PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA
bersama sekutunya dari beberapa kakitangan DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja perlu disedarkan dengan segera daripada perbuatan mereka yang berterusan selama lebih dari 5 tahun kebelakangan ini melakukan PENINDASAN keatas 333 penjaja Uptown Danau Kota yang berlesen.
26hb Jun 2012 telah tercipta satu lagi detik sejarah buat 333 penjaja Uptown Danau Kota dengan menyerahkan 2 buah MEMORANDUM, kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dipejabat Perdana Menteri Putrajaya.
Sebuah Memorandum setebal 2 inci telah disiapkan oleh NGO IKHLAS untuk diserahkan kepada PM yang menghimpunkan segala bukti bukti salah laku Penganjur Uptown Danau Kota terhadap 333 penjaja berlesen Uptownn sepanjang 5 tahun kebelakangan ini.
Sementara itu, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA telah menyiapkan sebuah lagi Memorandum yang menghimpunkan segala bukti bukti salah laku penganjur yang disokong oleh pihak DBKL, didalam penindasan terhadap 333 penjaja berlesen lantas diserahkan bersama kepada PM pada petang 26 Jun 2012 .
Gelora kemarahan daripada 333 penjaja di Uptown Danau Kota terhadap Penganjur Ahmad bin Selamat sememangnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ikrar mereka untuk tidak berganjak daripada keputusan untuk terus mempertahankan hak mereka.
Sebelum bergerak ke Putrajaya penjaja penjaja ini telah berkumpul di Foodcourts Uptown Danau Kota.Walaupun dikelibat raut wajah mereka masih mampu melemparkan senyuman, namun terpahat didalam sanubari mereka satu nekad untuk mengetengahkan perlakuan Penganjur Uptown Danau Kota ini kepada Perdana Menteri agar tindakan segera dapat dilakukan.
Segala bentuk penindasan penganjur Uptown terhadap 333 penjaja disini telah dipamirkan didalam Memorandum yang diserahkan kepada PM untuk memudahkan bagi pihak PM membuat penilaian.
Diantara wajah wajah penjaja Uptown Danau Kota yang turut sama ke Putrajaya bagi menyampaikan keluhan mereka mengenai kemelut yang sedang melanda Uptown Danau Kota.
Presiden NGO IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah adalah pelopor utama kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menghalakan sasaran sebuah Memorandum kepada PM.
Lebih daripada 200 penjaja Uptown Danau Kota telah berkumpul dihadapan bangunan pejabat Perdana Menteri sebagai tanda menyokong bantahan terhadap penganjur Uptown Danau Kota En Ahmad bin Selamat daripada terus menerajui penganjuran keatas Uptown.
Barisan Wartawan yang datang untuk membuat liputan detik sejarah bagi penjaja penjaja Uptown Danau Kota semasa penyerahan Memorandum ini.
Spanduk telah mula dirantang menandakan bermulanya upacara penyerahan Memorandum suara 333 penjaja Uptown Danau Kota akan bermula.
Presiden IKHLAS telah memulakan sidang Media dengan tajuk BANTAHAN TERHADAP KEBANJIRAN PENIAGA WARGA ASING.
Presiden NGO IKHLAS menyataka dihadapan Wartawan bahawa jika PM mencampuri isu PENIAGA WARGA ASING masalah ini pasti akan selesai.
IKHLAS juga telah membuka isu PENIDASAN keatas 333 pejaja Uptown Danau Kota oleh Penganjur, masih juga belum selesai .
Presiden IKHLAS menunjukan kepada Wartawan sebuah Memorandum yang telah diisikan dengan segala bukti bukti salah laku penganjur dan DBKL yang bakal diserahkan kepada PM. NGO IKHLAS juga telah menyiapkan satu lagi Memorandum mengenai KERAMAT MALL yang menelan belanja 60 Juta, tetapi setelah 6 tahun disiapkan namun masih lagi belum menempatkan peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagan didalamnya oleh DBKL.
Penjaja penjaja Uptown Danau Kota juga menunjukan SUARA 333 PENJAJA yang bakal diserahkan kepada PM kepada Wartawan.
Lebih daripada 200 penjaja Uptown Danau Kota yang datang bersorak kegembiraan kerana segala keluhan mereka akan dapat disampaikan kepada pihak PM dan mengharapkan satu penyelesaian akan dapat dicapai melalui campur tangan PM didalam kemelut yang yang berlaku di Uptown.
5 wakil yang dibenarkan untuk membawa MEMORANDUM suara 333 penjaja Uptown Danau Kota yang berlesen kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib pada petang detik bersejarah 26 Jun 2012.
Segala bukti salah laku penganjur yang disokong oleh pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja dari tahun 2008 telah dapat dikumpul dan dihuraikan didalam Memorandum ini, untuk penghayatan kepada PM.
Sebagai maklumat tambahan kepada PM, Memorandum ini telah dilengkapkan dengan alamt Blog Persatuan yang telah menempatkan berbagai maklumat yang lengkap mengenai salah laku penganjur dan DBKL yang bermula daripada 2007. dalam bentuk surat surat daripada penganjur dan DBKL kepada penjaja dan juga kenyataan DBKL bersama penganjur didalam akhbar.
Pengerusi Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota ketika ditemuramah oleh Wartawan. Dalam temuramah itu Pengerusi telah menyarankan kepada DBKL agar tidak berkeras dengan penjaja, kerana sebagai PENJAWAT AWAM rakyat perlu diutamakan,bukan PENGANJUR. Menyambung daripada itu Pengerusi Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menerangkan kepada Wartawan bentuk penindasan melampau penganjur terhadap penjaja penjaja di Utown.
Walau pun Allah sedang menurunkan hujan sebagai tanda Rahmat daripada Nya, namun para Wartawan masih terus ghairah untuk meneruskan membuat liputan mengenai perjuangan penjaja penjaja Uptown Danau Kota daripada Pengerusi Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota dan Presiden NGO IKHLAS iaitu En Mohd Ridzuan Abdullah.
1 salinan MEMORANDUM suara 333 penjaja Uptown Danau Kota telah diberikan kepada NGO IKHLAS...1 salinan telah diberikan kepada KSN dan 1 salinan lagi telah diserahkan kepada Ketua
Pesuruhjaya SPRM.
Harapan 333 penjaja Uptown yang berlesen kepada PM agar dapat melaksanakan segala permohonan yang diajukan itu dilaksanakan dengan segera.