SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 13 Disember 2012

46) SURAT KELAKAR DARIPADA TUAN ROLAN

SURAT KELAKAR DARI TUAN ROLAN

Walaupun Berbagai usaha telah dilakukan demi membela hak penjaja disini, namun nasib penjaja tidak henti henti menerima tekanan daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjajayang sentiasa menyebelahi kepada pihak Penganjur.
Pada 28 Mei 2012 satu surat pekeliling telah diedarkan oleh pihak DBKL yang mana telah mengejutkan penjaja penjaja disini.

Didalam surat yang telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tuan Rolan 
sendiri telah mensyaratkan kepada setiap penjaja untuk memperbaharui lesen perniagaan sementara untuk Uptown Danau Kota perlu mendapat pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.

Dengan teredarnya surat ini jelas dan terbukti bahawa DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja bersetongkol dan bersekutu dengan Penganjur Mat Selamat dan mempunyai sesuatu kepentingan bersama didalam pengendalian
 Uptown Danau Kota.

Mereka yang sedang duduk di kerusi 
Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL harus ingat bahawa KEHADIRAN KAMU DISITU ADALAH DIATAS TIKET KERUSI PENJAJA DAN BUKANYA DIATAS TIKET PENGANJUR MAT SELAMAT.

Oleh itu menjaga kebajikan penjaja adalah menjadi tanggung jawab utama bagi kamu.Menjaga kepentingan Penganjur Mat Selamat adalah bukan tangungjawab kamu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan