Selamat menjalankan ibadah Puasa
diucapkan kepada umat Islam seluruhnya. Semuga dengan kehadiran Ramadan kali ini kekuatan untuk kita mengisikan dengan memperbanyakan ibadat akan terlaksana Inshaallah.
Ramadan adalah bulan yang istimewa yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Muhammad. Ramadan adalah satu bulan yang dipenuhi dengan barakah yang tidak terhitung banyaknya,
bagi mereka yang menghayatinya.
Semuga dengan barakah daripada Ramadan yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk menulis didalam Blog ini menjelaskan mengenai kepincangan yang sedang dilakukan oleh penganjur Uptown Danau Kota iaitu Ahmad bin Selamat, agar diberi petunjuk oleh Allah dan dibukakan jalan baginya untuk segera berambus daripada menjadi penganjur Uptown Danau Kota ini.
Apa yang menyedihkan apabila penganjur Ahmad Selamat telah meletakan harga kepada 27 Tapak Promosi di Uptown Danau Kota yang selalunya disewakan pada kadar RM 1200, tetapi pada bulan ramadan ini tetap dinaikan sebanyak RM 5K kepada penyewa yang sememangnya bertahun tahun menjalankan perniaga diatas tapak itu.
Ramai dari kalangan penjaja yang menduduki Tapak Promosi di Uptown Danau Kota ini tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur Ahmad Selamat yang terlalu menindas mereka, lebih lebih lagi dalam keadaan perniagaan sekarang ini yang mengalami kemerosotan. Tetapi mereka tidak berani berbuat apa apa kerana dikhuatiri tapak mereka akan ditarik balik.
Jika dilihat pada carta diatas, penganjur Uptown Danau Kota Ahmad bin Selamat telah meraih pendapatan melalui hasil penindasan keatas 27 penjaja yang menduduki Tapak Promosi adalah lebih daripada RM 40K sebulan. Ini bermakna jika 333 penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota tidak MEMBUAT SUMBANGAN kepada penganjur ini, Ahmad Selamat tetap berhasrat untuk meneruskan penganjuran
Uptown Danau Kota ini.
Untuk menjimatkan kos, penganjur Ahmad Selamat telah menggunakan khidmat daripada pekerja WARGA ASING yang tidak mempunyai PERMIT KERJA ( Kosong ) bagi kerja kerja pembersihan dikawasan aktiviti Uptown Danau Kota.
Untuk bulan Ramadan ini lebih kurang 15 pekerja daripada Warga Asing telah bekerja sebagai menyapu sampah pada setiap hari untuk aktiviti Bazaar Ramadan dan aktiviti Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota dengan bayaran sebanyak RM 20 sehari bagi setiap seorang.
Secara tidak langsung penganjur Uptown Danau Kota ini adalah PENAJA kepada PEKERJA WARGA ASING TANPA PERMIT yang mana adalah menyalahi disisi undang undang Negara. Diharap kepada pihak yang bertanggung jawab menangani gejala ini perlu bertindak dengan segera sebelun Uptown Danau Kota dicemari dengan perkeja pekerja dari Warga Asing yang memasuki Negara dengan secara tanpa izin.
Sebagai Penganjur Uptown Danau Kota, Ahmad Selamat seharusnya menjalankan tangung jawabnya memberi keselesaan dilaluan masuk ke Uptown Danau Kota ini. Oleh kerana terlalu ingin menjimatkan kos, penganjuran, Ahmad Selamat telah menggunakan PERHIDMATAN DARIPADA KUN KUN DAN TALI PLASTIK untuk mengawal kesesakan dilaluan masuk ke Uptown Danau Kota ini. Keadaan akan menjadi lebih sesak apabila dimusim cuti hujung minggu dan cuti cuti perayaan.
Inilah yang sedang berlaku di Uptown Danau Kota. Persoalanya adakah layak penganjur Ahmad Selamat terus dikekalkan untuk penganjuran Uptown Danau Kota ??? Kepada pengunjung Blog ini, dengan hormatnya diminta meluahkan komen anda disini.
" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan