SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 12 Disember 2012

7) CARTA KUTIPAN PENGANJUR UNTUK SETAHUN

CARTA KUTIPAN OLEH PENGANJUR

Disini diterangkan kedudukan kutipan
 yang telah dibuat oleh Penganjur Uptown pada setiap bulan adalah seperti berikut:-


1) Uptown Danau Kota menjalankan aktivitinya diatas tanah kerajaan yang mana pihak Penganjur tidan perlu mengeluarkan apa apa sewaan terhadap tanah itu dan cuma hanya menandakan dengan CAT KUNING untuk setiap tapak sebanyak 333 tapak yang ada.



2) TAPAK KESELURUHAN 333 TAPAK X RM 150 = 49.950.00.Habuan penganjur untuk sebulan.



3) TAPAK PROMOSI iaitu tapak tambahan 27 TAPAK X RM 1200 = 32.400.00 habuan Penganjur untuk sebulan.Tapak Promosi akan dinaikan kadar sewaanya kepada RM5000 pada bulan Ramadan.



Jadi jumlah kasar kutipan penganjur 


untuk sebulan ialah RM82,350 tidak termasuk kutipan pada bulan Ramadan.

Pada bulan Ramadan Penganjur akan menerima lebihan kutipan sebanyak 27 TAPAK X 5000 = 135.000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM217,350 untuk bulan Ramadan sahaja.


Darisegi tenaga kerja yang digunakan oleh pihak Penganjur 
ialah pada masa itu beliau telah menggunakan 8 orang khidmat RELA dan 8 orang sebagai tukang sapu sampah dari Warga Bangla,sementara untuk mengangkut sampah Penganjur telah menggunakan khidmat daripada Alam Flora pada ketika itu.

Untuk maklumat kepada pembaca pihak penganjur langsung tidak ada mengunakan sumber kutipan bulanan ini untuk kebajikan kepada penjaja dan sepanjang 6 tahun menjadi penganjur Uptown Danau Kota dan Penganjur langsung tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan penjaja penjaja sepanjang penganjuranya di Uptown ini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan