SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 13 Ogos 2012

SIASATAN TERPERINCI OLEH SPRM TERHADAP PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA ADA PERLU

Kegoan Penganjur Uptown Danau Kota
dan sokongan kuat daripada beberapa kakitangan DBKL dalam tindakan
penganjur Ahmad bin Selamat terhadap 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota ini sebenarnya ada hikmah yang tersirat daripadanya. Ianya telah menjadikan penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan barisan hadapan   PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA lebih matang bertindak menangkis segala tindak tanduk penganjur dan sekutunya dalam aktiviti penindasan terhadap penjaja penjaja disini.



Langkah penjaja menubuhkan persatuan
dan walaupun telah dibantah kuat oleh penganjur Uptown Danau Kota
sendiri dan beberapa kakitangan DBKL yang berkepentingan didalam penganjuran Uptown Danau Kota disaat awal penubuhanya, adalah satu langkah bijak yang telah dilakukan oleh penjaja disini. Hasil daripada penubuhan persatuan yang berperanan memperjuangkan hak penjaja dikalangan penjaja Uptown Danau Kota, berbagai kejayaan telah dicapai oleh persatuan ini walau pun dalam usia persatuan yang hanya baru beberapa bulan sahaja penubuhanya.



Demi menjalankan peranan sebagai sebuah persatuan yang bertanggung jawab memperjuangkan hak penjaja, pada 16 Julai 2012  PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha telah bertindak membongkarkan segala pekara yang sebenarnya berlaku di Uptown Danau Kota kepada UTUSAN MALAYSIA, bersama bukti dan fakta yang kukuh.


Sementara itu NGO IKHLAS bersama dengan sebahagian daripada ahli ahlinya yang terdiri daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota dan penjaja penjaja daripada Downtown Cheras, telah memberi tekanan keatas pihak DBKL daripada sudut lainya iaitu dalam isu Sindiket Bazaar Ramadan di Jalan TAR dan Masjid India sehingga kepengaduan SPRM.

Isu Sendiket Bazaar Ramadan
yang terpampang dimuka hadapan Utusan Malaysia 1 Ogos 2012 itu seolah olah menunjukan DBKL sedang BERTEMU BUKU DENGAN RUAS apabila berhadapan dengan
NGO IKHLAS.


Hasil daripada tindakan NGO IKHLAS, SPRM telah bertindak menyerbu tapak Bazaar Ramadan di Masjid India dan menahan 2 orang yang berperanan sebagai orang tengan dalam menjalankan sendiket  Bazaar Ramadan ini.


Daripada temu bual yang dibuat oleh wartawan  Utusan Malaysia kepada salah seorang peniaga yang telah menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan ini selama berbelas tahun dan dalam perhatianya bahawa lokasi yang strategik dimiliki oleh penjaja yang sama.


PBT yang bertanggung jawab dalam isu ini adalah DBKL
dan sementara itu beberapa kakitangan daripada DBKL telah diambil keterangan
oleh pihak SPRM bagi menyelesaikan isu ini.


Tindakan NGO IKHLAS
bersama dengan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota tidak terhenti disitu sahaja. Pada 8 Ogos 2012 telah bertindak menghantar satu lagi memorandum kepada LEMBAGA PENASIHAT SPRM mengenai isu Bazaar Ramadan ini. 
Saksikan rakaman video peristiwa ini disini. 

Hasil daripada gandingan usaha yang dilakukan oleh NGO IKHLAS
bersama dengan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota, pada 08hb Ogos 2012
disebelah malamnya, satu surat pekeliling telah diedarkan kepada penjaja penjaja yang membuat Protes kepada penganjur Uptown Danau Kota yang membawa khabar gembira iaitu berita kebenaran oleh pihak DBKL untuk memperbaharui lesen yang mana surat ini telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja iaitu Tuan Hj Wan Mohammad
Ghazali bin Nor.


Berita kegembiraan buat penjaja penjaja ini adalah  merupakan kejayaan bagi PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR dalam memperjuangkan hak 333 penjaja disini.

Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja DBKL diatas keputusan ini.



Tindakan Tuan Rolan
selaku Pengarah Kanan di Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja DBKL
mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 28hb Mei 2012 kepada 333 penjaja berlesen di Uptown Danau Kota yang bau kepada menyokong keatas aktiviti penindasan Penganjur Ahmad bin Selamat terhadap 333 penjaja penjaja di Uptown Danau Kota ada satu kesilapan besar dan sekali gus telah mencemarkan imej beliau dan jabatan kepada umum.



Keputusan pihak DBKL
membenarkan penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang membuat protes
kepada penganjur Uptown Danau Kota iaitu Ahmad bin Selamat gambar diatas, adalah bijak dan tepat bagi membersihkan kembali imej JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL, yang tercemar teruk akibat daripada beberapa kakitangan DBKL, yang  menyokong dan membela penganjur Ahmad bin Selamat didalam kegiatan penindasan keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota ini.


Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota bersama NGO IKHLAS, tetap terus menggesa pihak SPRM agar melakukan siasatan yang terperinci terhadap PENGANJURAN Uptown Danau Kota, yang dipercayaai terdapat unsur RASUAH berlaku diantara pihak penganjur bersama beberapa kakitangan PBT yang bakaitan. Ini ditegaskan oleh Presiden IKHLAS dihadapan pejabat SPRM Putrajaya pada 08 Ogos 2012 kepada Media.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih










Tiada ulasan:

Catat Ulasan