SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Ahad, 1 Julai 2012

DATO' BAHARIN MENGAKU SEBAGAI GEDEBEI DIHADAPAN PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA

Tindakan Dato' Baharin selaku Pengerusi Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan berucap dengan bahasa yang begitu lantang dihadapan penjaja penjaja Uptown Danau Kota semalam adalah satu kesilapan besar baginya.

Dato' Baharin yang sentiasa merasakan dirinya disanjungi oleh penjaja dan telah menganggap sentiasa mendapat sokongan terhadap segala tindak tanduknya dartipada penjaja penjaja di Kuala Lumpur, telah mendorong kepada  beliau bercakap apa sahaja dengan tanpa memikirkan sensitivity orang lain.

Sebagai seorang yang bergelar Pemimpin kepada puluhan ribu warga penjaja seharusnya beliau mempamirkan sikap berlemah lembut dan ramah mesra dihadapan penjaja penjaja Uptown Danau Kota. Ungkapan Dato' Baharin " SAYA GEDEBEI " dalam bahasa kelantan yang membawa pada maksud " SAYA KAKI PUKUL, SAYA KAKI GADUH atau pun SAYA GANGSTER " dihadapan penjaja penjaja Uptown Danau Kota telah meranapkan sama sekali imej beliau sebagai Pengerusi Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan dan dianggap sebagai TIN KOSONG disepak sedikit, terlalu kuat bunyinya, oleh kalangan penjaja penjaja Uptown Danau Kota.

Satu sindirin yang begitu tajam dari Dato' Baharin kepada penjaja Warga Kelantan didalam ucapan beliau di Uptown Danau Kota semalam " JIKA INGIN MENDAPAT TAPAK BERNIAGA SERENDAH RM 1, PERGI BERJUMPA NIK AZIZ ".telah membuahkan KEBENCIAN oleh penjaja penjaja disini, terutamanya dari kalangan penjaja Warga Kelantan terhadap beliau.

Perlu diingatkan kepada Dato' Baharin bahawa dikalangan penjaja yang akur dengan kehendak SEKUTUNYA, iaitu Penganjur Ahmad bin Selamat di Uptown Danau Kota ini adalah dari kalangan penjaja yang dalam keadaan keterpaksaan. Kebanyakan penjaja yang menyokong Pentadbiran Penganjur disini adalah rata rata dari kalangan mereka yang MENYEWAKAN TAPAK  kepada orang lain. Bagi PELESEN yang menjalankan perniagaan mereka sendiri, pastinya akan terus mempertahankan tapak mereka daripada tergadai kepada Penganjur Ahmad bin Selamat melalui surat AKUJANJI yang membawa kepada maksud MENYERAHKAN TAPAK PERNIAGAAN DIBAWAH KEKUASAAN PENGANJUR, yang dibuat oleh Penganjur Uptown ini sendiri.

 Dato' Baharin selaku Pengerusi Persatuan Penjaja di Kuala Lumpur, yang tidak pernah menghulurkan sebarang bentuk pembelaan keatas nasib penjaja penjaja di Uptown Danau Kota ini telah menunjukan KEGENTARANYA terhadap NGO IKHLAS. Ini terbukti didalam ucapan beliau semalam yang melarang dengan SEKERASNYA terhadap campurtangan NGO IKHLAS keatas PERJUANGAN PENJAJA MEMPERTAHANKAN HAK mereka daripada DIBELASAH oleh Penganjur Uptown Danau Kota yang rakus itu.


Gambar diatas adalah mempamirkan 2 pemimpin penjaja yang berbeza haluan dalam memperjuangkan nasib penjaja. Disebelah kanan adalah Presiden NGO IKHLAS iaitu Y.Bhg En Mohd Ridzuan Abdullah sementara yang bersongkok disebalah kiri adalah Dato' Baharin yang berlagak sebagai GEDEBEI TUA di Uptown Danau Kota semalam.

Dato' Baharin seharusnya sedar 
bahawa ramainya kehalian Persatuan Penjaja Penjaja Dan Peniaga Peniaga Melayu Kecil Wilayah Persekutuan adalah bukan kerana sokongan penjaja terhadap beliau, ini adalah kerana kebanyakan penjaja yang menyertai persatuan beliau adalah atas dasar syarat yang dikenakan oleh pihak MARA kepada penjaja yang ingin mendapatkan bantuan modal perlu menjadi ahli kepada persatuan beliau. Ini terbukti dengan kemunculan Dato' Baharin di Uptown Danau Kota semalam, yang mana ramai dari kalangan ahli persatuan beliau yang MENYANGGAH kehadiranya kesini.

KEMENANGAN TIPIS, HANYA 4 UNDI
didalam pertandingan jawatan Pengerusi didalam persatuanya telah membuktikan kepercayaan penjaja terhadap beliau telah tidak mendapat sambutan lagi. Cara GEDEBEI yang menjadi kebanggaannya ternyata sudah tidak Releven lagi dan amat DIBENCI oleh penjaja hari ini.

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "


2 ulasan:

  1. GEDEBEI TUA yang lupa diri akan dimana " Bumi Dipijak dan Langit Dijunjung ", harap tua saja tapi tidak berakal langsung. Kenyataan Gedebei Tua pada Majlis Kesyukuran tersebut menunjukkan beliau perlu pergi berguru dengan Nik Aziz sebab " Rumah kata Pi dan Kubur kata Mai ". Sedar diri sikit Diri tu dah Tua, jangan tunggu sampai diHina oleh Manusia lain suatu hari nanti.

    BalasPadam
  2. GEDEBEI UNTA TUA datang ke Danau mengaum sehingga bergegar Pentas Lakonan, tapi disergah oleh Peniaga Danau tak berjawab seribu bahasa. Ajak berdebat pun tak sanggup kerna malu rahsianya pecah rupanya Ketua Penyamun bersekongkol dengan DBKL Jabatan Penjaja. Inikah Pembela Peniaga dan Bangsa Melayu baru diketahui rupanya Bela DBKL dan Pembunuh Melayu.
    Sekarang baru AHLI Dato' Bahrain tahu bahawa yang diharapkan " PAGAR RUPANYA PAGAR MAKAN PADI ".

    BalasPadam