PENGANJUR MERASA
TERGUGAT
DENGAN JALINAN PERSATUAN PENIAGA BERSAMA
PERSATUAN PENDUDUK
Ternyata Penganjur
Ahmad Selamat merasakan dirinya tergugat dengan kemunculan Persatuan Peniaga
Peniaga Uptown Danau Kota dengan menjalinkan hubungan yang erat bersama
Persatuan Penduduk,lalu mengambil keputusan untuk menyertai Majlis Gotong
Royong Perdana anjuran Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah ini.
Ini terbukti dengan
pengedaran surat pekelilingnya yang bertarikh 12 Jan 2012 kepada 333 Penjaja
disini dan sekali gus memgumumkan didalam surat ini bahawa beliau telah
menyumbang kepada Persatuan Penduduk untuk majlis ini sebanyak RM1000.
Satu sumbangan yang
agak mengejutkan penjaja kerana selama lebih 6 tahun menjadi penganjur di
Uptown Danau Kota ini, baru kini didengari Penganjur Ahmad Selamat membuat
sumbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan