Sekali lagi kita bersua didalam halaman ini.
Sentiasa kami doakan agar sahabat sahabat semua agar beroleh kesejahteraan
dan dipermudahkan oleh Allah didalam menjalani
kehidupan seharian.
Sebelum itu terlebih dahulu kami mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA
kepada seluruh umat Islam yang mengunjungi Blog kami ini.
Dalam seminggu dua ini Facebook ( Add kami disini ) kami telah dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai kemelut Uptown Danau Kota yang sedang hebat diperkatakan ketika ini. Ya lah, maklum ajalah, setiap minggu ada sahaja berita mengenai Uptown Danau Kota yang keluar dimuka akhbar sebagai tatapan pembaca dari seluruh negara. Keadaan ini ada bagusnya juga kepada penjaja penjaja disini, kerana selama hampir 7 tahun penganjur Uptown Danau Kota iaitu En Ahmad bin Selamat tidak pernah mempromosikan dimana mana akhbar tempatan mengenai aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini.
Kemelut yang berlaku di Uptown Danau Kota
ini jika dihalusi telah banyak membawa kesan yang positif kepada penjaja penjaja disini. Ini kerana ianya telah memecahkan tembelang penganjur Ahmad Selamat dalam misi penindasanya terhadap 333 penjaja disini melalui liputan yang dibuat oleh Akhbar kepada umum. Melalui berita berita yang dikeluarkan mengenai Uptown Danau Kota dimuka muka Akhbar tempatan, pengunjung yang datang ke Uptown Danau Kota telah bertambah dari masa kesemasa dan ini juga telah menambahkan pendapatan kepada penjaja disini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah kepada penjaja yang ditindas.
Baru baru ini Wartawan Utusan Malaysia
telah datang menemui wakil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota dengan tujuan untuk menemuramah mengenai perkembangan kemelut di Uptown Danau Kota. Wakil daripada persatuan iaitu En Ahmad Fauzi Abd Karim selaku Pengerusi bersama dengan Setiausaha Persatuan iaitu En AI Zamruddin bin Ayob ( Nik Cincin ) telah tampil mengemukan SEJARAH KEBANGKITAN PENENTANGAN PENJAJA TERHADAP PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA iaitu Ahmad bin Selamat secara detail, disertakan dengan bukti dan fakta kepada Wartawan Utusan, saudara Muhamad Aimy Ahmad.
Pada Selasa 17 Julai 2012 berita mengenainya telah dikeluarkan didalam Utusan Malaysia.
Setiap kali berita mengenai kemelut di Uptown Danau Kota keluar diakhbar sebenarnya juga, secara tidak langsung telah menjatuhkan imej Jabatan Pemudahcara & Pengurusan Penjaja DBKL, yang dikira GAGAL memainkan peranannya sebagai PBT yang diamanahkan oleh kementerian Wilayah bertanggung Jawab untuk menyelesaikan isu isu mengenai penjaja didalam Wilayah Persekutuan.
SURAT AKUJANJI DARIPADA PENGANJUR
YANG LEBIH DARIPADA 160 PENJAJA MEMPROTES.
Dalam temu ramah bersama Wartawan Utusan Malaysia pada hari itu,
Pengerusi Persatuan En Ahmad Fauzi lebih menekan kepada isu penjaja penjaja yang tidak dibenarkan memperbaharui lesen oleh pihak DBKL. Ini kerana setiap penjaja yang ingin memperbaharui lesen perlu mendapat satu surat pelepasan daripada penganjur Uptown Danau Kota terlebih dahulu.Syarat baru daripada DBKL yang dikenakan kepada penjaja ini, telah memberi satu ruang kepada penganjur Ahmad Selamat iaitu mengenakan syarat baru kepada penjaja yang ingin mendapatkan surat pelepasan, perlu menandatangani satu surat AKUJANJI daripada pihak penganjur terlebih dahulu.
Ini terbukti dengan pengakuan yang dibuat oleh penganjur Uptown
Ahmad Selamat sendiri didalam Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Julai 2012 seperti diatas. Ahmad Selamat secara terang telah membuat pembohongan dengan menyatakan tidak ada apa apa permainan didalam syarat baru yang dikenakan keatas penjaja sebagai mana surat AKUJANJI yang wajib ditandatangani oleh penjaja seperti yang dipamirkan diatas.
Dengan terpanpangnya gambar diatas didalam Blog ini
anda sendiri boleh menilai adakah penganjur Ahmad Selamat ini berkata benar didalam akhbar diatas...??? Nah kami tunjukan lagi bukti penipuan penganjur Ahmad Selamat ini, Anda kelik disini, anda akan menemukan banyak lagi bukti bukti penipuan penganjur ini.
Penganjur Ahmad Selamat telah 2 kali membuat kenyataan yang sama didalam akhbar, yang mana telah menyatakan RM 150 beliau tidak mampu berbuat apa apa, iaitu pada 21 Jun 2011 dan yang terbaru pada 16 Julai 2012 didalam Utusan Malaysia, tetapi apa yang peliknya walau pun telah hampir setahun, lebih daripada 160 penjaja yang protes, tidak MEMBUAT SUMBANGAN kepada penganjur ini lagi, beliau masih terus ingin menjadi penganjur disini, walaupun telah membuat kenyataan TIDAK MEMPU BERBUATA APA APA DENGAN RM 150.
Dengan penjelasan ini kami harap kepada pengunjung pengunjung Blog ini dapat memahami
kenapa ramai dari kalangan penjaja penjaja disini tidak membuat SUMBANGAN kepada penganjur Ahmad bin Selamat ini lagi. Kami juga berharap ramai daripada kakitangan DBKL yang dapat membaca isi kandung Blog ini agar boleh dijadikan sebagai cermin untuk membuat penilaian keatas penganjur Ahmad bin Selamat.
Kepada Ahmad Selamat, kami juga berharap agar dapat mambaca Blog kami ini
dan bersempena dengan Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba besok, kami beramai ramai BERDOA KEHADRAT ALLAH agar diberi kesedaran keatas kamu mengenai MISI PENINDASAN TERHADAP 333 PENJAJA yang telah kamu lalukan selama ini dan dengan kesedaran ini agar kamu SEGERA BERAMBUS daripada Uptown Danau Kota, kerana ada ramai lagi yang boleh menganjurkan Uptown ini dalam keadaan yang lebih baik lagi.
" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "
Sekian Terima Kasih
kah kah kah.... banyak2 perkataan yang tn admin tulis.., perkataan "berambus" yang paling menonjol... terbaek... teruskan menulis untuk menegakkan keadilan untuk semua peniaga2 di uptown danau kota...
BalasPadam