah dikeluarkan oleh DBKL pada tarikh 10hb November 2011 dan ini bermakna surat ini telah lewat diedarkan kepada penjaja selama lebih dari 2 minggu.
Tindakan pihak DBKL menghentikan aktiviti perniagaan di uptown danau kota sebanyak 2 hari pada setiap minggu sebenarnya adalah telah memberi banyak keuntungan kepada Penganjur kerana telah dapat menjimatkan kos penyelenggaraan Uptown sebanyak 8 hari untuk satu bulan...tetapi maintance yang dikenakan terhadap 333 penjaja tetap sama...oleh itu tindakan Penganjur dengan hanya mendiamkan diri dengan tanpa membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak DBKL adalah langkah terbaik baginya.




19) KEBANGKITAN PENJAJA & CAMPURTANGAN NGO IKHLAS
Pada 7 dan 8hb November minggu pertama selepas menerima arahan daripada DBKL penjaja penjaja masih lagi dapat berniaga seperti biasa.
Pada Isnin 14hb November 2011 sesampai sahaja penjaja dilokasi perniagaan Uptown Danau Kota...Penguat Kuasa DBKL telah terlebih awal sampai dengan kekuatan melebihi daripada seratus anggota bersama dengan trak pengangkut barang bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan untuk hari Isnin dan Selasa di Uptown ini terus berkuat kuasa.
Berita permasalahan di uptown Danau Kota ini telah sampai kepada NGO IKHLAS penjaja iaitu En Hashim dan pada malam 16 November itu NGO IKHLAS yang diketuai oleh En Ridzuan Abdullah telah turun ke Uptown Danau Kota bersama Media dan berbincang dengan wakil penjaja mengenai tindakan selanjutnya untuk mengatasi masalah penjaja disini.

Walaupun surat daripada DBKL yang bertarikh 10 November belum diterima oleh penjaja kerana surat itu diedarkan oleh penganjur pada 27hb November 2011 namun penjaja penjaja telah menghidu sesuatu pekara yang besar akan mendatang kepada penjaja penaja disini.
Pada 17hb November 2011 satu mesyuarat dikalangan wakil penjaja dan satu AHLI JAWATAN KUASA BERTINDAK TELAH DITUBUHKAN dalam menyuarat itu.En Hashim bin Yunus telah dilantik sebagai Pengerusi.


20) SURAT AJK BERTINDAK KEPADA DBKL
Tindakan pertama AJK BERTINDAK ialah menghantar sepucuk surat kepada PENGARAH JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL iaitu Tuan Hj Saharudin bin Mohd Noh pada 18hb November 2011 yang merupakan BANTAHAN TERHADAP PENGANJUR BAZARIA LARUT MALAM DANAU KOTA.


Segala fakta didalam surat ini tidak dapat dikeluarkan kerana ianya adalah menjadi RAHSIA PERSATUAN.

21) SIDANG AKHBAR TERHADAP BANTAHAN PENJAJA

Isnin 21hb November 2011 minggu ketiganya sekali lagi angkatan Penguat Kuasa DBKL telah menghalang aktiviti perniagaan keatas penjaja di Uptown Danau Kota menyebabkan NGO IKHLAS turun sekali lagi bersama dengan Media untuk membuat liputan mengenai peristiwa pegolakan penjaja penjaja Uptown ini.
Kehadiran pada kali ini penjaja penjaja telah pun menyusun AJK Bertindak yang dipengerusikan oleh Saudara Hashim bin Yunus.
Setelah NGO IKHLAS dengan wakil penjaja yang terdiri daripada barisan AJK Bertindak telah mengambil satu keputusan untuk bersurai dan menyeru kapada penjaja penjaja yang ada agar membatalkan hasrat untuk meneruskan berniaga pada malam itu sementara barisan AJK berindak berunding dengan pihak DBKL.


22) PENJAJA MELANGGAR KETETAPAN DBKL
Selasa 22hb November 2011...Atas desakan daripada penjaja penjaja yang terlalu mengharapkan rezeki untuk sesuap nasi melalui daripada jalan perniagaan mereka disini dan AJK BERTINDAK YANG TERDIRI DARIPADA PENIAGA SENDIRI SEMEMANGNYA MEMAHAMI akan masalah penjaja terpaksa akur dan turun untuk bersama bagi menjalankan perniagaan seperti biasa.
Seperti biasa angkatan Penguat Kuasa daripada DBKL berserta dengan trak pengangkut bersedia untuk menjalankan penguatkuasaan keatas penjaja yang terus menjal;ankan aktiviti perniagaan pada malam itu.
NGO IKHLAS yang amat perihatin dengan kemelut yang melanda kepada penjaja penjaja di Uptown ini sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan penjaja disini bagi mencari jalan penyelesaian.

22hb November 2012...Atas kegairahan penjaja penjaja untuk berniaga NGO IKHLAS telah memanggil wakil daripada DBKL untuk berunding...tetapi wakil dari DBKL yang hadir tidak dapat mengumumkan sebarang keputusan telah menyebabkan Presiden NGO IKHLAS menjadi berang dan menghalau pegawai DBKL yang datang itu balik.
Penjaja yang setia menanti sesuatu keputusan yang baik yakni memihak kepada penjaja itu sendiri menunggu beramai ramai diluar Foodcourt Uptown Danau Kota.
Akhirnya Presiden NGO IKHLAS kepada penjaja penjaja supaya membuka perniagaan mereka masing masing pada malam itu dan diikuti dengan Ucapan sulong Pengerusi AJK BERINDAK saudara Hashim Yunus dihadapan penjaja pada malam itu.


23) MUSLIHAT PENGANJUR YANG SEIRING DENGAN SEKUTUNYA DALAM MISI PENINDASAN KEATAS 333 PENJAJA BERLESEN

Ahmad Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota dengan BANGGAnya mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 30hb November 2011 mengarahkan agar penjaja mematuhi kehendak DBKL yang menguntungkan pihaknya.
Beliau juga cuba mengkaburi penjaja dengan menurunkan kadar maintanance daripada m230 kepada RM150 tetapi mengenakan caj kepada yang ingin berniaga untuk hari Khamis dengan kadar RM50...jika diperhatikan disini sama sahaja dengan kadar asal.
Dalam pekara 2.2 beliau juga dengan sewenangnya menyatakan bahawa kepada penjaja yang lewat membayar maintanance membolehkan pihaknya dan DBKL membatalkan lesen peniaga.
Persoalanya SIAPAKAH Mat Selamat yang berkuasa untuk membatalkan lesen penjaja...?
Dalam pekara 4.0 beliau juga melarang penjaja membawa campur tangan luar...ini bermaksud pihak luar tidak boleh membantu penjaja walaupun penjaja didalam keadaan ditindas.
Inilah sikap Penganjur Ahmad bin Selamat yang sering dikatakan oleh pihak DBKL.
Dalam lampiran kedua surat yang bertarikh 30hb November 2012 ini apa yang menarik perhatian ialah didalam pekara 6.0 iaitu bermaksud kepada penjaja yang menyebarkan cerita mengenai keZALIMAN penganjur ini akan dibatalkan lesen mereka.
Dalam Pekara 6.0 penganjur juga melarang penjaja membuat sidang akhbar mengenai salah laku beliau.
Dari kesimpulanya Penganjur ini cuba menunjukan kekuasaanya kepada penjaja penjaja walaupun sebenarnya dia tidak mempunyai apa apa kuasa keatas penjaja di Uptown ini.Pada hakikatnya Penganjur Mat Selamat ini adalah TUKANG SAPU SAMPAH UPTOWN DANAU KOTA SAHAJA...kerana tugas yang paling utama penganjur adalah membersihkan kawasan aktiviti perniagaan...tidak lebih dari itu.

