SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 9 April 2012

MINIT KUNJUNG HORMAT

MINIT KUNJUNG HORMAT
Segala perbincangan dengan Y.Bhg Tuan Rolan Abd Rahman pada 9hb April 2012 itu telah diminitkan oleh Setiausaha Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota.

Khamis, 5 April 2012

SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN

SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN
Sebagai sebuah Persatuan yang menjaga kebajikan penjaja ...menjalinkan hubungan baik dengan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA adalah perlu dan ianya adalah salah satu langkah dan usaha bagi meleraikan kekusutan yang berlaku di Uptown Danau kota ini.
Untuk itu sepucuk surat daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota telah dihantar ke Jabatan pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah dihantar pada tarikh 05hb April 2012.
Satu panggilan telephone telah diterima daripada setiausaha Tuan Rolan Abd Rahman selaku Pengarah di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL untuk memperkenankan AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota melakukan KUNJUNG HORMAT keatas beliau.
Pada tarikh 09 April satu rombongan daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada AJK seramai 8 orang telah melakukan KUNJUNG HORMAT itu.