SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 24 Oktober 2011

LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

 LAGI TEKANAN KEPADA PENJAJA

Pada 24hb Oct 2011 pihak DBKL dilihat cuba memberi tekanan kepada penjaja penjaja di Uptown dengan mengarahkan penutupan pada hari isnin disetiap awal bulan bermula pada bulan November.
Tindakan seumpama ini hanya dilihat dikenakan oleh pihak DBKL hanya kepada penjaja MELAYU UPTOWN Danau Kota sahaja...tidak dikenakan ditempat tempat perniagaan yang lain seperti di Petaling Street...Little India Brickfields dan lain lain tempat yang mana mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dengan aman.

SEOLAH SATU UGUTAN DARI DBKL
Jika dilihat Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL menghantarkan s.k untuk surat ini dihantar sehingga kepada Ketua Polis Daerah yang dirasakan tiada kena mengena langsung dengan pekara ini seolah olah merupakan satu ugutan kecil kepada penjaja agar dapat mematuhi ketetapan ini.

Setelah majlis dialog yang anjuran daripada Penganjur Uptown yang disifatkan gagal dalam menyatukan penjaja dengan penganjur...maka bermula daripada itu ada dari kalangan penjaja yang tidak mematuhi apa apa kehendak daripada penganjur termasuk tidak membayar Maintanance sebagai tanda PROTES.