SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 29 Disember 2011

SURAT SUSULAN

SURAT SUSULAN KEPADA PEKARA 27 DIATAS
Setelah jawapan yang diterima daripada pihak DBKL pada 14 Disember 2011 mengenai permohonan untuk diadakan dialog dengan status SEDANG DIAMBIL TINDAKAN...Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menyerahkan sepucuk lagi surat sebagai susulan yang bertarikh 29hb Disember bagi MERAYU UNTUK DIPERCEPATKAN DIALOG YANG DISERTAI DARIPADA WAKIL DBKL...PENJAJA PENJAJA BERLESEN DAN PENGANJUR.
Didalam surat ini Pihak Persatuan danau Kota telah menyatakan beberapa sebab kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL kenapa pentingnya perlu dipercepatkan majlis dialog diadakan.
Surat ini satu lagi bukti menunjukan bahawa Persatuan peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ingin berkerjasama dengan pihak DBKL untuk menyelesaikan kemelut di Uptown Danau Kota yang berpunca daripada SIKAP TAMAK PENGANJUR Ahmad Selamat

ADUAN PERSATUAN MENGENAI KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA MENTERI WILAYAH

ADUAN PERSATUAN MENGENAI KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA 
MENTERI WILAYAH
Setelah menubuhkan persatuan adalah menjadi kewajipan keatas persatuan untuk memantau pergerakan Penganjur keatas kebajikan penjaja dan melapurkan segala kepincangan penganjur kepada pihak tertinggi setelah pihak bawahan tidak sudi untuk mengambil sebarang tindakan keatas penganjur walaupun beberapa bantahan secara terang keatas Penganjur oleh Penjaja.
Oleh itu sepucuk surat yang bertarikh 29hb Disember telah diajukan kepada Menteri Wilayah dengan menyertakan fakta fakta kepincangan penganjur Uptown Danau Kota ini.
Terdapat diantara fakta fakta yang tidak dapat dipamirkan disini kerana ianya adalah menjadi rahsia kepada persatuan dan akan dikeluarkan untuk sesuatu siasatan kepada isu ini sahaja.

Ahad, 25 Disember 2011

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA PASAR MALAM

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA PASAR MALAM
Atas Usaha penjaja sendiri dengan dibantu oleh NGO IKHLAS bersama angkatan MEDIA yang membuat liputan semasa PIKET KEPEJABAT WEE CHOO KEONG pada 15hb Disember yang lalu...akhirnya Ketua Pengarah Dato' Hj Salleh Yusof pada 25hb Disember 2011...telah membuat kenyataan didalam sebuah Akhbar dengan memberi kebenaran kepada penjaja Uptown menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari Khamis...
Keputusan ini amat tidak disenangi oleh Penganjur Uptown kerana beliau tidak dapat mengutip hasil untuk aktiviti Pasar Malam sebagaimana yang telah diwawarkanya akan mengenakan RM50 untuk setiap penjaja.

Rabu, 21 Disember 2011

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 24 DITOLAK

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 24 DITOLAK
Pihak DBKL terus memberikan tekanan kepada penjaja disini dengan langsung tidak memberikan ruangan untuk penjaja penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN menjalan kegiatan perniagaan beserta sengan penjaja penjaja Pasar malam.
Ini terbukti dengan pengedaran surat pekeliling yang bertarikh 21hb Disember 2011 kepada 333 penjaja disini walaupun AJK bertindak telah mengutuskan permohonan kepada pihak DBKL dengan surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 yang lalu...namun hampa.

Isnin, 19 Disember 2011

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR
Penganjur Ahmad Selamat masih dengan sikap Zionisnya dengan mengedarkan surat amaranya kepada penjaja yang tidaka membayar maintanance dengan mengugut untuk membatalkan lesen...
MEMPERJUANGKAN NASIB PENJAJA LANGSUNG TIDAK...APA YANG DIPENTINGKANYA ADALAH POKETNYA SENDIRI.
Disebabkan ke ZALIMANYA hampir lebih daripada 150 penjaja berlesen tidak membayar maintanance kepada beliau sebagai tanda Protes.

Sabtu, 17 Disember 2011

SURAT HEBAHAN KELULUSAN PERSATUAN OLEH ROS

SURAT HEBAHAN KELULUSAN PERSATUAN OLEH ROS
Setelah Tim.Setiausaha Protem menerima sijil kelulusan Persatuan daripada R.O.S pada 17hb Disember 2011... persatuan penjaja yang baru ditubuhkan dengan didaftarkan diatas nama... PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR... telah menghebahkan pekara ini melalui surat pekeliling yang diedarkan kepada 333 penjaja Uptown danau Kota.
Didalam surat pekeliling ini diterangkan tujuan penubuhan persatuan ini kepada seluruh penjaja disini.

Khamis, 15 Disember 2011

PIKET BANTAHAN KEPEJABAT WEE CHOO KEONG

PIKET BANTAHAN KEPEJABAT WEE CHOO KEONG

Oleh kerana DBKL telah memberikan alasan bahawa penutupan 2 hari untuk aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota...adalah disebabkan bantahan daripada wakil Parlimen Wee Choo Keong mengenai kegiatan di Uptown ini sehingga keperingkat Parlimen.
Maka dengan ini pada 15hb Disember 2011 penjaja penjaja yang diketuai oleh Presiden NGO IKHLAS telah melancarkan satu piket secara aman kepejabat We Choo Keong sebagai tanda bantahan penjaja terhadap niat Wee Choo Keong untuk menutup kegiatan aktiviti penjaja di Uptown ini.

Untuk menonton video Piket bantahan Penjaja Uptown Danau Kota kepejabat Wee Choo Keong  Part 1 ini sila kelick dibawah...

Berbagai Selogan yang telah ditulis keatas Sepanduk yang direntangkan oleh penjaja yang berbentuk rayuan kepada PBT supaya membela nasib penjaja disini.

Dengan ini pihak DBKL harus sedar terutama JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKLbahawa kerusi yang mereka duduki hari ini adalah diatas tiket penjaja...adalah seharusnya mereka ini memainkan peranan untuk membela nasib penjaja.
Untuk menyaksikan Video bantahan penjaja terhadap Wee Choo Keong Par2 kelick dibawah.

Rabu, 14 Disember 2011

TIADA KEPUTUSAN DARI DBKL

TIADA KEPUTUSAN DARI DBKL
14hb Disember 2011 sepucuk surat daripada pihak DBKL mengenai permohonan untuk diadakan dialog telah diterima...namun masih belum ada sebarang keputusan mengenai itu...

Selasa, 13 Disember 2011

SURAT MOHON DIADAKAN DIALOG OLEH AJK BERTINDAK

SURAT MOHON DIADAKAN DIALOG OLEH AJK BERTINDAK
AJK Bertindak penjaja terus berbincang demi meleraikan masalah kekusutan yang dihadapi oleh penjaja penjaja disini.Satu keputusan melalui perbincangan telah diambil yakni mengadakan dialog diantara penjaja dengan Penganjur sebagai mana yang dilakukan pada bulan Jun 2011 diadakan.
Oleh yang demikian sepucuk surat yang bertarikh 13hb Disember 2011 telah dipersembahkan kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL mohon kerjasama pihak Jabatan ini menganjurkan satu majlis dialog bagi menyelesaikai permasalahan ini.
Jelas disini menunjukan bahawa penubuhan Persatuan PENJAJA UNTUK PENJAJA ini sebenarnya bukan untuk kepentingan peribadi seseorang...tetapi ianya benar benar untuk memperjuangkan hak penjaja penjaja berlesen di Uptown Danau Kota ini.

Isnin, 12 Disember 2011

MOHON DITUKARKAN STATUS PASAR MALAM KEPADA AKTIVITI UPTOWN OLEH AJK BERTINDAK

MOHON DITUKARKAN STATUS PASAR MALAM KEPADA AKTIVITI 

UPTOWN OLEH AJK BERTINDAK

Surat ke2 daripada AJK Bertindak kepada 
JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL yang bertarikh 12hb Disember 2011 adalah memohon agar status Pasar Malam ditukarkan kepada AKTIVITI BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN DANAU KOTA.Ini memandangkan tidak semua penjaja di Uptown Danau Kota yang mempunyai tapak untuk aktiviti Pasar Malam.

Memandangkan penjaja Uptown yang tiada tapak untuk Pasar Malam kini hanya dapat menjalankan aktiviti perniagaan hanya 4 hari sahaja dalam seminggu...ini telah menjejaskan pendapatan penjaja yang begitu teruk sekali pada ketika itu.
Surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 oleh AJK Bertindak kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL ini benar benar merayu kepada pihak DBKL agar dapat bertolak ansur dengan kehendak penjaja disini.

MEMAKLUMKAN KEPADA DBKL MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN

MEMAKLUMKAN KEPADA DBKL MENGENAI PENUBUHAN PERSATUAN
Dalam waktu yang sama iaitu 12hb Disember 2011 AJK Bertindak telah mengutuskan satu surat kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL bagi memaklumkan bahawa penjaja penjaja telah menubuhkan satu Persatuan bagi tujuan menyuarakan hak sebagai penjaja penjaja berlesen telah diluluskan oleh R.O.S.


Rabu, 7 Disember 2011

SIJIL PERSATUAN

SIJIL PERSATUAN
Beginilah sijil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang disahkan oleh R.O.S telah diluluskan pada 07hb Disember 2011.