SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Selasa, 17 Januari 2012

PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU BERJALAN LANCAR

 PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN 
WANGSA MAJU BERJALAN LANCAR
Selasa 17hb Jan 2012 satu lagi detik sejarah penjaja Uptown Danau Kota telah tercipta.Atas usaha Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota dengan kerja sama NGO IKHLAS Program PENUKARAN DAFTAR PENGUNDIAN UNTUK PRU KE 13 KE PARLIMEN WANGSA MAJU telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Usaha ini dilakukan adalah atas keprihatin Persatuan dan NGO IKHLAS dalam menyelesaikan masalah penindasan Penganjur Uptown yang disokongi oleh segelintir kakitangan DBKL yang berpengaruh keatas penjaja penjaja Uptown Danau Kota.
 
KELIK PADA GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT RAKAMAN VIDEO UNTUK PART 1.
Begitu bersemangat dari kalangan penjaja sanggup melakukan apa sahaja demi dapat mengembalikan waktu berniaga mereka di Uptown Danau Kota ini seperti sedia kala...
Mereka sanggup menukarkan tempat mengundi mereka ke Parlimen Wangsa Maju walaupun telah bertahun tahun mereka mengundi dikawasan kediaman mereka sendiri... 

Peritiwa bersejarah 17 January 2012 yang berlangsung di Foodcouts Uptown Danau Kota ini telah dibuat liputanya oleh Bernama TV dan RTM dan berita ini telah dihebahkan keseluruh tanah air...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada NGO IKHLAS kerana telah membantu Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota dalam usaha menyelesaikan kemelut di Uptown ini
daripada mula lagi... 

UNTUK MENYAKSIKAN PART 2 RAKAMAN VIDEO INI SILA KELICK PADA GAMBAR 
DIBAWAH.


Ahad, 15 Januari 2012

ANJUR PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU

ANJUR PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI 
PARLIMEN WANGSA MAJU
Memandangkan kemelut Penjaja Penjaja Melayu di Uptown Danau Kota langsung tidak mendapat perhatian daripada mana mana parti Politik samada pemimpin pemimpin dalam Kerajaan mahu pun pemimpin daripada kawasan Wangsa Maju sendiri.
Hasil buah fikiran daripada Presiden NGO IKHLAS dan dipersetuji sebulat suara oleh AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menganjurkan satu Program PENUKARAN ALAMAT MENGUNDI UNTUK PRU 13 DI PARLIMEN WANGSA MAJU pada tarikh 17hb Jan 2012.
Dengan persetujuan ini satu surat pekeliling yang bertarikh 15hb Jan 2012 telah diedarkan kepada 333 penjaja.
 

Sabtu, 14 Januari 2012

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK
Pada pagi Sabtu bersamaan 14hb Jan 2012 penjaja yang terdiri daripada penyokong Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah berkumpul dihadapan Foodcourt untuk menyertai Program Gotong Royong anjuran Persatuan Penduduk...
Ikuti kisah sebenar didalam majlis ini dengan anda kelick gambar dibawah...
Pada hakikatnya penjaja Uptown ini adalah dari kalangan penjaja yang berhemah tinggi dan boleh dibawa berunding.Mereka dari kalangan orang orang yang bermasyarakat mampu menyesuaikan diri walau dimana sahaja...
Ini terbukti didalam Video yang dirakamkan semasa didalam majlis Gotong Royong Perdana...
Setelah jam menunjukan kepukul 1.30pm majlis ini telah mula berakhir dan penjaja penjaja telah mula bersurai...kelick pada gambar dibawah untuk menyaksikan Video Gotong Royong ini untuk Part 2.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA DALAM USAHA MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PERSATUAN PENDUDUK

 PADA 14HB JANUARY 2012
GOTONG ROYONG BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SETAPAK INDAH

Aktiviti ini adalah usaha Persatuan Peniaga penaiaga Uptown Danau Kota bagi memupuk hubungan baik dengan Persatuan penduduk Taman Setapak Indah yang mana pihak Penganjur Uptown telah mengabaikan jalinan ini sehingga menyebabkan Persatuan Penduduk telah menyarankan kepada pihak DBKL supaya menutup aktiviti perniagaan di Uptown daripada beroparasi.
Penganjur Uptown Danau Kota 
yang menundukan kepala ketika gambarnya dirakamkan.Atas dasar keterpaksaan beliau terpaksa meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini.
IKUTI RAKAMAN VIDEO INI DENGAN KELIK KEPADA GAMBAR PENGANJUR DIBAWAH.
IKUTI RAKAMAN VIDIO INI DIBHG 2 DENGAN KELIK 
KEPADA GAMBAR DIBAWAH

Jumaat, 13 Januari 2012

DBKL TOLONG MENTERI WILAYAH JAWAB SURAT

DBKL TOLONG MENTERI WILAYAH JAWAB SURAT

Surat Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang bertarikh 10hb Jan 2012 kepada Menteri Wilayah kemudian salinan kepada Tim Ketua Pengarah kemudian Pengarah Jabatan PemudahCara dan kemudian salinan kepada Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL...

Tetapi apa yang peliknya PENGARAH DIJABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA iaitu Tuan Rolan Abd Rahman yang telah menjawab surat ini dengan menolak permohanan Persatuan untuk memohon aktiviti perniagaan di Uptown dilaksanakan semasa cuti Musim Perayaan Hari Raya Cina bagi pihak penjaja.
Nah...Jelas kelihatan disini JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL sudah tidak releven menjalankan penghukumanya terhadap penjaja penjaja yang berlesen di Uptown ini...sedangkan ramai penjaja RAMBO di Kuala Lumpur dengan Penjaja daripada Warga Asingnya dibiarkan berleluasa dengan tanpa sebarang tindakan.
Apabila penjaja membawa media untuk membuat liputan mengenai masalah penjaja disini...Pihak DBKL berkata " MENGAPA TIDAK BERUNDING DENGAN KAMI "...tetapi apabila berunding inilah jawapan yang diterima oleh penjaja penjaja di Uptown disini...

Khamis, 12 Januari 2012

PENGANJUR TERGUGAT DENGAN HUBUNGAN BAIK DIANTARA PERSATUAN DENGAN PENDUDUK

PENGANJUR TERGUGAT DENGAN HUBUNGAN BAIK DIANTARA 
PERSATUAN DENGAN PENDUDUK
Nah...Ternyata Penganjur Ahmad Selamat merasakan dirinya tergugat dengan kemunculan Persatuan Peniaga Peniaga uptown Danau Kota dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan Persatuan Penduduk...lalu mengambil keputusan untuk menyertai Majlis Gotong Royong Perdana anjuran Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah ini.

Ini terbukti dengan pengedaran surat pekelilingnya yang bertarikh 12 Jan 2012 kepada 333 Penjaja disini dan sekali gus memgumumkan didalam surat ini bahawa beliau telah menyumbang kepada Persatuan Penduduk untuk majlis ini sebanyak RM1000...

Satu sumbangan yang agak mengejutkan penjaja kerana selama lebih 6 tahun menjadi penganjur di Uptown ini...baru kini didengari Penganjur Ahmad Selamat membuat sumbangan.

Selasa, 10 Januari 2012

SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH UNTUK BERNIAGA DIMUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH UNTUK BERNIAGA DIMUSIM 
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Atas semangat yang tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini... Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah penjaja di Uptown ini.
Kali ini sepucuk lagi surat yang bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI RAYA CINA.
Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa...jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL...Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.

Jumaat, 6 Januari 2012

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK
Menjalinkan hubungan baik dengan Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah telah dimulakan oleh Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota semenjak dari Protem lagi dan Persatuan Penduduk disini amat menyokong akan penubuhan Persatuan Peniaga Peniaga ini.
Oleh itu Persatuan Penduduk ini telah menjemput Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menyertai bersama didalam MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN TAMAN SETAPAK INDAH yang akan berlangsung pada 14hb January 2012.
Persatuan Peniaga Peniaga telah mengambil langkah mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 06hb January 2012 untuk menjemput kepada semua penjaja penjaja Uptown bagi tujuan ini.