Dalam lampiran ke 3 surat yang bertarikh 30 November 2011 ini Mat Selamat dengan berbangga mengedarkan surat ini kepada 333 penjaja bersertakan s.k yang telah dicop dengan cop terima.
Nampaknya pihak DBKL terutamanya JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA seolah olah bersetuju dengan tindakan Mat Selamat ini yang mana jika diteliti daripada surat ini terselit satu niat oleh Penganjur untuk melakukan satu penindasan keatas 333 penjaja disini yang berlesen.

Setelah perbincangan demi perbincangan diadakan dikalangan AJK Bertindak. 
Satu keputusan untuk akur dengan kehendak DBKL telah dipersetujui.Keputusan telah diambil untuk lebih berbincang dengan DBKL bagi meleraikan kekusutan ini telah dipersetuji sebulat suara.


24) MOHON DITUKARKAN STATUS PASAR MALAM KEPADA AKTIVITI 
UPTOWN OLEH AJK BERTINDAK
Surat ke2 daripada AJK Bertindak kepada 

JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL yang bertarikh 12hb Disember 2011 adalah memohon agar status Pasar Malam ditukarkan kepada AKTIVITI BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN DANAU KOTA.Ini memandangkan tidak semua penjaja di Uptown Danau Kota yang mempunyai tapak untuk aktiviti Pasar Malam.
Memandangkan penjaja Uptown yang tiada tapak untuk Pasar Malam kini hanya dapat menjalankan aktiviti perniagaan hanya 4 hari sahaja dalam seminggu...ini telah menjejaskan pendapatan penjaja yang begitu teruk sekali pada ketika itu.
Surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 oleh AJK Bertindak kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL ini benar benar merayu kepada pihak DBKL agar dapat bertolak ansur dengan kehendak penjaja disini.


25) MEMAKLUMKAN KEPADA DBKL MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN
Dalam waktu yang sama iaitu 12hb Disember 2011 AJK Bertindak telah mengutuskan satu surat kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL bagi memaklumkan bahawa penjaja penjaja telah menubuhkan satu Persatuan bagi tujuan menyuarakan hak sebagai penjaja penjaja berlesen telah diluluskan oleh R.O.S.

Didalam surat ini juga dinyatakan bahawa mesyuarat Agong Pertama akan diadakan 3 bulan dari tarikh tertubuhnya persatuan PENJAJA UNTUK PENJAJA ini.


26) MENGGUNAKAN KHIDMAT GANGSTER OLEH PENGANJUR
Tertubuh persatuan ini adalah atas dasar tidak percaya penjaja penjaja terhadap Penganjuran Ahmad bin Selamat sebagai Penganjur Uptown Danau Kota ini.
Sistem pentadbiran Ahmad Selamat selaku Penganjur disini adalah menjalankan pentadbiran secara KUKUBESI...tidak pernah duduk berbincang dengan penjaja mengenai permasalahan penjaja...bertindak ZALIM dengan memaksa penjaja menutup Premis perniagaan mereka jika tidak dapat membayar maintanance dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Untuk penjaja yang menyewa ditapak Promosi dengan kadar sewaan RM1200 sebulan akan dihalau dengan serta merta jika sekira tidak berupaya membayar sewa dalam waktu yang ditetapkan oleh beliau.
Disuatu ketika beliau juga pernah menggunakan khidmat daripada Gangster sebagai Security di Uptown ini.Security ini pernah bertindak menebalikkan meja penjaja dengan permasaalahan yang kecil yang mana ini pernah terjadi keatas penjaja yang menduduki tapak no 283 Abdullah bin Asri.
Ada banyak lagi aspek yang menyebabkan penjaja telah bangun untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dapat membela nasib penjaja penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini daripada tindakan penindasan oleh Penganjur Uptown ini sendiri.


27) SURAT MOHON DIADAKAN DIALOG OLEH AJK BERTINDAK
AJK Bertindak penjaja terus berbincang demi meleraikan masalah kekusutan yang dihadapi oleh penjaja penjaja disini.Satu keputusan melalui perbincangan telah diambil yakni mengadakan dialog diantara penjaja dengan Penganjur sebagai mana yang dilakukan pada bulan Jun 2011 diadakan.
Oleh yang demikian sepucuk surat yang bertarikh 13hb Disember 2011 telah dipersembahkan kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL mohon kerjasama pihak Jabatan ini menganjurkan satu majlis dialog bagi menyelesaikai permasalahan ini.
Jelas disini menunjukan bahawa penubuhan Persatuan PENJAJA UNTUK PENJAJA ini sebenarnya bukan untuk kepentingan peribadi seseorang...tetapi ianya benar benar untuk memperjuangkan hak penjaja penjaja berlesen di Uptown Danau Kota ini.


28) TIADA KEPUTUSAN DARI DBKL
14hb Disember 2011 sepucuk surat daripada pihak DBKL mengenai permohonan untuk diadakan dialog telah diterima...namun masih belum ada sebarang keputusan mengenai itu...


29) PIKET BANTAHAN KEPEJABAT WEE CHOO KEONG
Oleh kerana DBKL telah memberikan alasan bahawa penutupan 2 hari untuk aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota...adalah disebabkan bantahan daripada wakil Parlimen Wee Choo Keong mengenai kegiatan di Uptown ini sehingga keperingkat Parlimen.
Maka dengan ini pada 15hb Disember 2011 penjaja penjaja yang diketuai oleh Presiden NGO IKHLAS telah melancarkan satu piket secara aman kepejabat We Choo Keong sebagai tanda bantahan penjaja terhadap niat Wee Choo Keong untuk menutup kegiatan aktiviti penjaja di Uptown ini.
Untuk menonton video Piket bantahan Penjaja Uptown Danau Kota kepejabat Wee Choo Keong  Part 1 ini sila kelick dibawah...
VIDEO BANTAHAN PENJAJA  TERHADAP WEE CHOO KEONG PART 1

Berbagai Selogan yang telah ditulis keatas Sepanduk yang direntangkan oleh penjaja yang berbentuk rayuan kepada PBT supaya membela nasib penjaja disini.

Dengan ini pihak DBKL harus sedar terutama JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL bahawa kerusi yang mereka duduki hari ini adalah diatas tiket penjaja...adalah seharusnya mereka ini memainkan peranan untuk membela nasib penjaja.
Untuk menyaksikan Video bantahan penjaja terhadap Wee Choo Keong Par2 kelick dibawah.


30) SURAT HEBAHAN KELULUSAN PERSATUAN OLEH ROS
Setelah Tim.Setiausaha Protem menerima sijil kelulusan Persatuan daripada R.O.S pada 17hb Disember 2011... persatuan penjaja yang baru ditubuhkan dengan didaftarkan diatas nama... PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR... telah menghebahkan pekara ini melalui surat pekeliling yang diedarkan kepada 333 penjaja Uptown danau Kota.
Didalam surat pekeliling ini diterangkan tujuan penubuhan persatuan ini kepada seluruh penjaja disini.


31) SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR
Penganjur Ahmad Selamat masih dengan sikap Zionisnya dengan mengedarkan surat amaranya kepada penjaja yang tidaka membayar maintanance dengan mengugut untuk membatalkan lesen...
MEMPERJUANGKAN NASIB PENJAJA LANGSUNG TIDAK...APA YANG DIPENTINGKANYA ADALAH POKETNYA SENDIRI.
Disebabkan ke ZALIMANYA hampir lebih daripada 150 penjaja berlesen tidak membayar maintanance kepada beliau sebagai tanda Protes.


32) PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 24 DITOLAK
Pihak DBKL terus memberikan tekanan kepada penjaja disini dengan langsung tidak memberikan ruangan untuk penjaja penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN menjalan kegiatan perniagaan beserta sengan penjaja penjaja Pasar malam.
Ini terbukti dengan pengedaran surat pekeliling yang bertarikh 21hb Disember 2011 kepada 333 penjaja disini walaupun AJK bertindak telah mengutuskan permohonan kepada pihak DBKL dengan surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 yang lalu...namun hampa.


33) KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA PASAR MALAM
Atas Usaha penjaja sendiri dengan dibantu oleh NGO IKHLAS bersama angkatan MEDIA yang membuat liputan semasa PIKET KEPEJABAT WEE CHOO KEONG pada 15hb Disember yang lalu...akhirnya Ketua Pengarah Dato' Hj Salleh Yusof pada 25hb Disember 2011...telah membuat kenyataan didalam sebuah Akhbar dengan memberi kebenaran kepada penjaja Uptown menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari Khamis...
Keputusan ini amat tidak disenangi oleh Penganjur Uptown kerana beliau tidak dapat mengutip hasil untuk aktiviti Pasar Malam sebagaimana yang telah diwawarkanya akan mengenakan RM50 untuk setiap penjaja.


34) ADUAN PERSATUAN MENGENAI KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA 
MENTERI WILAYAH
Setelah menubuhkan persatuan adalah menjadi kewajipan keatas persatuan untuk memantau pergerakan Penganjur keatas kebajikan penjaja dan melapurkan segala kepincangan penganjur kepada pihak tertinggi setelah pihak bawahan tidak sudi untuk mengambil sebarang tindakan keatas penganjur walaupun beberapa bantahan secara terang keatas Penganjur oleh Penjaja.
Oleh itu sepucuk surat yang bertarikh 29hb Disember telah diajukan kepada Menteri Wilayah dengan menyertakan fakta fakta kepincangan penganjur Uptown Danau Kota ini.
Terdapat diantara fakta fakta yang tidak dapat dipamirkan disini kerana ianya adalah menjadi rahsia kepada persatuan dan akan dikeluarkan untuk sesuatu siasatan kepada isu ini sahaja.


35) SURAT SUSULAN KEPADA PEKARA 27 DIATAS
Setelah jawapan yang diterima daripada pihak DBKL pada 14 Disember 2011 mengenai permohonan untuk diadakan dialog dengan status SEDANG DIAMBIL TINDAKAN...Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menyerahkan sepucuk lagi surat sebagai susulan yang bertarikh 29hb Disember bagi MERAYU UNTUK DIPERCEPATKAN DIALOG YANG DISERTAI DARIPADA WAKIL DBKL...PENJAJA PENJAJA BERLESEN DAN PENGANJUR.
Didalam surat ini Pihak Persatuan danau Kota telah menyatakan beberapa sebab kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL kenapa pentingnya perlu dipercepatkan majlis dialog diadakan.
Surat ini satu lagi bukti menunjukan bahawa Persatuan peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ingin berkerjasama dengan pihak DBKL untuk menyelesaikan kemelut di Uptown Danau Kota yang berpunca daripada SIKAP TAMAK PENGANJUR Ahmad Selamat


35) MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK
Menjalinkan hubungan baik dengan Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah telah dimulakan oleh Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota semenjak dari Protem lagi dan Persatuan Penduduk disini amat menyokong akan penubuhan Persatuan Peniaga Peniaga ini.
Oleh itu Persatuan Penduduk ini telah menjemput Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menyertai bersama didalam MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN TAMAN SETAPAK INDAH yang akan berlangsung pada 14hb January 2012.
Persatuan Peniaga Peniaga telah mengambil langkah mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 06hb January 2012 untuk menjemput kepada semua penjaja penjaja Uptown bagi tujuan ini.


36) SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH UNTUK BERNIAGA DIMUSIM 
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Atas semangat yang tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini... Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah penjaja di Uptown ini.
Kali ini sepucuk lagi surat yang bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI RAYA CINA.
Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa...jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL...Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.

37) PENGANJUR TERGUGAT DENGAN HUBUNGAN BAIK DIANTARA 
PERSATUAN DENGAN PENDUDUK
Nah...Ternyata Penganjur Ahmad Selamat merasakan dirinya tergugat dengan kemunculan Persatuan Peniaga Peniaga uptown Danau Kota dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan Persatuan Penduduk...lalu mengambil keputusan untuk menyertai Majlis Gotong Royong Perdana anjuran Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah ini.

Ini terbukti dengan pengedaran surat pekelilingnya yang bertarikh 12 Jan 2012 kepada 333 Penjaja disini dan sekali gus memgumumkan didalam surat ini bahawa beliau telah menyumbang kepada Persatuan Penduduk untuk majlis ini sebanyak RM1000...

Satu sumbangan yang agak mengejutkan penjaja kerana selama lebih 6 tahun menjadi penganjur di Uptown ini...baru kini didengari Penganjur Ahmad Selamat membuat sumbangan.

38) DBKL TOLONG MENTERI WILAYAH JAWAB MENGENAI 
PEKARA 36 DIATAS

Surat Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang bertarikh 10hb Jan 2012 kepada Menteri Wilayah kemudian salinan kepada Tim Ketua Pengarah kemudian Pengarah Jabatan PemudahCara dan kemudian salinan kepada Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL...

Tetapi apa yang peliknya PENGARAH DIJABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA iaitu Tuan Rolan Abd Rahman yang telah menjawab surat ini dengan menolak permohanan Persatuan untuk memohon aktiviti perniagaan di Uptown dilaksanakan semasa cuti Musim Perayaan Hari Raya Cina bagi pihak penjaja.
Nah...Jelas kelihatan disini JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL sudah tidak releven menjalankan penghukumanya terhadap penjaja penjaja yang berlesen di Uptown ini...sedangkan ramai penjaja RAMBO di Kuala Lumpur dengan Penjaja daripada Warga Asingnya dibiarkan berleluasa dengan tanpa sebarang tindakan.
Apabila penjaja membawa media untuk membuat liputan mengenai masalah penjaja disini...Pihak DBKL berkata " MENGAPA TIDAK BERUNDING DENGAN KAMI "...tetapi apabila berunding inilah jawapan yang diterima oleh penjaja penjaja di Uptown disini...


39) GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK
Pada pagi Sabtu bersamaan 14hb Jan 2012 penjaja yang terdiri daripada penyokong Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah berkumpul dihadapan Foodcourt untuk menyertai Program Gotong Royong anjuran Persatuan Penduduk...
Ikuti kisah sebenar didalam majlis ini dengan anda kelick gambar dibawah...
Pada hakikatnya penjaja Uptown ini adalah dari kalangan penjaja yang berhemah tinggi dan boleh dibawa berunding.Mereka dari kalangan orang orang yang bermasyarakat mampu menyesuaikan diri walau dimana sahaja...
Ini terbukti didalam Video yang dirakamkan semasa didalam majlis Gotong Royong Perdana...
Setelah jam menunjukan kepukul 1.30pm majlis ini telah mula berakhir dan penjaja penjaja telah mula bersurai...kelick pada gambar dibawah untuk menyaksikan Video Gotong Royong ini untuk Part 2.


40) ANJUR PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI 
PARLIMEN WANGSA MAJU
Memandangkan kemelut Penjaja Penjaja Melayu di Uptown Danau Kota langsung tidak mendapat perhatian daripada mana mana parti Politik samada pemimpin pemimpin dalam Kerajaan mahu pun pemimpin daripada kawasan Wangsa Maju sendiri.
Hasil buah fikiran daripada Presiden NGO IKHLAS dan dipersetuji sebulat suara oleh AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menganjurkan satu Program PENUKARAN ALAMAT MENGUNDI UNTUK PRU 13 DI PARLIMEN WANGSA MAJU pada tarikh 17hb Jan 2012.
Dengan persetujuan ini satu surat pekeliling yang bertarikh 15hb Jan 2012 telah diedarkan kepada 333 penjaja.



41) PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN 
WANGSA MAJU BERJALAN LANCAR
Selasa 17hb Jan 2012 satu lagi detik sejarah penjaja Uptown Danau Kota telah tercipta.Atas usaha Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota dengan kerja sama NGO IKHLAS Program PENUKARAN DAFTAR PENGUNDIAN UNTUK PRU KE 13 KE PARLIMEN WANGSA MAJU telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Usaha ini dilakukan adalah atas keprihatin Persatuan dan NGO IKHLAS dalam menyelesaikan masalah penindasan Penganjur Uptown yang disokongi oleh segelintir kakitangan DBKL yang berpengaruh keatas penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

KELIK PADA GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT RAKAMAN VIDEO UNTUK PART 1.
Begitu bersemangat dari kalangan penjaja sanggup melakukan apa sahaja demi dapat mengembalikan waktu berniaga mereka di Uptown Danau Kota ini seperti sedia kala...
Mereka sanggup menukarkan tempat mengundi mereka ke Parlimen Wangsa Maju walaupun telah bertahun tahun mereka mengundi dikawasan kediaman mereka sendiri...

Peritiwa bersejarah 17 January 2012 yang berlangsung di Foodcouts Uptown Danau Kota ini telah dibuat liputanya oleh Bernama TV dan RTM dan berita ini telah dihebahkan keseluruh tanah air...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada NGO IKHLAS kerana telah membantu Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota dalam usaha menyelesaikan kemelut di Uptown ini
daripada mula lagi...

UNTUK MENYAKSIKAN PART 2 RAKAMAN VIDEO INI SILA KELICK PADA GAMBAR 
DIBAWAH.

42) SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN
Pada 17hb Feb 2012 satu surat pengumuman mengenai persatuan Peniaga Peniaga Uptown menjemput kepada semua penjaja untuk menyertai keahlian persatuan ini.333 penjaja disini telah diedarkan sebagai usaha Pihak Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk mempelawa penjaja penjaja Uptown Danau Kota menyertainya.


43) SIJIL PERSATUAN
Beginilah sijil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang disahkan oleh R.O.S telah diluluskan pada 07hb Disember 2011.



44) MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN
6 Mac 2012 tercipta satu lagi sejarah buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang mana telah menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela dan menjaga hak penjaja disini dengan mengadakan mesyuarat Agong yang pertama dengan jayanya.
UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.

Barisan AJK PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR dirakamkan semasa sidang Media berlangsung.
Majlis mesyuarat Agong ini telah diresmikan oleh Presiden NGO IKHLAS iaitu Y.Bhg En Ridzuan Abdullah.
UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.


45) PENGANJUR YANG TIDAK HENTI HENTI MENJALANKAN KEMPEN
 UGUTANYA & PEMBOHONGAN TERHADAP PENJAJA
Mat Selamat selaku Penganjur Uptown tidak habi habis dengan menuntut penjaja membayar Maintanance dengan mengunakan berbagai bentuk pembohongan sebagai UGUTAN KEPADA PENJAJA.
Ini terbukti dengan pengedaran surat yang bertarikh 16 Mac 2012 ini.Surat daripada DBKL seperti yang dinyatakanya didalam surat ini tidak pernah diterima oleh penjaja dan sedangkan tarikh 06 Mac 2012 adalah hari selasa yang mana Uptown ditutup kepada aktiviti perniagaan... bagaimana surat DBKL sebagai mana yang tertera didalam surat Mat Selamat ini dapat diedarkan...?
Dengan bukti yang telah dikeluerkan jelas menunjukan Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini banyak mengunakan taktik penipuan untuk mengugut penjaja bagi mendapatkan keuntung kepada dirinya sendiri.

46) SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN
Sebagai sebuah Persatuan yang menjaga kebajikan penjaja ...menjalinkan hubungan baik dengan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA adalah perlu dan ianya adalah salah satu langkah dan usaha bagi meleraikan kekusutan yang berlaku di Uptown Danau kota ini.
Untuk itu sepucuk surat daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota telah dihantar ke Jabatan pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah dihantar pada tarikh 05hb April 2012.
Satu panggilan telephone telah diterima daripada setiausaha Tuan Rolan Abd Rahman selaku Pengarah di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL untuk memperkenankan AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota melakukan KUNJUNG HORMAT keatas beliau.
Pada tarikh 09 April satu rombongan daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada AJK seramai 8 orang telah melakukan KUNJUNG HORMAT itu.


47) MINIT KUNJUNG HORMAT
Segala perbincangan dengan Y.Bhg Tuan Rolan Abd Rahman pada 9hb April 2012 itu telah diminitkan oleh Setiausaha Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota.


48) SURAT KELAKAR DARI TUAN ROLAN
Walaupun Berbagai usaha telah dilakukan demi membela hak penjaja disini...namun nasib penjaja tidak henti henti menerima tekanan daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjajayang sentiasa menyebelahi kepada pihak Penganjur.
Pada 28 Mei 2012 satu surat pekeliling telah diedarkan oleh pihak DBKL yang mana telah mengejutkan penjaja penjaja disini.
Didalam surat yang telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tuan Rolan sendiri telah mensyaratkan kepada setiap penjaja untuk memperbaharui lesen perniagaan sementara untuk Uptown Danau Kota perlu mendapat pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.
Dengan teredarnya surat ini jelas dan terbukti bahawa DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja bersetongkol dan bersekutu dengan Penganjur Mat Selamat dan mempunyai sesuatu kepentingan bersama didalam pengendalian Uptown Danau Kota.
Mereka yang sedang duduk di kerusi Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL harus ingat bahawa KEHADIRAN KAMU DISITU ADALAH DIATAS TIKET KERUSI PENJAJA DAN BUKANYA DIATAS TIKET PENGANJUR MAT SELAMAT.
Oleh itu menjaga kebajikan penjaja adalah menjadi tanggung jawab utama bagi kamu.Menjaga kepentingan Penganjur Mat Selamat adalah bukan tangungjawab kamu.


49) PERMULAAN PENGANJUR MENGGUNAKAN 
BROCHURE UNTUK HEBAHAN 
10hb Jun 2012 setelah sokongan penuh diterima oleh Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja yang mana telah terbukti daripada surat diatas... dengan tanpa segan dan silu telah mengedarkan mengedarkan surat ini kepada penjaja.
Menurut daripada salah seorang daripada AJK Persatuan yang telah menemani mereka yang ingin mendapatkan pengesahan daripada penganjur ini perlu menandatangani satu surat akur janji yang mana diantara syarat akur janji itu Bayaran SEWAAN TAPAK (Tidak dinamakan maintanance lagi) hendaklah dibayar bermula daripada 24hb - 29hb.Jika lewat daripada tarikh ini Penganjur berhak MEMBATALKAN SEWAAN TAPAK DAN MERAMPAS LALU DIBERIKAN KEPADA PENYEWA LAIN.
Setiap yang menandatangi surat ini tidak dibenarkan membawa pulang barang satu Copy pun untuk dibawa pulang.
Pekara ini telah disaksikan oleh salah seorang daripada AJK persatuan.

Begitulah telah dipaparkan bukti bukti dengan fakta yang jelas,bagaimana Penganjur Ahmad bin Selamat menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi pihak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA  dengan menggunakan kuasa yang ada dalam usaha mereka untuk menindas 333 penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang berlesen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan