SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 13 Ogos 2012

SIASATAN TERPERINCI OLEH SPRM TERHADAP PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA ADA PERLU

Kegoan Penganjur Uptown Danau Kota
dan sokongan kuat daripada beberapa kakitangan DBKL dalam tindakan
penganjur Ahmad bin Selamat terhadap 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota ini sebenarnya ada hikmah yang tersirat daripadanya. Ianya telah menjadikan penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan barisan hadapan   PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA lebih matang bertindak menangkis segala tindak tanduk penganjur dan sekutunya dalam aktiviti penindasan terhadap penjaja penjaja disini.



Langkah penjaja menubuhkan persatuan
dan walaupun telah dibantah kuat oleh penganjur Uptown Danau Kota
sendiri dan beberapa kakitangan DBKL yang berkepentingan didalam penganjuran Uptown Danau Kota disaat awal penubuhanya, adalah satu langkah bijak yang telah dilakukan oleh penjaja disini. Hasil daripada penubuhan persatuan yang berperanan memperjuangkan hak penjaja dikalangan penjaja Uptown Danau Kota, berbagai kejayaan telah dicapai oleh persatuan ini walau pun dalam usia persatuan yang hanya baru beberapa bulan sahaja penubuhanya.



Demi menjalankan peranan sebagai sebuah persatuan yang bertanggung jawab memperjuangkan hak penjaja, pada 16 Julai 2012  PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha telah bertindak membongkarkan segala pekara yang sebenarnya berlaku di Uptown Danau Kota kepada UTUSAN MALAYSIA, bersama bukti dan fakta yang kukuh.


Sementara itu NGO IKHLAS bersama dengan sebahagian daripada ahli ahlinya yang terdiri daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan penjaja penjaja daripada Downtown Cheras, telah memberi tekanan keatas pihak DBKL daripada sudut lainya iaitu dalam isu Sindiket Bazaar Ramadan di Jalan TAR dan Masjid India sehingga kepengaduan SPRM.

Isu Sendiket Bazaar Ramadan
yang terpampang dimuka hadapan Utusan Malaysia 1 Ogos 2012 itu seolah olah menunjukan DBKL sedang BERTEMU BUKU DENGAN RUAS apabila berhadapan dengan
NGO IKHLAS.


Hasil daripada tindakan NGO IKHLAS, SPRM telah bertindak menyerbu tapak Bazaar Ramadan di Masjid India dan menahan 2 orang yang berperanan sebagai orang tengan dalam menjalankan sendiket  Bazaar Ramadan ini.


Daripada temu bual yang dibuat oleh wartawan  Utusan Malaysia kepada salah seorang peniaga yang telah menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan ini selama berbelas tahun dan dalam perhatianya bahawa lokasi yang strategik dimiliki oleh penjaja yang sama.


PBT yang bertanggung jawab dalam isu ini adalah DBKL
dan sementara itu beberapa kakitangan daripada DBKL telah diambil keterangan
oleh pihak SPRM bagi menyelesaikan isu ini.


Tindakan NGO IKHLAS
bersama dengan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota tidak terhenti disitu sahaja. Pada 8 Ogos 2012 telah bertindak menghantar satu lagi memorandum kepada LEMBAGA PENASIHAT SPRM mengenai isu Bazaar Ramadan ini. 
Saksikan rakaman video peristiwa ini disini. 

Hasil daripada gandingan usaha yang dilakukan oleh NGO IKHLAS
bersama dengan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota, pada 08hb Ogos 2012
disebelah malamnya, satu surat pekeliling telah diedarkan kepada penjaja penjaja yang membuat Protes kepada penganjur Uptown Danau Kota yang membawa khabar gembira iaitu berita kebenaran oleh pihak DBKL untuk memperbaharui lesen yang mana surat ini telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja iaitu Tuan Hj Wan Mohammad
Ghazali bin Nor.


Berita kegembiraan buat penjaja penjaja ini adalah  merupakan kejayaan bagi PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR dalam memperjuangkan hak 333 penjaja disini.

Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja DBKL diatas keputusan ini.



Tindakan Tuan Rolan
selaku Pengarah Kanan di Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja DBKL
mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 28hb Mei 2012 kepada 333 penjaja berlesen di Uptown Danau Kota yang bau kepada menyokong keatas aktiviti penindasan Penganjur Ahmad bin Selamat terhadap 333 penjaja penjaja di Uptown Danau Kota ada satu kesilapan besar dan sekali gus telah mencemarkan imej beliau dan jabatan kepada umum.



Keputusan pihak DBKL
membenarkan penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang membuat protes
kepada penganjur Uptown Danau Kota iaitu Ahmad bin Selamat gambar diatas, adalah bijak dan tepat bagi membersihkan kembali imej JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL, yang tercemar teruk akibat daripada beberapa kakitangan DBKL, yang  menyokong dan membela penganjur Ahmad bin Selamat didalam kegiatan penindasan keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota ini.


Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota bersama NGO IKHLAS, tetap terus menggesa pihak SPRM agar melakukan siasatan yang terperinci terhadap PENGANJURAN Uptown Danau Kota, yang dipercayaai terdapat unsur RASUAH berlaku diantara pihak penganjur bersama beberapa kakitangan PBT yang bakaitan. Ini ditegaskan oleh Presiden IKHLAS dihadapan pejabat SPRM Putrajaya pada 08 Ogos 2012 kepada Media.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih










Jumaat, 3 Ogos 2012

PENJAJA UPTOWN MENANTI SPRM MENJALANKAN TINDAKAN KEATAS PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA.

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi Blog Persatian Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ini. Kami mengucapkan selamat menjalankan ibadat Puasa dan semoga dengan barakah Ramadan kali ini akan menambahkan keberkatan didalam hidup kita..;Inshaallah.

Apabila disebut sahaja perkataan Ramadan, secara automatik terlintas dikepala kita mengenai Bazaar Ramadan yang menjual berbagai makanan dan lauk pauk sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Bagi warga kota pula pastinya Bazaar Ramadan di Jalan TAR dan dijalan Masjid India menjadi tumpuan untuk membeli belah bagi persiapan menyambut Hari Raya.


Tanpa kita sedari didalam kesibukan umat Islam memperbanyakan ibadah didalam bulan Ramadan ini, rupa rupanya segelintir pihak luar yang bersetongkol dengan kakitangan PBT telah menyebukkan diri dengan memperbanyakkan mengaut keuntungan daripada hasil penjualan tapak Bazaar Ramadan.

  
Akibat daripada kelemahan pihak PBT yang bertanggung jawab mengandalikan Bazaar ini sehingga tanpa disedari satu sendiket telah menguasai Bazaar ini dan mengaut keuntungan sehingga mencecah jutaan ringgit,  dipercayai telah berleluasa selama beberapa tahun kebelakangan ini.


NGO IKHLAS yang selama ini adalah pejuang membela nasib penjaja telah berjaya membongkar aktiviti sendiket yang mengaut keuntungan jutaan ringgit ini kepada umum. Berita mengenai pekari ini telah tersiar dimuka hadapan akhbar tempatan Utusan Malaysia pada 01hb Ogos 2012 seperti diatas.


Munculnya NGO IKHLAS dibawah kepimpinan Presidenya En Mohd Ridzuan Abdullah telah memberikan satu pukulan yang hebat kepada sendiket ini yang dipercayai didalangi oleh beberapa kakitangan didalam PBT. Tindakan menghantar satu memorandum kepada pihak SPRM, dengan mengumpulkan segala maklumat mengenai berbagai gejala salah laku Rahsuah dari kalangan kakitangan PBT telah banyak membantu pihak SPRM menjalankan siasatan mereka,


Hasil daripada itu, serbuan telah dibuat oleh pihak SPRM keatas sendikit penjualan tapak Bazaar Ramadan dilokasi Jalan Masjid India pada 1 Ogos 2012 sebagaimana yang didedahkan didalam akhbar utusan Malaysia seperti diatas.

Didalam serbuan yang telah dibuat 2 individu yang dipercayai sebagai orang tengah yang menguruskan penjualan tapak Bazaar Ramadan dengan harga yang tidak masuk akal telah ditahan untuk membantu siasatan. Dengan penahanan 2 individu ini dipercayai akan membongkar banyak lagi dalang yang terdiri daripada beberapa kakitangan dikalangan PBT yang mungkin terbabit didalam aktiviti sendikit ini.

Tindakan SPRM menyerbu dan menahan 2 individu yang dipercayai sebagai orang tengah didalam menjalankan sendiket ini telah menaikan lagi imej jabatan ini dan memperlihatkan ketelusan Jabatan ini dalam menjalankan tanggung jawabnya yang sebenar sebagai sebuah badan yang mencegah aktiviti Rasuah dinegara ini.


Jika diteliti daripada kenyatan Zarith Safia Kamaruddin seperti didalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 1 Ogos 2012 diatas, telah menunjukan aktiviti Rasuah dikalangan kakitangan PBT telah wujud selama berbelas tahun dikebelakangan ini. Ini kerana pihak PBT seolah menutup sebelah mata mengenai kegiatan perniagaan diatas tapak lot 1 hingga lot 50 yang sepatutnya menjual barang makanan, namun ada sesetengah penjaja yang telah membuka peniagaan jenis pakaian diatas lot yang disebutkan tadi.

RASUAH DIKALANGAN KAKITANGAN PBT


Apabila bercakap mengenai Rasuah, apa yang kita dapati dengan bukti yang jelas bahawa aktiviti rasuah dikalangan kakitangan PBT ini tidak hanya tertakluk kepada Bazaar Ramadan sahaja, malah ianya meliputi segala aktiviti perniagan yang lain seperti Uptown, aktiviti perniagaan dari kalangan Warga Asing dan sebagainya.


Presiden NGO IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah yang dianggap sebagai Wira kepada penjaja hari ini,telah banyak mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti Rasuah dikalangan kakitangan PBT yang sedang berleluasa dan dianggap telah mencapai kepada tahap yang kritikal.


Ini telah terbukti dan dilakukan keatas 333 penjaja berlesen di Uptown Danau Kota, yang mana seorang yang berjawatan sebagai penolong pegawai tadbir N32 didalam PBT, telah sanggup mengeluarkan sepucuk surat yang berupa arahan kenaikan keatas caj perhidmatan sebanyak RM 300 kepada 333 penjaja disini sebagaimana surat diatas. Surat diatas adalah berbentuk menguntungkan kepada pihak Penganjur Uptown Danau Kota dan dipercayai ada unsur Rasuah.


Surat diatas diedarkan kepada 333 penjaja di Uptown Danau Kota juga dipercayai ada unsur Rasuah disitu. Ini kerana disebabkan ketika penjaja membantah dengan sekerasnya terhadap perlaksanaan penganjuran di Uptown Danau Kota, oleh penganjur yang sedia ada, Pengarah di PBT ini telah bertindak mengedarkan surat seperti diatas yang jelas memihak kepada pihak penganjur.

Ekoran daripada tindakan yang dibuat oleh Pengarah di PBT ini, seramai lebih daripada 160 penjaja di Uptown Danau Kota tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen mereka. Diharap kepada pihak SPRM dapat menjalankan siasatan dengan segera mengenai pekara ini.


Kenyataan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur
 Dato' Ahmad Phesal Talib pada 1 Ogos 2012 kepada Utusan Malaysia yang menyatakan sikap keterbukaanya kepada SPRM untuk membuat siasatan dan tidak akan melindungi mana mana kakitanganya yang terbabit dengan aktiviti Rasuah, telah memberikan ruangan yang cukup luas kepada SPRM menjalankan siasatan dengan berbekalkan bukti yang ada dan sekali gus, pembelaan keatas rakyat yang tertindas akibat daripada aktiviti Rasuah, terutama daripada warga penjaja akan mendapat pembelaan sewajarnya.


Tindakan daripada pihak SPRM dengan menahan dan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai DBKL bagi membantu siasatan dalam membenteras Rasuah adalah wajar dan sememangnya telah lama dinantikan oleh warga penjaja di Kuala Lumpur.

Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada NGO IKHLAS dalam keperihatinan NGO ini terhadap nasib penjaja, sementara Presiden IKHLAS En Mohd Ridzuan Abdullah adalah sebagai WIRA PENJAJA masa kini.

Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota juga merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak SPRM dalam membenteras gejala Rasuah diperingkat kakitangan PBT dan sindiket Bazaar Ramadan Jln TAR dan Jln Masjid India. Kami juga sedang menunggu tindakan siasatan daripada SPRM keatas penganjuran Uptown yang dipercayai tidak kurang hebatnya didalam menjalankan aktiviti Rasuah ini.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih