Didalam surat yang telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tuan Rolan sendiri telah mensyaratkan kepada setiap penjaja untuk memperbaharui lesen perniagaan sementara untuk Uptown Danau Kota perlu mendapat pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.
Dengan teredarnya surat ini jelas dan terbukti bahawa DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja bersetongkol dan bersekutu dengan Penganjur Mat Selamat dan mempunyai sesuatu kepentingan bersama didalam pengendalian Uptown Danau Kota.
Didalam surat ini tiada pula Tuan Rolan menyatakan bila pula DBKL telah menggubal perundangan yang baru ini.Didalam surat ini juga memperlihatkan seolah olah apa yang ditulis oleh Tuan Rolan hanyak mengikut nalurinya sahaja.
Kepada mereka yang sedang duduk di kerusi Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL harus ingat bahawa KEHADIRAN KAMU DISITU ADALAH DIATAS TIKET KERUSI PENJAJA DAN BUKANYA DIATAS TIKET PENGANJUR MAT SELAMAT.
Oleh itu menjaga kebajikan penjaja adalah menjadi tanggung jawab utama bagi kamu.Menjaga kepentingan Penganjur Mat Selamat adalah bukan tangungjawab kamu.