SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

SEKAPUR SIREH



Terlebih dahulu kami memanjatkan syukur kehadrat
Allah kerana dengan limpah kurnianya telah 
mengilhamkan kepada kami untuk 
mencipta sebuah Blog untuk 
penjaja penjaja Uptown
 Danau Kota.
Pada 15hb Jun 2012
 bersamaan Malam Jumaat 25 Rejab 1433 
bermulalah penulisan keatas
 sebuah
BLOG RESMI
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA 
UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH
 KUALA LUMPUR.
Kelik pada logo dibawah dan temui kami di Facebook.

Sekalung apreasiasi diucapkan kepada semua pengunjung pengunjung yang telah sudi melayari kehalaman Blog kami ini.Asas utama penghasilan keatas Blog ini adalah demi kesedaran daripada kalangan penjaja untuk memperlihatkan kepada umum bagaimana keadaan penjaja penjaja di Uptown Danau Kota,yang bergelut dengan keadaan penindasan daripada pihak Penganjur Uptown iaitu Ahmad Bin Selamat.

Didalam Blog ini juga telah disiapkan beberapa halaman yang dihiasi dengan segala bukti dan fakta yang sahih,berupa surat surat,resit pembayaran dan gambar gambar yang bermula daripada tahun 2007, sehingga kepada yang terkini,yangmengisarkan perlakuan Penganjur dan pihak DBKL yang cenderung kearah paksi penindasan keatas penjaja penjaja di Uptown Danau Kota demi mengaut untuk kepentingan peribadi.

Blog Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ini akan menghiasi dengan halaman halaman yang memaparkan sejarah penubuhan Persatuan,gambar dan rakaman video mengenai aktiviti aktiviti persatuan yang bermula dari protem,catatan persatuan,berita berita terkini mengenai Uptown dan berbagai lagi yang akan dikemas kini dari masa kesemasa.Demi kebajikan kepada penjaja penjaja,Blog ini juga akan digunakan sebagai mempromosikan

UPTOWN DANAU KOTA KEPERSADA DUNIA SIBER MASA KINI.

KELIK PADA LOGO IKHLAS DIATAS
TEMUI IKHLAS DI FACEBOOK
Demi mengenag jasa PERTUBUHAN NGO IKHLAS dibawah kepimpinan 
Presidenya Y.Bhg En Mohd Ridzuan Abdullah,disini kami mengambil kesempatan  mengycapkan terima kasih yang tidak terhingga,diatas setiap bantuan yang dicurahkan kepada seluruh penjaja penjaja Uptown Danau Kota ini didalam memperjuangkan 
HAK PENJAJA.


Atas jalinan yang erat diantar penjaja penjaja Uptown Danau Kota dengan NGO IKHLAS liputan meluas daripada berbagai media mengenai 
PERJUANGAN PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA TERHADAP PENINDASAN PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT
telah dapat dilaksanakan.


PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH mengucapkan setinggi tinggi terimakasih kepada  BERNAMA TV...



Setinggi tinggi terima kasih kepada TV3...




Setinggi tinggi terima kasih kepada RTM...



Setinggi tinggi terima kasih kepada TV9...



Setinggi tinggi terima kasih kepada SINAR HARIAN...



Setinggi tinggi terima kasih kepada HARIAN METRO...



Dan setinggi tinggi terima kasih kepada UTUSAN MALAYSIA...



Kami juga tidak melupakan jasa semua WARTAWAN yang terlalu banyak terlibat didalam membuat segala liputan mengenai perjuangan penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan mengucapkan setinggi tinggi terima kasih.


Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Mantan Pengerusi (Pengerusi Persatuan semasa didalam Protem) iaitu saudara Hashim Yunus yang telah meneraju Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ini semasa didalam Protem.Jasa beliau memperkenalkan NGO IKHLAS kepada Persatuan akan dikenang sepanjang masa.


Pengerusi Protem


Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Mantan Setiausaha (Setiausaha Persatuan semasa didalam Protem) iaitu Puan NUR ROSEDIANNA BINTI ABDULLAH atau lebih dikenali dengan Dee Sulu.Jasa beliau sebagai setiausaha sewaktu Persatuan ini didalam Protem akan dikenang sepanjang masa.Beliau adalah kaum hawa yang tunggal,bertungkus lumus didalam mengerakan Persatuan sehingga terdaftarnya
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR 
secara sah di R.O.S 
Kelik pada gambar beliau dibawah anda akan menemui beliau di Facebook
Setiausaha Protem


Setinggi terimakasih diucapkan kepada semua AJK Protem yang telah bertungkus lumus mengerakan Persatuan,sehingga sebuah Persatuan yang sah disi perundangan R.O.S dapat ditubuhkan untuk penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan kesemua AJK ini telah dikekalkan untuk terus berhidmat menerajui Persatuan ini.


Setinggi terima kasih diucapkan kepada AHLI AHLI PERSATUAN dan seluruh warga penjaja Uptown Danau Kota yang telah banyak memberikan kerjasama dan memberikan SOKONGAN keatas penubuhan 
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR 


PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan