SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Rabu, 30 November 2011

MUSLIHAT PENGANJUR YANG SEIRING DENGAN SEKUTUNYA DALAM MISI PENINDASAN KEATAS 333 PENJAJA BERLESEN

MUSLIHAT PENGANJUR YANG SEIRING DENGAN SEKUTUNYA DALAM MISI PENINDASAN KEATAS 333 PENJAJA BERLESEN
Ahmad Selamat selaku Penganjur Uptown Danau Kota dengan BANGGAnya mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 30hb November 2011 mengarahkan agar penjaja mematuhi kehendak DBKL yang menguntungkan pihaknya.
Beliau juga cuba mengkaburi penjaja dengan menurunkan kadar maintanance daripada m230 kepada RM150 tetapi mengenakan caj kepada yang ingin berniaga untuk hari Khamis dengan kadar RM50...jika diperhatikan disini sama sahaja dengan kadar asal.
Dalam pekara 2.2 beliau juga dengan sewenangnya menyatakan bahawa kepada penjaja yang lewat membayar maintanance membolehkan pihaknya dan DBKL membatalkan lesen peniaga.
Persoalanya SIAPAKAH Mat Selamat yang berkuasa untuk membatalkan lesen penjaja...?
Dalam pekara 4.0 beliau juga melarang penjaja membawa campur tangan luar...ini bermaksud pihak luar tidak boleh membantu penjaja walaupun penjaja didalam keadaan ditindas.
Inilah sikap Penganjur Ahmad bin Selamat yang sering dikatakan oleh pihak DBKL.
Dalam lampiran kedua surat yang bertarikh 30hb November 2012 ini apa yang menarik perhatian ialah didalam pekara 6.0 iaitu bermaksud kepada penjaja yang menyebarkan cerita mengenai keZALIMAN penganjur ini akan dibatalkan lesen mereka.
Dalam Pekara 6.0 penganjur juga melarang penjaja membuat sidang akhbar mengenai salah laku beliau.
Dari kesimpulanya Penganjur ini cuba menunjukan kekuasaanya kepada penjaja penjaja walaupun sebenarnya dia tidak mempunyai apa apa kuasa keatas penjaja di Uptown ini.Pada hakikatnya Penganjur Mat Selamat ini adalah TUKANG SAPU SAMPAH UPTOWN DANAU KOTA SAHAJA...kerana tugas yang paling utama penganjur adalah membersihkan kawasan aktiviti perniagaan...tidak lebih dari itu.
Dalam lampiran ke 3 surat yang bertarikh 30 November 2011 ini Mat Selamat dengan berbangga mengedarkan surat ini kepada 333 penjaja bersertakan s.k yang telah dicop dengan cop terima.
Nampaknya pihak DBKL terutamanya JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA seolah olah bersetuju dengan tindakan Mat Selamat ini yang mana jika diteliti daripada surat ini terselit satu niat oleh Penganjur untuk melakukan satu penindasan keatas 333 penjaja disini yang berlesen.
Setelah perbincangan demi perbincangan diadakan dikalangan AJK Bertindak. 
Satu keputusan untuk akur dengan kehendak DBKL telah dipersetujui.Keputusan telah diambil untuk lebih berbincang dengan DBKL bagi meleraikan kekusutan ini telah dipersetuji sebulat suara.

Selasa, 22 November 2011

PENJAJA MELANGGAR KETETAPAN DBKL

PENJAJA MELANGGAR KETETAPAN DBKL
Selasa 22hb November 2011...Atas desakan daripada penjaja penjaja yang terlalu mengharapkan rezeki untuk sesuap nasi melalui daripada jalan perniagaan mereka disini dan AJK BERTINDAK YANG TERDIRI DARIPADA PENIAGA SENDIRI SEMEMANGNYA MEMAHAMI akan masalah penjaja terpaksa akur dan turun untuk bersama bagi menjalankan perniagaan seperti biasa.
Seperti biasa angkatan Penguat Kuasa daripada DBKL berserta dengan trak pengangkut bersedia untuk menjalankan penguatkuasaan keatas penjaja yang terus menjal;ankan aktiviti perniagaan pada malam itu.
NGO IKHLAS yang amat perihatin dengan kemelut yang melanda kepada penjaja penjaja di Uptown ini sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan penjaja disini bagi mencari jalan penyelesaian.

22hb November 2012...Atas kegairahan penjaja penjaja untuk berniaga NGO IKHLAS telah memanggil wakil daripada DBKL untuk berunding...tetapi wakil dari DBKL yang hadir tidak dapat mengumumkan sebarang keputusan telah menyebabkan Presiden NGO IKHLAS menjadi berang dan menghalau pegawai DBKL yang datang itu balik.
Penjaja yang setia menanti sesuatu keputusan yang baik yakni memihak kepada penjaja itu sendiri menunggu beramai ramai diluar Foodcourt Uptown Danau Kota.
Akhirnya Presiden NGO IKHLAS kepada penjaja penjaja supaya membuka perniagaan mereka masing masing pada malam itu dan diikuti dengan Ucapan sulong Pengerusi AJK BERINDAK saudara Hashim Yunus dihadapan penjaja pada malam itu.


