SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Selasa, 26 Jun 2012

ISU KERAMAT MALL TURUT DIBANGKITKAN OLEH NGO IKHLAS KEPADA PM.


NGO IKHLAS
 memperjuangkan nasib penjaja penjaja tempatan.
26 Jun 2012 Putrajaya dihadapan bangunan Pejabat Perdana Menteri,
Isu Peniaga Warga Asing adalah menjadi pokok utama diutarakan oleh Presiden NGO IKHLAS 
En Mohd Ridzuan Abdullah. Peniaga Warga Asing yang dianggapnya sebagai virus kepada peniaga peniaga tempat perlu dipandang serius oleh kerajaan. Beliau juga berharap agar Dato' Sri Najib dapat 
campur tangan dalam usaha menangani melumpuhkan kegiatan makhluk perosak 
kepada peniaga peniaga tempatan yang kian 
berleluasa hari ini.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA
menyokong perjuangan NGO IKHLAS dalam usaha membenteras isu Peniaga Warga Asing.
Bagi Warga penjaja di Kuala Lumpur, perjuangan yang dilaksanakan oleh NGO IKHLAS merupakan satu BONOS kerana telah ada pihak yang memandang serius dalam menangani pekara ini. NGO IKHLAS bersama lebih daripada 200 penjaja penjaja berlesen Uptown Danau Kota telah turun ke Putrajaya bagi menyerahkan satu Memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu ini.


Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota dibawah payung
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA
 juga telah menyiapkan sebuah Memorandum yang menyentuh mengenai isu PENINDASAN MELAMPAU yang dilakukan oleh pihak Penganjur Uptown Danau Kota iaitu En Ahmad bin Selamat. Atas kerjasama NGO IKHLAS Persatuan Peniaga Peniaga Uptown bersama dengan ahli ahlinya seramai lebih daripada 200 orang telah turun ke Putrajaya bagi menyampaikan MEMORANDUM SUARA 333 PENJAJA BERLESEN UPTOWN DANAU KOTA kepada Perdana Menteri semalam.




  KERAMAT MALL


Isu Keramat Mall juga turut disentuh oleh NGO IKHLAS yang mana kos pembinaanya telah menelan belanja 60 Juta dan telah disiapkan 6 tahun yang lalu, namun sehingga kini masih belum dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan sepenuhnya disini, yang berpunca daripada kelembapan DBKL menangani isu ini.

NGO IKHLAS juga telah menyiapkan satu Proposal mengenai Keramat Mall dan telah menyerahkan kepada Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanan iaitu Dato' Ghazali Ibrahim semalam 26 Jun 2012.

Semoga dengan campur tangan YAB. Dato' Sri Najib didalam menangani setiap isu yang disampaikan kepadanya semalam akan dapat menyelesaikan masalah yang tertanguh sejak sekian lama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan