SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Jumaat, 17 Februari 2012

SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN

SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN
Pada 17hb Feb 2012 satu surat pengumuman mengenai persatuan Peniaga Peniaga Uptown menjemput kepada semua penjaja untuk menyertai keahlian persatuan ini.333 penjaja disini telah diedarkan sebagai usaha Pihak Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk mempelawa penjaja penjaja Uptown Danau Kota menyertainya. 

PENJAJA PENJAJA BERTINDAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU

17 Jan 2011
Adalah detik sejarah bagi penjaja penjaja 
Uptown Danau Kota yang mana mereka telah bertindak secara beramai ramai
 MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN WANGSA MAJU.
 Mendengar daripada desas desus 
yang mengatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju tidak mahu campur dalam kemelut
 yang melanda penjaja penjaja disini kerana mereka bukan daripada kalangan pengundi parlimen 
Wangsa Maju.
 Tindakan menukarkan Daftar Menundi 
sebagai Pengundi Parlimen Wangsa Maju adalah satu tindakan yang 
LUAR BIASA 
yang telah dilakukan oleh penjaja penjaja Uptown Danau Kota ini.Ternyata mereka boleh melakukan apa sahaja dalam mempertahankan HAK MEREKA sebagai penjaja Berlesen disini.
SPR 
telah meletakan satu kuanter 
dan mendaftarkan penjaja penjaja ini sebagai pengundi Wangsa Maju.
 Sepatutnya Wakil Parlimen Wangsa Maju harus bersyukur dengan perlaksanaan oleh penjaja penjaja disini dan mengambil insiatif untuk melakukan usaha kearah menyelesaikan kemelut yang sedang bergelora 
di Uptown Danau Kota ini. 
NGO IKHLAS 
yang diketuai oleh Presidenya Y.Bhg.En Mohad Ridzuan Abdullah didalam sidang akhbar 
pada hari itu dengan lantang menyatakan 
PERBUATAN DBKL YANG MENGHADKAN AKTIVITI PERNIAGAAN HANYA 4 HARI SEMINGGU ADALAH TIDAK ADIL 
buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan menyarankan kepada SPRM untuk membuat siasatan keatas kakitangan DBKL yang dipercayai terdapat unsur RAHSUAH didalam pekara ini.
Kelik pada gambar dibawah 
untuk melihat rakaman Video Part 1 mengenai peristiwa 
bersejarah ini.
Kelik pada gambar dibawah 
untuk melihat rakaman Video Part 2 mengenai peristiwa 
bersejarah ini.


Jumaat, 3 Februari 2012

PENGANJUR TIDAK BERCITA CITA UNTUK MEMBERI KESELESAAN KEPADA PENDUDUK

BUKTI PENGANJUR AHMAD BIN SELAMAT 
LANGSUNG TIDAK BERCITA CITA UNTUK MEMBERI KESELESAAN 
TRAFFIC KEPADA PENDUDUK

Kenyataan penganjur Uptown Danau Kota Ahmad bin Selamat seperti didalam KOTAK BIRU NO 1, telah secara terang menunjukan penganjnur Ahmad Selamat ini sememangnya tidak bercita cita untuk memberi keselasaan traffic kepada penduduk disekitar.

Lebih memedihkan hati penduduk apabila beliau berkata " kesesakan adalah sementara sahaja, selepas 6 JAM aktiviti ini beroperasi ia akan kembali tenang ". Apakah layak bagi seorang penganjur mengeluarkan kenyataan yang begini kepada penduduk yang berhak  mengecapai keselesaan dikawasan kediaman mereka ? .

Seharusnya pihak DBKL menukarkan sahaja penganjur Ahmad Selamat ini kepada penganjur yang lebih bertanggung jawab, atau menyerahkan sahaja kepada Persatuan Penduduk Taman Setapak indah menerajui Uptown Danau Kota, kerana mereka lebih berhak dan memahami kehendak mereka dan sekali gus meleraikan masalah complaint daripada penduduk sehingga menyebabkan peniaga disini kehilangan waktu berniaga sebanyak 2 hari pada setiap minggu.

Alasan daripada pihak DBKL untuk MENUTUP ATAU MEMINDAHKAN Uptown Danau Kota  adalah tidak relevan sama sekali, sebaliknya menukarkan kepada PENGANJUR yang lebih bertanggung jawab adalah tindakan yang bijak daripada DBKL dan perlu dilaksanakan dengan segera.