Isnin, 21 November 2011

SIDANG AKHBAR TERHADAP BANTAHAN PENJAJA

SIDANG AKHBAR TERHADAP BANTAHAN PENJAJA
Isnin 21hb November 2011 minggu ketiganya sekali lagi angkatan Penguat Kuasa DBKL telah menghalang aktiviti perniagaan keatas penjaja di Uptown Danau Kota menyebabkan NGO IKHLAS turun sekali lagi bersama dengan Media untuk membuat liputan mengenai peristiwa pegolakan penjaja penjaja Uptown ini.
Kehadiran pada kali ini penjaja penjaja telah pun menyusun AJK Bertindak yang dipengerusikan oleh Saudara Hashim bin Yunus.
Setelah NGO IKHLAS dengan wakil penjaja yang terdiri daripada barisan AJK Bertindak telah mengambil satu keputusan untuk bersurai dan menyeru kapada penjaja penjaja yang ada agar membatalkan hasrat untuk meneruskan berniaga pada malam itu sementara barisan AJK berindak berunding dengan pihak DBKL.

Jumaat, 18 November 2011

SURAT AJK BERTINDAK KEPADA DBKL

SURAT AJK BERTINDAK KEPADA DBKL
Tindakan pertama AJK BERTINDAK ialah menghantar sepucuk surat kepada PENGARAH JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL iaitu Tuan Hj Saharudin bin Mohd Noh pada 18hb November 2011 yang merupakan BANTAHAN TERHADAP PENGANJUR BAZARIA LARUT MALAM DANAU KOTA.
Segala fakta didalam surat ini tidak dapat dikeluarkan kerana ianya adalah menjadi RAHSIA PERSATUAN.

Rabu, 16 November 2011

DETIK KEBANGKITAN




MOHD. RIDZUAN (depan tengah) bersama para peniaga yang memprotes larangan DBKL di Danau Kota malam kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar daripada kira-kira 600 peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan harian di Up Town Danau Kota di sini mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji semula arahan menutup premis mereka selama dua hari setiap minggu.
Rata-rata peniaga membantah arahan penutupan setiap hari Isnin dan Selasa sejak 1 November lalu kerana ia menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
Salah seorang peniaga, Shaari Yusof, 46, berkata, tindakan DBKL itu menyekat periuk nasi mereka.
Menurutnya, sekiranya peniaga diminta supaya bercuti ia hanya akan memberi tekanan kerana peniaga terpaksa menanggung beban hutang.
Bagi rakannya, Mohd. Ibrahim Marican, 52, dia hairan dengan tindakan DBKL itu.
"Kami sudah berniaga sejak enam tahun yang lalu dan mengapa baru sekarang buat arahan," soalnya.
Seorang lagi peniaga, Hashim Yunus, 46, pula berkata, arahan DBKL itu dilihat tidak adil.
"Peniaga ada yang membuat pinjaman daripada pihak bank. Sekiranya cuti dua hari, ia beri kesan negatif," jelasnya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan DBKL berhubung perkara itu.

Isnin, 14 November 2011

KEBANGKITAN PENJAJA & CAMPURTANGAN NGO IKHLAS

KEBANGKITAN PENJAJA & CAMPURTANGAN NGO IKHLAS
Pada 7 dan 8hb November minggu pertama selepas menerima arahan daripada DBKL penjaja penjaja masih lagi dapat berniaga seperti biasa.
Pada Isnin 14hb November 2011 sesampai sahaja penjaja dilokasi perniagaan Uptown Danau Kota...Penguat Kuasa DBKL telah terlebih awal sampai dengan kekuatan melebihi daripada seratus anggota bersama dengan trak pengangkut barang bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan untuk hari Isnin dan Selasa di Uptown ini terus berkuat kuasa.
Berita permasalahan di uptown Danau Kota ini telah sampai kepada NGO IKHLAS penjaja iaitu En Hashim dan pada malam 16 November itu NGO IKHLAS yang diketuai oleh En Ridzuan Abdullah telah turun ke Uptown Danau Kota bersama Media dan berbincang dengan wakil penjaja mengenai tindakan selanjutnya untuk mengatasi masalah penjaja disini.

Walaupun surat daripada DBKL yang bertarikh 10 November belum diterima oleh penjaja kerana surat itu diedarkan oleh penganjur pada 27hb November 2011 namun penjaja penjaja telah menghidu sesuatu pekara yang besar akan mendatang kepada penjaja penaja disini.
Pada 17hb November 2011 satu mesyuarat dikalangan wakil penjaja dan satu AHLI JAWATAN KUASA BERTINDAK TELAH DITUBUHKAN dalam menyuarat itu.En Hashim bin Yunus telah dilantik sebagai Pengerusi.

Khamis, 10 November 2011

TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA

TEKANAN PALING HEBAT OLEH DBKL KEPADA PENJAJA
Pada 26hb November 2011 seramai 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota sekali lagi menerima satu kejutan dengan pengedaran satu surat pekeliling daripada pihak DBKL yang mengarahkan kepada penjaja Uptown menutup aktiviti Perniagaan mereka pada Isnin dan Selasa pada setiap minggu.Arahan ini adalah satu tamparan yang hebat yang diterima oleh penjaja penjaja Uptown.
Satu kelicikan Penganjur yang jelas disini ialah mengedarkan surat pekeliling ini pada 27hb November adalah ditakuti lebih ramai penjaja yang tidak akan membayar maintanance kepada beliau...walaupun surat ini telah dikeluarkan oleh DBKL pada tarikh 10hb November 2011 dan ini bermakna surat ini telah lewat diedarkan kepada penjaja selama lebih dari 2 minggu.
Tindakan pihak DBKL menghentikan aktiviti perniagaan di uptown danau kota sebanyak 2 hari pada setiap minggu sebenarnya adalah telah memberi banyak keuntungan kepada Penganjur kerana telah dapat menjimatkan kos penyelenggaraan Uptown sebanyak 8 hari untuk satu bulan...tetapi maintance yang dikenakan terhadap 333 penjaja tetap sama...oleh itu tindakan Penganjur dengan hanya mendiamkan diri dengan tanpa membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak DBKL adalah langkah terbaik baginya.