SURAT DARI PEGAWAI GRED N32
Setelah hampir 2 tahun lamanya penjaja penjaja
disini menjalankan aktiviti perniagaan dengan amanya...sekali lagi penjaja penjaja disini telah dikejutkan dengan satu surat pekeliling yang bertarikh 03hb Jun 2011 dengan menyebut untuk menaikan KADAR CAJ PERHIDMATAN UNTUK AKTIVITI PERNIAGAAN di Uptown ini sebanyak RM300 untuk satu bulan daripada pihak DBKL

Kenaikan sebanyak 100% ini adalah satu kadar yang tidak masuk akal dan tidak munah sabah yang mana bersifat MENZALIMIpenjaja penjaja di Uptown Danau Kota yang berniaga diatas tanah milik kerajaan.
Apabila diperhatikan melalui surat ini dengan memandangkan setiap s.k yang dinyatakan tidak mempunyai sebarang COP TERIMA...dan lagi surat pekeliling ini telah ditandatangani oleh seorang pegawai daripada DBKL yang BERDARJAT N32 boleh menyerahkan surat pekeliling yang berupa satu arahan kepada pihak Penganjur Uptown Danau Kota untuk diedarkan kepada penjaja penjaja disini.
Oleh yang demikian telah menyebabkan ada dari kalangan penjaja disini yang telah mengeshaki...ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku disini lantas mengambil tindakan melancarkan gerakan mengambil tanda tangan... daripada penjaja penjaja Uptown ini bagi membantah akan kenaikan CAJ PERHIDMATAN daripada RM150 kepada RM300 kepada Pengarah DBKL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan