Sebagai sebuah persatuan yang sememangnya menjaga kepentingan penjaja di Uptown Danau Kota,PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA telah menghantar sepucuk surat RAYUAN kepada Pengarah di JABATAN PEMUDAHCARA DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL,MERAYU untuk mendapat kebenaran bagi peniaga peniaga Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti perniagaan mereka pada setiap malam DIMUSIM CUTI SEKOLAH DAN PADA BULAN RAMADAN.
Tetapi setelah sebulan lebih pihak persatuan menunggu namun tiada sebarang jawapan yang diterima.
Memandangkan PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA ini baru ditubuhkan sebagai menganjurkan BAZAR RAMADAN adalah salah satu jalan untuk persatuan ini mengumpulkan dana untuk terus menjalankan aktiviti tahunanya.Oleh itu pada tarikh yang sama PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA telah mengahantar sepucuk lagi surat kepada Pengarah yang sama di JABATAN PEMUDAHCARA DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL,memohon untuk persatuan ini menjadi penganjur BAZAR RAMADAN diatas tapak Uptown Danau Kota pada sebelah petangnya,namun tiada sebarang jawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan