SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 17 Disember 2012

JEMPUTAN BERNAMA RADIO24 UNTUK SESI TEMUBUAL MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA


ISU UPTOWN DANAU KOTA YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN, TELAH MENARIK MINAT BERNAMA RADIO24 UNTUK MENGADAKAN SESI TEMU BUAL DENGAN PRESIDEN IKHLAS.

PADA-17HB DISEMBER BERNAMA RADIO TELAH MENJEMPUT PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA UNTUK SESI TEMUBUAL SECARA LANGSUNG 93.9 " JAM 6.10PM DI WISMA BERNAMA JLN TUN RAZAK KUALA LUMPUR.


PADA JAM 5.20PM PRESIDEN IKHLAS EN MOHD RIDZUAN BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA IAITU EN AI ZAMRUDDIN AYOB SETIAUSAHA PERSATUAN PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA JUGA ADALAH AJK IKHLAS TELAH SAMPAI KE WISMA BERNAMA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK KUALA LUMPUR.

KETIBAAN PRESIDEN IKHLAS BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA INI TELAH DISAMBUT OLEH PENERBIT BERNAMA RADIO24 IAITU CIK NORINDAH KHAIRI DAN DITEMUBUAL OLEH BELIAU DIBILIK TETAMU TERLEBIH DAHULU SEBELUM SESI BERSAMA JURUHEBAH PADA JAM 6.10PM PADA HARI ITU.


DI STUDIO RADIO24 93.9, PRESIDEN IKHLAS BERSAMA WAKIL PENJAJA TELAH DITEMU
BUAL OLEH JUHEBAH YANG RAMAH DENGAN MENAYAKAN BERBAGAI BAGAI SOALAN UNTUK PENDENGAR SETIA 93.9 MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA.

PRESIDEN IKHLAS TELAH MENERANGKAN MATLAMAT PERJUANGAN IKHLAS TERHADAP PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, MENJELASKAN SIKAP PBT TERHADAP PENJAJA MELAYU, MEMPERTIKAIKAN DIMANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM FASAL 153, APABILA BANGSA MELAYU SENDIRI MENINDAS BANGSA MELAYU YANG MANA TIADA PEMBELAAN DARIPADA MANA MANA PEMIMPIN  HARI INI.

WAKIL PENJAJA EN AI ZAMRUDDIN AYOB TELAH MENERANGKAN SEJARAH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, PUNCA PUNCA BANTAHAN DARIPADA PENDUDUK, KEPINCANGAN PENGANJUR DAN PBT TERHADAP PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA DAN CAMPURTANGAN IKHLAS ADALAH DISEBABKAN LEBIH DARIPADA SEPARUH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA ADALAH TERDIRI DARIPADA AHLI IKHLAS.



KESIMPULAN KOMEN DARIPADA PENDENGAR SETIA RADIO 93.9 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PERJUANGAN NGO IKHLAS DALAM MEMBELA NASIB PENIAGA MELAYU DAN MEREKA JUGA AMAT BERSIMPATI DENGAN NASIB PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA.

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan