SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Ahad, 8 Julai 2012

LEBIH DARIPADA 160 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA TIDAK DIBENARKAN MEMPERBAHARUI LESEN

Lebih daripada 160 penjaja Uptown Danau Kota 
daripada 333 peniaga yang ada,  hari  ini  telah menjalankan kegiatan perniagaan mereka 
dengan tanpa dapat memperbaharui lesen perniagaan mereka oleh pihak DBKL.

Lesen penjaja yang telah tamat tempoh

Syarat baru yang dikenakan oleh pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja, yang mana setiap penjaja disini perlu mendapat pengesahan daripada penganjur terlebih dahulu untuk memperbaharui lesen. Syarat ini telah memberikan ruangan kepada pihak penganjur untuk menjanakan lagi aktiviti penindasanya keatas penjaja penjaja disini dengan mengenakan syarat lain pula keatas penjaja, yang mana setiap penjaja yang ingin mendapatkan pengesahan daripada penganjur Ahmad Selamat perlu menandatangani satu surat AKUJANJI terlebih dahulu.

Tindakan daripada penganjur ini telah menambahkan lagi kebencian penjaja terhadap penganjur Ahmad
Selamat dan telah menyebabkan lebih daripada 160 penjaja bertindak tidak menandatangani surat AKUJANJI penganjur ini sebagai tanda PROTES.

Atas nasihat NGO IKHLAS, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA  telah bertindak mengumpulkan lesen penjaja penjaja yang tidak mahu menandatangani surat AKUJANJI daripada penganjur untuk disampaikan kepada pengetahuan PM untuk kali kedua mengenai isu Uptown Danau Kota dalam masa yang terdekat ini.

Photocopy lesen lesen penjaja yang telah dibinding untuk diserahkan kepada PM

Sebahagian daripada penjaja disini yang  menandatangani surat AKUJANJI penganjur ini adalah atas dasar terpaksa. Ini disebabkan ada dikalangan owner tapak berkenaan yang menyewakan tapak mereka kepada penyewa lain dengan kadar tertentu pada setiap bulan. Sebagai satu cara yang mudah bagi mereka adalah menandatangani sahaja surat AKUJANJI penganjur ini walaupun dimasa masa yang akan datang pekara yang dilakukan oleh mereka ini akan lebih menyusahkan lagi kepada penjaja penjaja disini.

Jika dilihatkan daripada gelagat penganjur Ahmad Selamat ini, setelah kegagalanya untuk menaikan kadar CAJ PERHIDMATAN daripada RM 150 kepada RM 300 tempoh hari, beliau telah berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impianya itu. Oleh yang demikian SYARAT BARU daripada Jabatan Penudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah memberi ruang yang luas untuk penganjur ini mencapai impian tersebut.

DBKL dibawah pentadbiran KETUA PENGARAH Yang Bhg. Dato' Hj Salleh Yusof perlu campur tangan dalam menangani masalah ini, agar tidak membiarkan ianya berpanjangan, kerana perbuatan membiarkan masalah 333 penjaja Uptown Danau Kota ini berlarutan sedikit sebanyak akan memjejaskan KEWIBAWAAN DBKL dan nama baik beliau sendiri, yang telah menyambung perhidmatanya untuk tempoh 2 tahun lagi.

Ketua Pengarah DBKL

DBKL harus peka dengan tindakanya yang membiarkan 333 penjaja penjaja Uptown Danau Kota ditindas oleh penganjur dengan tanpa mendapat pembelaan itu telah mendapat cemuhan daripada pihak luar. Banyak dari kalangan blogger dan akhbar telah menyiarkan pekara ini kepada umum.

DBKL harus mengambil pendekatan yang sama dengan KPDNKK iaitu LEBIH KEPADA BERBINCANG bersama penjaja didalam menangani masalah penjaja, ini yang telah diperkatakan oleh Pengarah KPDNKK Encik Abu Samah bin Shabudin sewaktu kunjung hormat NGO IKHLAS bersama AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota kepejabatnya 2 bulan lepas.

Kunjung hormat bersama NGO IKHLAS kepejabat KPDNKK 4hb Jun 2012

Sikap Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL dengan cara lama yang hanya mengenakan tindakan terhadap penjaja kini sudah tidak releven untuk dipraktikan pada masa kini. Jabatan ini perlu menunjukan satu persembahan yang baru dalam menangani masalah penjaja yang kebanyakan penjaja hari ini adalah terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan bijak pandai.


Tindakan segelintir daripada kakitangtan Jabatan ini yang mencari kepentingan peribadi melalui kerusi yang diduduki oleh mereka secara terang terang telah menyebabkan integriti Jabatan ini tercemar, sehingga banyak masalah mengenai penjaja tidak dapat diselesaikan. Tindakan mereka ini juga sekali gus merosakan kepercayaan dan hilang hormat dari kalangan penjaja terhadap pegawai pegawai dijabatan ini.

Oleh itu Dato' Bandar Kuala Lumpur juga harus dipertanggung jawabkan dalam menangani masalah ini, demi  menjernihkan semula imej dan integriti DBKL yang kian tercemar, pada pandangan masyarakat akibat daripada perbuatan segelintir kakitangan dijabatan ini yang mencari kepentingan peribadi.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih









2 ulasan:

  1. Pihak Persatuan Danau dari permulaan Protes Yuran Perkhidmatan hanya meminta Majlis Dailog diadakan dan DBKL berserta Persatuan Penduduk menjadi SAKSI untuk memastikan Persatuan Penganjur menjalankan Tanggungjawab dan Amanah yang telah disyaratkan oleh DBKL. Ini adalah Hak Pelesen dan Peniaga yang membayar Yuran Bulanan kepada Persatuan Penganjur supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. Tetapi yang berlaku sebaliknya DBKL Jabatan Pemudahcara dan PERSATUAN PENGANJUR pula memberi tekanan dengan mengugut dan menindas Peniaga Danau dengan bermacam cara.
    Adakah DBKL Jabatan Pemudahcara dan Persatuan Penganjur tidak boleh ditegur bila Peniaga bangun meminta Keadilan ditegakkan.

    BalasPadam
  2. Suatu persoalan yang menjadi tandatanya kepada semua Peniaga Danau ialah kenapa perlu ada Surat Pengesahan Penganjur untuk Kelulusan LESEN DBKL Uptown Danau Kota. Selama 6 tahun Uptown Danau Kota beroperasi LESEN DBKL telah diperbaharui sendiri oleh Peniaga diKaunter.
    Pihak Persatuan Danau telah mengkaji Arahan DBKL terbaru ini dan telah menampakkan bahawa ada KONSPIRASI antara DBKL Jabatan Pemudahcara dan Persatuan Penganjur. Sistem terbaru ini adalah untuk memastikan pada masa akan datang jika ada SALAHLAKU dalam Pentadbiran Persatuan Penganjur dan DBKL Jabatan Pemudahcara maka Peniaga yang menentang tidak akan memperolehi Surat Pengesahan Penganjur dan maknanya LESEN tak dapat diperbaharui.
    Pada pandangan saya Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja perlu diberi nama baru iaitu JABATAN PENYUSAHCARA PERNIAGAAN DAN PEMBUNUH PENJAJA. Nama yang paling baik dengan TINGKAHLAKU DAN SALAHLAKU Penjawat Awam yang bersesuaian dengan Jabatan tersebut sekarang kerana lebih banyak MENYUSAHKAN dan MEMBUNUH PENJAJA KECIL dan tidak ada satu cara pun dari Jabatan tersebut yang MEMUDAHKAN CARA Penjaja.

    BalasPadam