SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 2 Julai 2012

SIDANG AKHBAR

SIDANG AKHBAR 
YANG BERLANGSUNG DI HAYAKI RESTORAN
DANAU KOTA.

Uptown Danau Kota dengan perlaksaan Penganjur Ahmad bin Selamat dan sekutunya yang sedang giat menjalankan kegiatan PENIDASAN tanpa rasa belas terhadap 333 penjaja yang berlesen boleh dianggap sebagai MISTIK, ini kerana walaupun telah hebat didedahkan oleh pihak media, akhbar mahupun telah dilapurkan sehingga kepada pihak tertinggi, namun seolah olah pekara ini tidak dapat dilihat atau didengari oleh pihak atasan mengenai keluhan dan rintihan penjaja disini. 


Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota 
tidak pernah merasa jemu didalam memperjuangkan kebenaran bagi mempertahankan hak peniaga peniaga di Uptown Danau Kota yang sedang menghadapi Penindasan daripada pihak Penganjur dan sekutunya, walaupun pekara ini diangagap MISTIK.

Melihat daripada setiap statement daripada pihak DBKL kepada akhbar yang bercanggah jauh dari fakta sebenar, maka dengan ini Pengerusi Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota En Ahmad Fauzi Abd Karim, telah bertindak untuk menghubungi pihak akhbar untuk memperbetulkan kesalahan didalam kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak DBKL kemelut Uptown Danau Kota baru baru ini.


Dalam sidang akhbar yang dibuat, En Ahmad Fauzi Abd Karim selaku Pengerusi kepada Persatuan telah mengeluarkan segala fakta dan bukti  yang tersimpan sejah dari tahun 2007 mengenai kepincangan dan kegagalan Penganjur Uptown Danau Kota didalam menjalankan pentadbiranya disini.

Didalam pertemuan selama hampir 3 jam dengan wartawan di Hayaki Restoran Danau Kota pada petang tadi, telah memberikan satu kepuasan kepada wartawan yang menemuramah wakil daripada Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan AJK Persatuan iaitu En Mahusien, yang mana telah dapat menyelongkar sejarah bermulanya kemelut di Uptown Danau Kota dari pada mula sehingga kini.


Pendedahan yang dibuat oleh wakil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota hari ini, dengan mengemukan segala dokumen dokumen yang diterima oleh penjaja yang bermula dari tahun 2007, daripada pihak Penganjur dan Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL, kepada wartawan adalah yang julung kali dilakukan seperti ini, dalam tempoh perjuangan Persatuan mempertahankan hak penjaja.

Atas sokongan padu yang diberikan oleh ahli ahli Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang seiring dengan Doa meraka, menanti dengan penuh kecekalan agar kemelut ini akan berakhir dengan memihak kepada mereka, telah menaikan semangat dari kalangan peneraju persatuan ini, tidak pernah berputus asa dan akan terus meluncurkan sasaran dimana sahaja yang dirasakan layak untuk disasarkan.

Ikrar daripada barisan hadapan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota bahawa, akan menyandang amanah yang diberikan oleh ahli ahli dalam mengemudikan Persatuan ini kejalan yang diradai Nya. Sesekali tidak akan berpatah atau tunduk dengan Penganjur Ahmad bin Selamat dan sekutunya yang seiring melakukan PENINDASAN keatas 333 penjaja disini melalui tiket RASUAH.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 188 yang bermaksud :-

" Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) ".

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan