SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 4 Jun 2012

SURAT KEPADA DATUK BANDAR


Pada tarikh 4hb Jun 2012 PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA telah pun menyampaikan sepucuk surat kepada Datuk Bandar memaklumkan kepada beliau mengenai Syarat baru yang telah dikenakan oleh DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja keatas 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota.

Surat ini telah disertakan bersama dengan surat pekeliling yang dihantar oleh DBKL mengenai pematuhan oleh penjaja terhadap Penganjur Ahmad Selamat.


Daripada tarikh 4 Jun sehingga 20 Jun Persatuan Peniaga Peniaga Uptown tiada menerima sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi memaklumkan pekara ini kepada kami.
Pada pekiraan kami mungkin pekara yang kami ajukan kepada Datuk Bandar ini adalah satu pekara yang agak kecil baginya ataupun bagi perkiraanya bukan daripada Jabatan 
Beliau untuk menyelesaikan pekara ini.
Oleh itu NGO IKHLAS telah menyarankan untuk membawakan pekara ini kepada pihak YAB Dato'Sri Najib Tun Abd Razak.Keputusan telah diambil dan satu Memorandum telah disiapkan iaitu pada 26 Jun adalah tarikh untuk membawakan Memorandum itu kepada YAB PM.

2 ulasan:

  1. Manusia yang Berkuasa akan melakukan Kemungkaran kerana Dikaburi dengan Harta Dunia.
    Manusia yang Berkuasa akan melakukan Kebaikan sesama Manusia kerana Dikaburi dengan Syurga Allah.

    BalasPadam
  2. Dimanakah letaknya Slogan Perdana Menteri " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ".
    Adakah ini Slogan DBKL sebenarnya " Rakyat Dipijakkan, Penganjur Diutamakan. Yang banyak berbakti kepada Kerajaan adalah Rakyat Peniaga yang membayar Lesen Tahunan kepada DBKL dan juga yang menggerakkan ekonomi harian Malaysia dalam bentuk Jual Beli. Berapa banyakkah seorang Penganjur membayar kepada kerajaan dalam setahun ?

    BalasPadam